Isnin, 27 Mei 2019

Cerpen Fanfic: Our Lovely Maid (Part 7)

(Part 7)

OUR LOVELY MAID (PART 7)

      Yoojung  duduk di taman mini di halaman rumah agam itu. Yoojung sedang melayari internet di komputer ribanya. Taehyung yang menuruni tangga, melihat Yoojung di luar. Dia pun berjalan mendekati Yoojung yang sedang ralit di hadapan skrin komputer. Dia pun menarik kerusi dan duduk di hadapan Yoojung. Yoojung tersentak dengan kedatangan Taehyung. Wajahnya merona merah pabila bertentangan mata dengannya.
“ Err… aa…awak dah turun. Awak nak makan?” Tanya Yoojung menutup debaran hatinya. Taehyung menggeleng dengan senyuman lalu menjawab, “It’s okay. Saya tak lapar.” 
“Emm… lau camtu. Saya masuk dululah.” Baru Yoojung bangun bersama komputernya, Taehyung berkata. “Mian.” Yoojung memandang Taehyung dengan wajah seribu kehairanan. Taehyung berdiri menghadap Yoojung. Mata mereka saling bertentangan.
“ Mianhae Yoojung ssi. Saya tak berniat nak buat camtu pada awak.” Yoojung terpana dengan kata-kata Taehyung itu. Dia hanya mendiamkan diri.
“Saya tahu awak marah saya kan? Saya betul-betul mintak maaf. Jinjja mianhae.” Hati Yooujung dipagut kesedihan mendengar ayat Taehyung yang terakhir itu. Hatinya rasa terluka.
“Emm… saya masuk dululah. Saya ada kerja nak kena buat.” Yoojung terus lari masuk ke dalam. Taehyung meramas rambutnya kecewa lalu duduk menutup wajahnya atas meja.

****
    Yoojung berjalan masuk ke dalam sebuah kafe. Dari jauh dia dapat melihat Sowon melambai tangan ke arahnya.Lalu dia memeluk Sowon. Wajah masing-masing kegembiraan kerana dapat berjumpa.
“Kau datang sorang je ke? Mana Bangtan oppas?” Tanya Sowon sambil memandang sekeliling.
“Ne. Aku datang sorang je.” Jawab Yoojung sambil minum air yang telah dipesan Sowon.
“Takpe ke kau keluar jumpa aku kat sini? Diorang tak marah ke?” Tanya Sowon kembali.
“Hari ni aku cuti. Diorang semua ada keluar pergi latihan. Jadi, aku pun datang jumpa kaulah. Diorang yang bagi keizinan pada aku.” Sowon mengangguk mengerti. Dia membuka begnya dan mengambil sebuah sampul dan dikeluarkan. Sampul itu diberikan kepada Yoojung.
“Ini surat dan borang untuk kau. Kita kena isi cepat-cepat nanti nak kena hantar kat diorang.” Yoojung membuka sampul itu dan membaca isi dalam borang itu. Permohonan mereka untuk menyambung pelajaran di London telah diluluskan.Mereka akan berangkat lagi sebulan. Yoojung melihat surat tawaran dengan perasaan yang berbaur. Hatinya dipagut rasa sayu.
“Yoojung ah. Gwaenchanha?” Tanya So Won pabila dia melihat keruh di wajah Yoojung. Air mata Yoojung mengalir tiba-tiba. So Won lantas memeluk Yoojung. Dia dapat rasakan apa yang ada dalam hati Yoojung. Yoojung menangis di dalam pelukan So Won.
“Aku faham perasaan kau sekarang ni. It’s okay. Lepas kau dah ok,kau boleh cerita pada aku.” Pujuk So Won.

****
    Ahli-ahli BTS sampai ke rumah setelah seharian berada di studio latihan. Masuk sahaja ke dalam rumah mereka hairan melihat kesunyian rumah mereka. Mereka mencari kelibat Yoo Jung tapi tak kelihatan.
“Sunyi je rumah. Mana Yoo Jung?” Suara Jungkook bertanya.
“Tulaa… Selalunya dia dah ada kat ruang tamu sambut kita balik. Tapi ni takde pun.” Kata J-Hope pulak. Mereka saling memandang antara satu sama lain. Jin berjalan ke dapur. “Guys, makanan dah siap hidang atas meja. Mungkin Yoojung dah tidur kot. Kita makan dululah.” Kata Jin sambil menarik kerusi dan duduk. Masing-masing pun mengambil tempat dan menikmati makan malam mereka.

    Ketika sedang makan, Yoongi ternampak satu sampul di dalam beg Yoojung di atas kabinet di sebelahnya. Yoongi mengambil sampul itu dan menarik isi di dalamnya. Borang yang lengkap terisi butiran peribadi Yoojung tertera di atas dua lembar kertas itu.
“Apa tu hyung?” Tanya Jimin lalu mengambil surat-surat itu dan membacanya. “London University?” Jungkook turut melihat isi surat itu dan membaca nama university di dalam kertas itu.
“Mwo? Sape punya?” Tanya Namjoon pulak.
“Yoojung punya. Dia akan sambung belajar ke London bulan hadapan.” Jelas Yoongi.
“Jinjja? Wah, maknanya sampai hujung bulan ni jelah dia akan kerja kat sini?” Kata-kata J-Hope itu terus membuatkan masing-masing berasa sedih. Mereka hanya mendiamkan diri. Taehyung pun terus bangun dari tempat duduknya lalu berjalan ke tingkat atas. Wajah rakan-rakannya menghantar pandangan ke arah Taehyung yang berlalu naik.
“Kesian Taehyung. Dia dah jatuh cinta dengan Yoojung.” Kata Jimin. Masing-masing hanya menggelengkan kepala kemudian rasa sayu.

Bersambung…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan