Selasa, 11 Jun 2019

JOB EXPERIENCE: HOTEL’s HOUSEKEEPING



 Assalammualaikum and hai korang. Hari ni tetiba terasa nak berceloteh dekat blog ni. Ok, i start. Diam tak diam, dah hamper 6 bulan i memulakan kerjaya sebagai salah sorang dari staff C Hotel. Tapi jawatan i taklah besar or sehebat mana. Hanya bahagian bawah jerr. As Housekeeping. Mungkin ada yang judge buruk kerja aku. Ops bukan mungkin lagi dah. But memang ada pun. Tapi bukan tu yang i nak story. I want to share everything my experience as Hotel Housekeeping secara ringkas yang boleh. Maybe boleh bagi gambaran yang terperinci mengenai skop pekerjaan ni.

Hotel tempat i kerja ni bukanlah hotel yang mewah. Hanya hotel kecil yang mempunyai 11 bilik di setiap tingkat dan mempunyai dua tingkat. C Hotel ni mempunyai kemudahan gelanggang badminton dan kolam renang. Bayaran masuk i tak dapat jelaskan sebab i lupa range harganya, hehe…Sorry. Kerjaya sebagai Housekeeping ni tak naklah i kata ia susah or tak teruk, apalagi fun bila kerja. Tapi penatnya amat terasa pabila bilik penuh and banyak guest check out. I di tempatkan di tingkat atas.
  • TUGAS UTAMA HOUSEKEEPING HOTEL: CUCI BILIK CHECK OUT

Tugas housekeeping ni lebih kurang seperti cleaner lah jugak. Menjaga kebersihan dan kekemasan bilik. Tu secara generalnya. Mencuci dan mengemaskan bilik, memastikan bilik dalam keadaan kemas dan bersih untuk di jual kepada guest. I just need to clean the CHECK OUT room only. Maksudnya, tugas I cuma perlu kemaskan bilik yang check out sahaja. I need to alert dengan arahan bilik yang check out from Front Office (FO) staff. Mana-mana bilik yang check out, our receptionist akan inform pada kami dan kami perlu cuci. Kami kena cuci bilik before guest yang baru akan check in. Ketika ni, kami perlu cuci cepat-cepat supaya bilik dapat diberikan pada guest lain untuk check in. Terkadang memang macam lipas kudung jugaklah buat kerja especially time bilik penuh nak check out. Setiap bilik yang dicuci perlu ditandakan dalam buku nota untuk memudahkan pencucian bilik dan untuk stand by bilik yang akan check out.

Tugas paling basic ketika mencuci adalah, menukar kain cadar, selimut dan sarung bantal, kain alas kaki, tuala mandi, menyapu sampah, buang plastic sampah, cuci bilik air, dan mengemop lantai. Selain tu jugak, I kena make sure barang2 dalam bilik seperti remote tv and aircond, tuala, sabun and syampu, tissue roll complete tersedia dalam bilik. I think setiap hotel berbeza barang-barang di dalam bilik. But in C Hotel hanya di sediakan yang biasa-biasa sahaja seperti yang I dah sebutkan tadi.

Barang-barang seperti remote tv and air cond yang paling penting wajib ada dalam bilik. I kena make surekan ada tersedia. Jika ada yang hilang, I kena inform pada FO staff. Kerana guest bilik ada membayar deposit bilik, jadi barang yang hilang akan ditolak dari deposit guest tadi.

Tu untuk bilik yang check out. Bilik yang kosong, tiada guest check in pun perlu juga diberi perhatian. I kena make sure tiada sebarang habuk, sawang dan kekotoran dalam bilik. Ketika bilik tak banyak check out, I kena cuci di bilik kosong. Di mulakan dengan menyapu lantai, menyapu sawang, tahi cicak, mengelap perabot, tv, dan peti ais dalam bilik, cuci tingkap. Yang penting, tiada habuk dan sawang. Oh ya, lupa nak story, kain-kain yang ditukar perlu dibawa dan dihantar ke dobi hotel yang terletak di kolam belakang. Ada staff lain yang akan tolong cucikan kain. Then, kain yang sudah kering, perlu di bawa naik pula untuk disimpan di dalam almari. Ini memang sangat penat. Membawa turun naik bakul kain yang maha beratnya. Dahla tangga sahaja, tiada lif. Kain selimut dan sarung bantal jugak perlu diseterika sebelum dipasang. Bagi selimut ada staff lain yg akan tolong ironkan. Tapi sarung bantal perlu di iron sendiri.

And satu lagi, jika ada sebarang kerosakan di dalam bilik yang di cuci, perlu di informkan pada FO hotel. Then, FO akan memberi arahan pada Maintenance staff untuk baiki.
  •  CABARAN HOTEL HOUSEKEEPING

Mana-mana cabang bidang pekerjaan, masing-masing ada cabarannya tersendiri. Kerjaya housekeeping ni lagilah. Pada awal-awal kerja dulu, i hampir give up tapi tetap I kentalkan hati sebab ingin cari pendapatan sendiri. I banyak hutang uolls.

  1. 1   Paling teruk sekali pabila bilik semua penuh. Bila guest check out tulah terasa penatnya mencuci bilik yang banyak check out.
  2. 2   Dan jugak, pabila guest yang check in tak sampai satu malam (masuk hanya beberapa jam or minit sahaja), perlu di cuci. Mana taknya, keadaan ni penatnya lagilah terasa, jika sebelumnya sudah dicuci bilik yang check out, then guest baru check in sudah check out awal. Ni yang tak sampai satu malam stay. Dah jadi 2 kali kerja nak mencuci. Ni memang mendatangkan bengang kadangkala. Dalam menukar dan memasang cadar dan selimut pun perlu pastikan kena kemas dan rapi. Selimut kena Tarik cekang dan tegang, tidak berkedut sedikit pun.
  3.    Guest hotel yang check in pun berbilang bangsa. Bagi guest bilik yang bukan beragama Islam, cabarannya pabila diorang ni mesti bawak masuk minuman keras. Kat sini cabarannya pabila ingin mengutip sebarang botol dan tin minuman depa. Sesetengah dari diorang ni jenis suka letak merata botol dan tin arak diorang. Nak tak nak memang terpaksa kutip buang jugak. Tak boleh elak dah sebab itu memang dah tugas I sebagai housekeeping. Sebab bilik perlu dicuci, jadi bekas minuman diorang tu sampah, memanglah perlu dibuang. Kebiasaannya, i akan melapiknya dengan kain jika terpaksa memegangnya dan di masukkan ke dalam beg plastik.
  4.     I jenis yang alah pada debu dan habuk. Tak boleh kena habuk langsung, kena sahaja automatiknya I akan selesema. Masa ni memang terganggu kerja.
  5.     Bekerja di bidang perhotelan ni pun boleh tahan mencabarnya pabila susah untuk dapat cuti di hari public holiday. Jika orang lain, khususnya yang bekerja di sektor kerajaan pastilah boleh bercuti di hari cuti awam. Tapi bagi kami yang kerja di hotel, tidak boleh bercuti sehari sebelum dan selepas public holiday.


Tu jela kot, yang i boleh storykan secara ringkas. Even kerjaya ini tidak popular seperti bahagian FO tapi bagi aku kerja ini sangat penting di perhotelan. Tiada housekeeping, siapa yang akan membuat kerja-kerja pencucian bilik? Setiap hotel I think berbeza dia punya cabaran. Misalnya, C Hotel ni taklah ramai staffnya sebab bilik tidaklah banyak seperti hotel lain.

Isnin, 27 Mei 2019

Cerpen Fanfic: Our Lovely Maid (Part 7)

(Part 7)

OUR LOVELY MAID (PART 7)

      Yoojung  duduk di taman mini di halaman rumah agam itu. Yoojung sedang melayari internet di komputer ribanya. Taehyung yang menuruni tangga, melihat Yoojung di luar. Dia pun berjalan mendekati Yoojung yang sedang ralit di hadapan skrin komputer. Dia pun menarik kerusi dan duduk di hadapan Yoojung. Yoojung tersentak dengan kedatangan Taehyung. Wajahnya merona merah pabila bertentangan mata dengannya.
“ Err… aa…awak dah turun. Awak nak makan?” Tanya Yoojung menutup debaran hatinya. Taehyung menggeleng dengan senyuman lalu menjawab, “It’s okay. Saya tak lapar.” 
“Emm… lau camtu. Saya masuk dululah.” Baru Yoojung bangun bersama komputernya, Taehyung berkata. “Mian.” Yoojung memandang Taehyung dengan wajah seribu kehairanan. Taehyung berdiri menghadap Yoojung. Mata mereka saling bertentangan.
“ Mianhae Yoojung ssi. Saya tak berniat nak buat camtu pada awak.” Yoojung terpana dengan kata-kata Taehyung itu. Dia hanya mendiamkan diri.
“Saya tahu awak marah saya kan? Saya betul-betul mintak maaf. Jinjja mianhae.” Hati Yooujung dipagut kesedihan mendengar ayat Taehyung yang terakhir itu. Hatinya rasa terluka.
“Emm… saya masuk dululah. Saya ada kerja nak kena buat.” Yoojung terus lari masuk ke dalam. Taehyung meramas rambutnya kecewa lalu duduk menutup wajahnya atas meja.

****
    Yoojung berjalan masuk ke dalam sebuah kafe. Dari jauh dia dapat melihat Sowon melambai tangan ke arahnya.Lalu dia memeluk Sowon. Wajah masing-masing kegembiraan kerana dapat berjumpa.
“Kau datang sorang je ke? Mana Bangtan oppas?” Tanya Sowon sambil memandang sekeliling.
“Ne. Aku datang sorang je.” Jawab Yoojung sambil minum air yang telah dipesan Sowon.
“Takpe ke kau keluar jumpa aku kat sini? Diorang tak marah ke?” Tanya Sowon kembali.
“Hari ni aku cuti. Diorang semua ada keluar pergi latihan. Jadi, aku pun datang jumpa kaulah. Diorang yang bagi keizinan pada aku.” Sowon mengangguk mengerti. Dia membuka begnya dan mengambil sebuah sampul dan dikeluarkan. Sampul itu diberikan kepada Yoojung.
“Ini surat dan borang untuk kau. Kita kena isi cepat-cepat nanti nak kena hantar kat diorang.” Yoojung membuka sampul itu dan membaca isi dalam borang itu. Permohonan mereka untuk menyambung pelajaran di London telah diluluskan.Mereka akan berangkat lagi sebulan. Yoojung melihat surat tawaran dengan perasaan yang berbaur. Hatinya dipagut rasa sayu.
“Yoojung ah. Gwaenchanha?” Tanya So Won pabila dia melihat keruh di wajah Yoojung. Air mata Yoojung mengalir tiba-tiba. So Won lantas memeluk Yoojung. Dia dapat rasakan apa yang ada dalam hati Yoojung. Yoojung menangis di dalam pelukan So Won.
“Aku faham perasaan kau sekarang ni. It’s okay. Lepas kau dah ok,kau boleh cerita pada aku.” Pujuk So Won.

****
    Ahli-ahli BTS sampai ke rumah setelah seharian berada di studio latihan. Masuk sahaja ke dalam rumah mereka hairan melihat kesunyian rumah mereka. Mereka mencari kelibat Yoo Jung tapi tak kelihatan.
“Sunyi je rumah. Mana Yoo Jung?” Suara Jungkook bertanya.
“Tulaa… Selalunya dia dah ada kat ruang tamu sambut kita balik. Tapi ni takde pun.” Kata J-Hope pulak. Mereka saling memandang antara satu sama lain. Jin berjalan ke dapur. “Guys, makanan dah siap hidang atas meja. Mungkin Yoojung dah tidur kot. Kita makan dululah.” Kata Jin sambil menarik kerusi dan duduk. Masing-masing pun mengambil tempat dan menikmati makan malam mereka.

    Ketika sedang makan, Yoongi ternampak satu sampul di dalam beg Yoojung di atas kabinet di sebelahnya. Yoongi mengambil sampul itu dan menarik isi di dalamnya. Borang yang lengkap terisi butiran peribadi Yoojung tertera di atas dua lembar kertas itu.
“Apa tu hyung?” Tanya Jimin lalu mengambil surat-surat itu dan membacanya. “London University?” Jungkook turut melihat isi surat itu dan membaca nama university di dalam kertas itu.
“Mwo? Sape punya?” Tanya Namjoon pulak.
“Yoojung punya. Dia akan sambung belajar ke London bulan hadapan.” Jelas Yoongi.
“Jinjja? Wah, maknanya sampai hujung bulan ni jelah dia akan kerja kat sini?” Kata-kata J-Hope itu terus membuatkan masing-masing berasa sedih. Mereka hanya mendiamkan diri. Taehyung pun terus bangun dari tempat duduknya lalu berjalan ke tingkat atas. Wajah rakan-rakannya menghantar pandangan ke arah Taehyung yang berlalu naik.
“Kesian Taehyung. Dia dah jatuh cinta dengan Yoojung.” Kata Jimin. Masing-masing hanya menggelengkan kepala kemudian rasa sayu.

Bersambung…

Rabu, 6 Februari 2019

Famieza's Wedding

Hai, and Assalammualaikum...

Happy 2nd Day Chinese New Year.  Hari ni hari off day aku, so i nak update entrylah. Memandangkan hari ni hari raya Cina, so ramailah yang adakan majlis kenduri kahwin. And, i pun tak ketinggalan turut mengisi invitation wedding. My friend masa zaman study poli dulu, Famieza aka Eija melangsungkan wedding today. So me and my mom pun pergi weddingnya hari ni.



With Queen of the day, Eija. Ni la pengantinnya. Sungguh cantik dan manis sekali 😊



Mampu tumpang pelamin orang jerr uolls. Nak kawen takde pasangan lagi,  ìš°ìš°ìš° ( p.s emoji korea ni same mcm emoji T_T)

Ada nak jadi jodoh i tak? Hahaha 🙈



Bergambar bersama pasangan pengantin and my two friends too. Pika and Ummu. Sebenaunya, tak cukup orang nihh. Ada 2 lagi sahabat kami tak datang kenduri. Kami berkawan 6 orang. 

(p.s siapa yang baca blog i sebelum ni, di N.N Diary's , i ada story pasal kami berenam.) 

Eija adalah rakan yang ke-4 yang telah selamat mendirikan rumah tangga. Bermula dengan Ain, diikuti Pika and Ika yang berkahwin. Makanya, tinggal dua orang lagi belum berkahwin. Me and Ummu, hikhik.... Orang tanya bila nak kawen, i hanya mampu krik krik. Doa2kanlah untuk i hehe... Oklah. Sampai sinilah dulu. Kita jumpa lagi di lain entry. 
Bye... 




Ahad, 20 Januari 2019

Birthday and Cake?

Assalammualaikum and hai... 

Lamo bebenor tak tulis entry. Btw, hari ni ada satu benda nak share pendapat i dengan you guys. Before that, i want to wish Happy Birthday to my mom yang ke-59 yesterday. Yes, her birthday baru je semalam. And my birthday pulak jatuh 23 Januari.  A few days je lagi. :D

Then, since birthday my mom kelmarin, i ada post video slide my mom's picture kat instagram and di sharekan ke fb. Bila balik je dari kerja, my mom tanya if i ada bagitau kawan2 kampung dia pasal birthday dia. Ok, my fault jugak sebab tak hide post i dari semua makcik2, budak2 bawang kampung i. Haa, kerlas kau, budak2 zaman sekarang semua dah pandai membawang. Ingat orang tua je ke, hehehhh.. 

Tapi bukan tu yang aku nak komen sangat. Tapi, yang menjadi isu kat sini, diorang siap tanya kat mak i "ada beli kek tak?". My mom tak dak nak kecoh2 birthday dia kat orang. Yes, kalau i pun tak nak. I saja post kat ig and fb sebab satu moment untuk disimpan sahaja. Nak simpan dalam phone takut berat, nak simpan dalam laptop, pendrive laptop i rosak. Jadi, conclusionnya dalam media sosial lah jadi penyelesaiannya. Tapi orang pulak yang sibuk2 tanya kek birthday kita. Ehh3, tak malunya. 


1) Bagi pendapat i, bila sampai je tarikh birthday kita, tak semestinya nak kena prepare hadiah, kek, or sebagainya. Boleh je just buat pulut kuning makan satu family, hadiah pun tak wajib. Bukan orang kaya raya pun. Paling afdal, just ucapan dan doa sudah. Lagi simple. Tak dak nak kena bazir duit. 


2) Jenis i, i mengaku agak kedek, hahaha. lau i nak beli kek untuk birthday, i just nak celebrate and makan untuk family jerr. Takde nak jemput2 orang, nak bagi orang makan. Sebab ni time untuk family je. Unless lau memang ada plan nak sambut ramai2, nak panggil orang kampung makan, barulah betul2 jamuan makan. Ni kalau every year, nak beli nak jamu orang makan, jenuhlah... Kita ni bukan banyak duit sangat. 

So, tak payahlah nak meminta pada orang jika tidak dipelawa. Bukannya mewah sangat setiap tahun nak jemput orang makan. Tahun2 sebelum ni memang ada beli kek dan membuat jamuan kecil-kecilan. Tapi this year, i nak celebrate just dengan family jerr. Tak nak panggil2 orang mai makan. Takde plan nak beli kek. 

Ok, nak sambung keje. Jumpa lagi di lain entry. Don't forget to follow my ig @pynkynaz. Daa...