Isnin, 22 Januari 2024

Republish Cerpen : Bukakan Hatimu (Part 3- Akhir)

 Bukakan Hatimu (part #3)

Airin berjalan menuju ke tempat duduk ditaman permainan itu. Ramai kanak2 bermain-main di situ. Sungguh ceria melihat mereka bermain. Apabila melihat kanak2 itu bermain, timbul dibenaknya mengatakan betapa beruntungnya menjadi  kanak2. Kerana tak perlu memikirkan masalah-masalah yang timbul.

Dari jauh kelihatan Zaril berjalan ke arahnya.Entah mengapa setiap kali dia berhadapan dengan Zaril, hatinya bergetar kuat.

Pagi tadi selepas kelas, dia menerima isyarat mesej dari Zaril mengatakan ingin bertemunya petang itu di taman permainan berhampiran rumahnya kerana ada hal yang perlu diberitahu kepadanya.Hairan juga bagaimana Zaril boleh mendapatkan nombornya.Mungkin Sofea yang beri.

Zaril menghampiri dan menegurnya.

"Hai Airin,dah lama tunggu?" Segaris senyuman dilemparkan sebelum melabuhkan punggung di sebelah gadis itu.

" Ada apa yang awak nak jumpa i ni?" soalan Zaril tidak dijawab. Zaril menarik nafas dalam2 sebelum membuka mulutnya. Matanya merenung tajam pada Airin.

"Airin, you dengar apa yang i nak cakap ni,tapi i harap u takkan marah." Airin hanya menanti apa yang ingin diperkatakan oleh Zaril.

"I nak lamar u menjadi isteri i yang sah." Airin terkejut dengan apa yang didengarnya. Terasa seperti dia sedang bermimpi."Dah gila ke Zaril ni." Kata hatinya.

Belum sempat Airin menjawab, Zaril terlebih dulu memotong. "I tahu u terkejut dan takkan boleh terima i,apalagi u nak cintakan i.Tapi i benar2 sayangkan u.I takkan paksa u untuk terima i sekarang, dan i bukan nak melamar u sekarang.I cuma nak u bersedia dulu." Kali ni giliran Airin pula menjawab.

" U ni dah gila ke apa?Kita tak pernah kenal,apalagi bercinta.I tak kenal u, u pun tak kenal i.Hari tu u kata u jatuh hati dengan i, sekarang u lamar i." Merah padam Airin menahan rasa marah.

"Jawapan i, i takkan terima u.Jangan harap i akan sukakan u.Dah, i nak balik." Setelah menghabiskan kata2nya, Airin bersedia untuk bangun dan beredar dari situ, tetapi sempat ditahan oleh Zaril.

"I faham u takkan boleh terima i sekarang.I sanggup tunggu.Tapi i ada perkara nak beritahu u.I harap u tunggu dulu sekejap." Zaril cuba memujuk.Airin terpaksa duduk kembali.

"U memang tak kenal i, tapi i kenal u." Zaril berhenti sebentar.Airin dilihatnya terkejut dengan kata2nya seperti tidak memahami dengan apa yang diperkatanya.

" I kenal siapa u yang sebenarnya.Seorang gadis yang sangat baik, cantik dan bijak.Dan jugak seorang yang setia pada cinta."

"Apa yang u nak cakap sebenarnya ni.Boleh tak cepat sikit.I nak balik." Airin mula melenting.

"I tahu u tak macam ni dulu, tapi apa yang terjadi pada u dulu yang telah menyebabkan u jadi keras hati.Betul kan?"

Airin berasa hairan dengan apa yang diperkatakan oleh Zaril. Zaril dilihatnya sedang tersenyum tenang. Airin masih meneka dalam hatinya, siapakah Zaril ni.Adakah dia tahu tentang rahsia yang selama tersimpan kemas dalam hatinya?

"Apa u cakap ni Zaril? Apa yang u tahu tentang i?" Airin memberanikan diri bertanya.

"Sebenarnya..i nak sampaikan salam kemaafan Izlan kepada u. Dia mintak maaf kepada u atas semua dosa2 dia pada u." Zaril berkata. Airin terkejut mendengarnya.

"Izlan? Macam...mana u bo... boleh kenal Izlan?" terketar-ketar Airin bertanya.

" Izlan adalah sepupu i. Dia nak sangat jumpa u, nak mintak maaf dengan u dan nak bertanggung jawab pada u, tapi dia tak dapat buat semua tu.U maafkanla dia."

Airin sudah tak dapat mengawal empangan air matanya lagi.

"Airin, u jangan nangis.I will take care of you." Zaril memujuk Airin apabila melihat dia nangis.Zaril cuba untuk mengelap air mata Airin tapi ditepis oleh Airin.

" Enough Zaril. u dah pun cakap perkara yang i patut tahu.I dah tak nak jumpa u lagi.U jangan pernah cari i lagi.Demi Allah, i dah maafkan Izlan dari awal lagi.Tapi, i takkan pernah lupa apa yang dia dah buat pada i.I tak nak jumpa u lagi lepas ni."

"U mesti dah puas kan buat i macam ni.U ingat hati perasaan i boleh dibeli, dibuat macam sampah setelah apa yang terjadi pada i.U jangan ingat bila u dah luahkan perasaan u, then lamar i, boleh buatkan i lupakan dengan apa yang dah terjadi." Sepuas-puasnya Airin meluahkan isi hatinya.Air mata yang bagai banjir langsung tak dihiraukan lagi.

Airin ingin pergi, tapi Zaril memaut tangannya.

"Tolongla bagi peluang pada i untuk jaga u.I ikhlas menerima u seadanya.Setiap manusia tak semua sempura."

"Airin jatuh cinta dengan u ikhlas dari hati i sejak pertama kali kita berjumpa.Airin, tak pernah i jatuh cinta dengan sesiapa sebelum ni,kecuali u Airin."

Airin menepiskan tangannya dan terus berlalu pergi dari situ.Hatinya bercampur baur.Dari jauh dia dapat mendengar Zaril menjerit padanya. "Bukakan hatimu Airin."

Airin terus berjalan tanpa menghiraukan orang2 disekeliling yang memandangnya.

*****

Airin berjalan pulang ke rumah dengan tangisan.Air mata makin diseka, makin laju dia mengalir.Kenapa ini yang terjadi padanya? Apa salah dia?. Semuanya bermain-main dalam fikirannya.

Sampai dihadapan rumahnya, tatkala dia membuka pintu, dia terus terjelepok jatuh ke lantai.Terasa berat beban dirasanya saat itu.Sofea yang melintasi ruang tamu terus mendapatkan Airin.Lantas dipeluknya Airin dan dibawa ke biliknya.

"Airin, kenapa ni?Apa yang dah berlaku?kenapa kau nangis sampai macam ni?" bertalu-talu soalan keluar dari Sofea.Di wajahnya, jelas riak kerisauan dengan keadaan Airin.Diseka air mata Airin.

Airin menggagahkan mulutnya untuk bercerita juga walaupun hatinya pedih." Sofea, Zaril sebenarnya sepupu Izlan.Sepupu kepada lelaki yang dah rogol aku Sofea." makin kuat esakan Airin. Terasa nak meletup jantungnya apabila mengatakan kembali apa yang Zaril perkatakan padanya tadi.

Pada Sofea diluahkan segala-galanya yang terbuku dihatinya.Dia menangis semahu-mahunya pada Sofea.Sofea jugak tak dapat menahan sebaknya juga turut menangis sambil memujuk Airin.

"Aku yakin kau akan temui kebahagiaan kau Airin.Kebahagiaan kau sudah ada di depan mata kau Airin." ucapnya pada Airin.Masing2 sudah lencun dengan air mata.

*****

Ketukan di muka pintu kedengaran. Sofea bangun membuka pintu untuk melihat siapakah gerangan yang datang. Dilihat Johan dan Zaril yang berada di muka pintu.

"Jemputlah masuk.Airin ada kat dalam." Sofea menjemput mereka masuk.Sofea sudah tahu kedudukan yang sebenar dari Airin.Zaril dan Johan juga sudah menjelaskan hal yang sama. Johan dan Sofea memberi peluang pada Zaril untuk memujuk Airin.

Zaril mendekati perlahan-lahan ke arah Airin yang sedang duduk termenung di balkoni sambil merenung kosong ke luar.

"Airin..." Zaril memanggil namanya perlahan tetapi Airin tetap membisu dan membantukan diri tanpa menoleh pada Zaril.

"Airin, i minta maaf atas tindakan terburu-buru i meluahkan isi hati i pada u.I ikhlas dengan perasaan i pada u sebab tu i jujur bagitahu u.I tak nak kehilangan u Airin." Zaril menarik nafas dalam2 sebelum menyambung kata2nya.

"I mencintai u bukan kerana Izlan atau sesiapa.Perasaan i tulus ikhlas pada u.I tahu i tak patut paksa u,tapi i harap sangat u bagi peluang pada i untuk menjaga u dan melindungi u.I akan bahagiakan u hingga akhir hayat i."

Entah kenapa tiba2 terasa sejuk hati Airin mendengar ungkapan Zaril itu. Sesungguhnya, sudah lama dia tak mendengar ungkapan seperti itu,tapi hatinya masih ragu2 dengan Zaril.

"Kenapa u tak cari perempuan lain yang lebih sempurna dari i , Zaril? I tak layak untuk u, i dah tak suci lagi Zaril. Orang yang rogol i tu sepupu u sendiri.U tak jijik ke dengan i, Zaril.Dan bagaimana penerimaan keluarga u?Mereka mesti takkan boleh terima perempuan yang dah kotor macam i ni." Perlahan saja Airin meluahkan isi hatinya.

"I menerima diri u seadanya,i tak pernah fikir macam tu pasal u,i tak pernah rasa jijik dengan u Airin. I tahu semua yang berlaku pada u bukan kehendak u."

"Pada i, u tetap lebih suci dari segalanya.U tetap suci kerana akhlak dan sikap u. Airin, i tak mencari kesempurnaan pada diri u tapi kekurangan u.Kerana i yang akan melengkapi kekurangan itu.Family i mesti menerima u sebagaimana i terima u Airin."

"I nak bersama u, mengharungi semua dugaan bersama u Airin.I nak bantu u mencapai kebahagiaan u semula."

Terharu Airin mendengarnya.Airin cuba mencari kejujuran dari sinar mata Zaril yang sedang merenungnya dengan senyuman.Entah kenapa, benteng egonya seakan runtuh dek kerana Zaril.

"U terimala i dalam hidup u, Airin.Bukalah hatimu untukku..." Ayat yang dilafazkan oleh Zaril itu hampir melembutkan hatinya yang keras itu.Apakah jawapan yang harus dia berikan?

*****

(9 bulan kemudian)

Airin memasuki biliknya dirumah ibu bapanya yang dihias cantik dengan bunga-bunga segar dan pelbagai hiasan yang betul2 menunjukkan suasana bilik pengantin. Semua itu berkat usaha ibunya yang menghias biliknya dengan cantik.Pagi tadi, berwalikan ayahnya sendiri, Airin telah selamat diijab kabulkan dengan Zaril.

Airin melabuhkan punggungnya di atas katil bercadar satin bewarna putih susu itu.Dipandang pada jarinya yang berinai yang tersarung cincin  emas bertatahkan berlian itu.Tidak dia menyangka dia sudah pun menjadi isteri kepada jejaka yang telah berjaya membuka pintu hatinya dan menerima salam huluran cinta darinya.

Tersenyum dia mengingat kembali peristiwa 9 bulan lalu.Zaril melamarnya untuk kali kedua ketika kedatangannya ke rumah sewanya dulu.Bersaksikan Sofea dan Johan, Airin membuka hatinya untuk menerima Zaril dalam hidupnya. Syukur juga, kerana kedua-dua belah keluarga merestui perhubungannya dengan Zaril.

Zaril melangkah masuk ke kamar pengantin.Dilihatnya Airin sedang duduk di katil sambil merenung cincin yang disarung  semasa akad nikah pagi tadi.Zaril lantas memeluk Airin dari belakang.Airin terkejut dan lantas berpusing memandang suaminya.Tersenyum bahagia masing2.

"Terima kasih sayang sebab sudi sehidup semati dengan abang." Ucap Zaril lalu menghadiahkan ciuman pada dahinya.Dipeluk erat isterinya itu.

"Terima kasih juga abang sebab menerima Airin seadanya." Zaril membalas kata2 Airin dengan senyuman.

"I love you sayang." ucap Zaril lagi.

"I love you too." Airin pula membalas. Masing2 berpelukan kebahagiaan.Semoga kebahagiaan mereka berkekalan...


--TAMAT---







Khamis, 18 Januari 2024

Republish Cerpen: Bukakan Hatimu (Part 2)

 Bukakan Hatimu (part #2)

Matanya melilau dari setiap rak untuk mencari buku yang dicari.Apabila telah jumpa, diambil buku itu, dan dibeleknya.Dalam sedang membelek buku itu,ada satu suara menegurnya.

"Hai." Terperanjat sedikit Airin.Tidak disangka mereka akan bertemu hari itu.Zaril yang kebetulan baru masuk ke kedai buku itu terlihat Airin.Dicubanya menegur.

"Owh, hai." Airin sekadar menjawab pendek.Terus dia melangkah pergi, namun Zaril mengikutinya.

"Airin, nanti dulu.Semalam, kita tak sempat bersembang.Apa kata kita pegi minum pastu kita boleh berbual." Zaril cuba mempelawa Airin.Entah kenapa, sejak mereka berjumpa semalam, dia sentiasa teringatkan gadis itu.

"I'm sorry.I ada hal.I pergi dulu." Airin terus melangkah pergi meninggalkan Zaril yang sedang terpinga-pinga.Setelah membayar buku yang dipilihnya, Airin terus keluar.

Airin sama sekali tidak berminat untuk berbual dengan Zaril.Hatinya sudah beku untuk mengenali mana-mana lelaki setelah kejadian hitam beberapa bulan dulu.

Zaril masih mencari kelibat Airin.Dia cuba mengejar Airin tapi Airin telah hilang dipandangannya.Zaril tahu Airin berbohong padanya.Hatinya teringin untuk mendekati dan mengenali gadis itu.Dia yakin dia sudah jatuh cinta pada gadis itu.Dia tetap nekad untuk berkenalan dengan Airin.


*****

Airin menonton televisyen sambil mengunyah makanan ringan.Itulah aktivitinya jika masa lapangnya.Dari ekor matanya dapat menangkap Sofea sedang menuju ke arahnya.

"Airin,kau tak bosan ke?Kita keluar nak?" Sofea cuba mengumpan Airin setelah duduk disebelahnya.

Zaril ada berjumpa dengan dia dan Johan siang tadi.Serius saja wajahnya bertanyakan tentang Airin.Bersungguh-sungguh Zaril meminta pertolongan dari mereka untuk berkenalan dengan Airin.

Sofea tahu Zaril bersungguh mahu kenal dengan Airin.Zaril seorang yang baik tapi dia pun tak yakin Airin akan mahu membuka hatinya pada insan lain kerana hatinya sudah tertutup buat.Apalagi mereka berdua tidak tahu tentang keadaan sebenar Airin.Walau bagaimanapun,  dia akan cuba membantu kerana dia mahu Airin kembali bahagia.

"Malasla.Aku nak duduk rumah je hari ni." Suara Airin mengembalikan dia ke alam nyata.

"Takkan kau nak terperap je kat rumah.Apa kata kita pergi jalan-jalan kat taman,boleh kita hirup udara yang segar,boleh relaxkan minda." Sofea cuba mengumpan lagi.

"Kat rumah pun boleh relax jugak kan?" Airin tetap tidak mahu.

"Airin, takkan nak asyik terperap kat rumah je.Kita pergila taman,boleh buat macam-macam aktiviti.Atleast boleh kuarkan peluh.Jomla, kau temankanla aku,kita jalan2 pusing taman dahla."

Airin rasa kasihan pulak la tengok si Sofea ni.Lagipun, betul jugak cakap Sofea, takkanla nak duduk rumah je.Nanti jadi malas pulak dia.

"ok2la..Aku temankan kau.Aku pergi siap dulu, macamla aku tak tahu dia nak pergi dating dengan Johan."omel Airin lalu melangkah ke biliknya.Sofea yang masih terpaku di sofa hanya menarik sengih.Terus dia menghantar mesej kepada Johan.

*****

Airin dan Sofea duduk ditepi tasik.Untung saja cuaca cerah hari itu, bolehla mereka menikmati udara yang segar di situ. Mereka ke taman tasik yang berhampiran dengan kawasan taman perumahan mereka.

Dalam sedang berbual-bual, suara dari belakang menegur.

"Assalammualaikum." Johan memberi salam.

"Waalaikumusalam.Ehh, korang pun ada kat sini." Sofea berpura-pura terkejut untuk menyembunyikan hal yang sebenar.Sofea yang memberitahu rancangan mereka ke situ kepada Johan dan Zaril.

"Ye, kitorang saja jalan2 kat sini.Airin apa khabar?" Zaril pula bersuara.Dipandang wajah insan yang dicintai itu.Tanpa segaris senyuman yang menghiasi bibirnya.

"Lau camtu, jom Johan kita gi jalan2 kat situ.Airin kau boraklah dengan Zaril dulu ye." Belum sempat Airin menjawab Sofea dan Johan terus tinggalkannya bersama Zaril.Tiba2 debaran terasa tetapi dia hanya beriak biasa saja.

Zaril melabuhkan punggungnya di sebelah Airin.Dipandang sekilas pada Airin.

"Akhirnya dapat jugak kita berjumpa lagi kan.Airin sihat?" Pertanyaan Zaril hanya Dijawab dengan anggukan.Namun Zaril tetap bersuara.

"Airin, I nak mengenali u dengan lebih rapat lagi.I harap u takkan menolak." Zaril menarik nafas sebelum menyambung kembali.

"I sebenarnya dah jatuh hati pada u since dinner malam tu lagi.I tahu ia terlalu cepat, tapi sekurang-kurangnya i rasa lega sebab i dapat terus terang dengan u."

Terpana Airin dengan kata-kata Zaril tu.Tidak menyangka Zaril akan membuat pengakuan berani itu.Secepatnya dia menghapuskan perasaan kagum pada lelaki disebelahnya itu yang baru tumbuh tiba-tiba dalam hatinya.

"I mintak maaf,i nak balik dulu."Airin tidak betah berlama disitu.Diangkat punggungnya hendak pergi dari situ.Namun, dia masih dapat mendengar Zaril berkata sesuatu padanya.

"I akan tetap akan kejar you.I akan menunggu pintu hati you terbuka untuk i."

*****

Kedengaran lagu "My Baby You" dimainkan dari dalam Iphonenya.Termenung Zaril sambil memegang gambar Airin dan sepucuk surat hingga mengembalikan dia pada pertemuan terakhirnya dengan sepupunya sehingga ke saat2 terakhir kematiannya.

"Ril, kau ingat lagi tak perempuan yang aku pernah cerita kat kau dulu." Izlan bersuara pada petang itu ketika Zaril datang bertemunya dirumah.

" Ya.Aku ingat lagi.Kau selalu puji pasal dia kat aku.Kenapa kau tanya?" Zaril ketawa.

Izlan menelan liur tatkala mendengar ayat yang baru diucapkan oleh Zaril tadi.Tidak terhitung betapa menyesalnya dia memperlakukan pada gadis yang dicintai sepenuh hati.Gara2 cemburu butanya  kerana melihat Airin yang sedang berbual mesra dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya, dia sanggup meragut kesucian gadis itu.

" Hoi, apasal kau termenung lak ni?" Jerkahan Zaril mengembalikan dia semula ke alam nyata.

"Ril, aku dah buat salah pada Airin.Aku dah berdosa dengan dia." Rintih Izlan dalam tangisan esaknya.

" Hei, kau kenapa ni?Cuba kau terangkan satu persatu pada aku.Aku tak fahamla." Zaril memujuk apabila Izlan dilihat tiba2 menangis.

Hati Izlan makin pilu.Berat hatinya untuk menceritakan kejadian yang sebenar tetapi terpaksa juga diceritakan kerana rasa bersalah yang menyelubungi dirinya.Sesekali, dia teresak-esak menangis ketika bercerita pada Zaril.Tergeleng-geleng Zaril mendengar.Terkejut dengan pengakuan Izlan.

"Astaghfirullah, aku tak sangka kau sanggup buat perkara terkutuk tu.Kau tahu tak kau dah berdosa menganiaya dia camtu." Marah Zaril

"Aku tahu aku salah.Aku betul2 menyesal kerana terlalu mengikut rasa cemburu aku sampai aku dah..." Izlan tak sanggup nak meneruskan kata2nya lagi.Sebak di dadanya terasa.

Zaril tidak tahu perlu berkata apa lagi.Sungguh terkejut dia.Selama ini dia masak sangat perangai baran Izlan, tapi tak sangka sampai macam tu sekali dia lakukan pada Airin.

"Macam nila, kau bertaubatla, berdoa kepada Allah diampunkan dosa kau.Kau pegila jumpa Airin, mintak maaf pada dia." Zaril memujuk setelah emosinya kembali stabil.

Selepas beberapa minggu pertemuannya dengan Izlan, dia mendapat panggilan dari mak longnya,iaitu ibu Izlan yang mengatakan Izlan dalam keadaan kritikal kerana terlibat dalam kemalangan.

Semasa Zaril mengunjunginya, iaitu beberapa minit dia sebelum Izlan menghembuskan nafasnya yang terakhir, Izlan menitipkan pesanan padanya.

" Ril, aku...aku dah tak dapat bertahan lagi.Aku akan pergi, tapi sebelum aku pergi, kau tolonglah sampaikan kemaafan aku pada Airin.Kau tolong jagakan dia baik2." Nafasnya tersekat-sekat menyampaikan amanah itu pada Zaril. Zaril berjanji akan tunaikan amanah itu.

*****

Kedengaran pintu dikuak dari luar mengembalikan  Zaril ke alam realiti. Jauh betul khayalannya. Zaril cepat2 menyimpan kembali gambar dan surat yang dipegang. Wajah Johan dipandang tatkala terlihat rakannya itu masuk.

"Wehh Ril, awal kau balik.Tak bagitahu aku pun." Johan menegur sebaik mengambil duduk di sofa dihadapan Zaril.

"Sorryla,aku tak nak kacau daun." Zaril ketawa menutup rasa kecewa di hati.

"Yela tu.Macam mana kau dengan Airin?" Johan cuba mengorek rahsia.Dia tahu Zaril sudah jatuh cinta pada Airin sejak pertemuan pertama mereka.

Zaril menarik nafas dalam2 sebelum menjawab soalan Johan. " Entahla Joe. Bukan senang aku nak yakinkan dia."

"Kau sabarla.Lama2 nanti aku yakin dia boleh terima kau jugak." Johan cuba memberi semangat padanya.

"Thanks bro.Aku pun harap macam tula." Tersenyum hambar Zaril. Dia akan berterus-terang pada Airin tentang kedudukan hal yang sebenar.Dia dah tak boleh tangguh lagi mengenai amanah arwah Izlan.

Tetapi cinta dia pada Airin benar-benar tulus.Tidak sangka dapat jugak dia berjumpa dengan gadis yang dicintai oleh sepupunya itu.


*****

(Bersambung...)







Isnin, 15 Januari 2024

Republish Cerpen: Bukakan Hatimu (Part 1)

Bukakan Hatimu (Part #1)


Cuaca yang cerah itu amat indah dipandangan mata.Angin yang bertiup lembut begitu menenangkan hati sesiapa yang merasainya.Tapi tidak bagi si gadis ini. Air mata yang turun di pipinya langsung tak dihiraunya. Sedih mengenangkan dirinya. Kematian Izlan langsung tidak dapat mengubah takdir yang tertulis buatnya.Semuanya sudah pun terjadi.

Izlan meninggal kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. Beberapa bulan sebelum dia meninggal telah berlaku satu kejadian yang tak dapat dilupakan oleh Airin  sehingga ke saat ini.Kejadian yang membuatnya menjadi seorang yang keras hati. Kejadian itu mula terlayar kembali diingatan.

*****

Ketukan bertalu-talu dimuka pintu membuatkan Airin terkocoh-kocoh membuka pintu.Sedikit hairan siapa yang datang malam-malam buta seperti waktu ni.Sofea pula tiada kerana pulang ke kampung.

Terperanjat sedikit dia tatkala membuka pintu dengan kehadiran mengejut jejaka tinggi lampai dihadapannya.

"Izlan,apa you buat kat rumah i ni?" Belum sempat soalannya dijawabnya, badannya ditolak hingga terdorong ke belakang. Naseb baik dia sempat berpaut pada bucu sofa yang berdekatan.Jika tidak pasti dia akan cedera.

" You ni kenapa?". Airin cuba menahan debaran dihatinya apabila melihat raut wajah yang menakutkan pada wajah Izlan.Airin cuba berundur ke belakang sedikit.

"You tanya kenapa?Lau you boleh layan orang lain,takkan you tak boleh layan i." Izlan sudah bertindak mula menindih badan kecil Airin. Airin sudah mula ketakutan dan air matanya sudah mula keluar.Dia tak dapat lari kemana-mana lagi.Tangannya dipegang kejap.

"Lepaskan i Izlan.I mohon.You dah salah faham." Airin tetap cuba merayu.

"Kau diam.Aku tak nak dengar alasan kau." Izlan sudah mula bertindak makin kasar. Makin kuat pegangan Izlan.Airin cuba meronta tetapi makin lemah dan tak berdaya untuk melawan.

Tangisan makin laju keluar dari mata bundarnya.Terasa jijiknya dia pada dirinya yang telah ternoda.Mahkota yang selama ini dijaga rapi telah diragut kesuciannya. Kejadian yang baru terjadi beberapa jam tadi telahpun meragut segala-galanya.Tidak sangka Izlan sanggup melakukan sedemikian padanya hanya kerana sikap cemburu butanya.Airin dirogol dengan penuh kejam tanpa rasa belas kasihan.

"Sampai hati you Izlan.You kejam.Apa salah i?" Rintih Airin dalam tangisan.Badannya hanya ditutup dengan selimut tebal.

"Tu balasan atas kesalahan you atas kecurangan you.Sekarang, you rasakan sendiri." Jerkah Izlan lantas menghempas pintu meninggalkannya sendirian. Rasa kecewa dengan sikap cemburu Izlan yang belum sempat dia menjelaskan keadaan yang sebenar.Lagi kecewa kerana mahkotanya telah musnah. Makin kuat esakan tangisnya.

"Airin.." Tersentak dia mendengar namanya dipanggil menghapuskan kenangan lalu. Dikesatnya air mata yang mengalir dipipinya.

"Ye,aku kat sini." Airin menyahut apabila melihat Sofea yang sedang berjalan menghampirinya.Dia bangun dari tempat duduknya.

Sofea dapat melihat wajah sendu sahabatnya.Dia dapat merasakan apa yang sedang bermain dalam hatinya. Dia sudah mengetahui hal yang terjadi pada Airin.Pada diala, tempat Airin meluahkan rasa hatinya, tangisannya setelah kejadian hitam itu berlaku.Marah Sofea pada Izlan dengan perbuatannya, tetapi ia sudah pun terjadi.Izlan pun sudah pun tiada.

"Airin, jom kita balik.Dah lama sangat kau kat sini." Sofea mengajaknya pulang.Airin hanya mengangguk. Sofea memimpin Airin dan mereka beriringan berjalan ke rumah sewa mereka.

" Semoga kau tabah sahabatku" Doa Sofea dalam hatinya.

*****

Meja kopi itu berselerakan dengan segala macam kertas kerja, nota dan buku-buku rujukan.Sesekali dia menguap menahan rasa mengantuk yang datang.Air di dalam cawan mugnya diteguk bagi menghilangkan dahaga.

Minggu peperiksaan yang bakal menjelang tak lama lagi.Setelah itu, semua pelajar tahun akhir akan menamatkan pengajian masing2.Kesempatan ini digunakan Airin untuk belajar betul2.Dalam sedang leka menelaah, matanya tertancap pada satu kad jemputan yang bewarna ungu muda yang diterima pagi tadi.

Kad jemputan ke majlis pra graduan yang bakal berlangsung pada keesokan malamnya di Hotel Carlton.Dia memikirkan pakaian yang sesuai untuk ke majlis itu.Dalam sedang leka berfikir, Sofea menegurnya.

"Airin, apa yang kau menungkan tu." Sofea berjalan ke arahnya sambil membawa mug ditangannya.Dia mengambil duduk di hadapan Airin.

" Takdela,aku tengah fikir baju apa yang nak pakai untuk majlis esok." Airin menjawab sambil mengemaskan nota2nya.

"Kau pakai ajela apa yang sesuai.Kau kan cantik, pakai apa pun cantik." puji Sofea.

"Ada je kau ni.Okla, aku masuk tidur dulula.Mengantuk dah asa ni.Kau jangan lupa tutup semua suis lampu ye.Selamat malam." Airin menuju ke biliknya dengan buku2 nota di tangannya.

"Selamat malam." sofea menjawab dan dibawa kakinya ke kebilik.

*****

Kedengaran muzik dimainkan dari dalam ruang dewan itu.Kedua-dua jejaka sedang berborak dengan beberapa rakan-rakan sekuliah mereka.Sesekali terdengar suara ketawa mereka.Masing2 segak dengan pakaian kemeja dan berseluar slack serta berblazzer.

"Joe, mana Sofea? Tak sampai lagi ke?" Zaril bertanya pada sahabatnya itu yang dilihat sedang gelisah.Tersenyum sedikit dia dengan telatah Johan itu.

"Belum lagi.Aku nak ambik dia kat rumah dia tadi, tapi dia cakap tak payah.Dia kata nak datang dengan kawan serumah dia." Jawab Johan yang tak sabar nak berjumpa dengan buah hatinya itu.


Selang beberapa minit, ada dua orang gadis sedang berjalan ke arah mereka berdua.Terpegun seketika mereka tatkala memandang ke arah dua gadis itu.Seorang daripada mereka sangat anggun dengan dress kain satin berwarna biru muda.Menyerlahkan lagi kejelitaannya.Zaril tidak berkelip memandangnya kerana baru pertama kali dia bertemu gadis cantik itu.

"Assalammualaikum." Sofea memberi salam pada dua jejaka yang dikenalinya itu.

"Waalaikumussalam..Haa sampai pun."jawab Johan.Tersenyum senang dia melihat gadis pujaannya itu.

" Sorry,lambat sikit.Oh ya, i kenalkan ni kawan i, Airin. " "Airin, ni la Johan yang aku cite kat kau ritu.Sebelah dia tu Zaril." Sofea memperkenalkan mereka.

"Hai Airin.Sofea ada cite pasal u.Ni kawan i, Zaril." Tersenyum Johan menjawab.

"Hai, i'm Zaril.You look so beautiful."  Giliran Zaril pula berkata.Matanya tak lepas dari memandang Airin.Terbit satu rasa aneh dalam hatinya. 

"Thanks." Airin hanya menjawab dengan senyuman.Tidak senang dengan renungan Zaril itu.

Sofea dan Johan tersenyum senang dengan telatah mereka berdua itu.Suara Johan kedengaran.

" Okla, jom kita cari tempat duduk.Takkan nak berdiri pulak kan." Beriringan mereka berempat mencari tempat duduk.Apabila duduk di satu sudut, Zaril mengambil peluang untuk mengamati wajah Airin.Kedengaran suara pengacara majlis memulakan acara majlis.


****

(BERSAMBUNG...)







Rabu, 10 Januari 2024

INTERVIEWING NADIA NAJIAH

 POV: PYNKYNAZ INTERVIEWING NADIA NAJIAH

INTRO: Hye guys… Welcome back to my blog. For this entry for today, i akan buat ala2 interview blogger famous dalam rancangan tv, youtube, tiktok muahahahaha… Acah2 feeling nak cari publicity kahkah… Perasan sangat lol…

But masa I tengah menaip untuk entry ni I seakan berlakon as Amelia Henderson in Studio Sembang hehehe…Actually she’s one of my favorite actress 

(Script)

Hai and Assalamualaikum gais.. Berjumpa lagi kita dalam rancangan borak2 santai with Pynkynaz. Today I will interview with someone that involve in blogging, also we are best friend too.. Let me introduce you…Nadia Najiah!

PN: Hai Nadia. Selamat datang ke set kami..

NN: Hai. Thank you for inviting me for this program

PN: Most welcome. You know what, I dah lama cuba nak ajak u datang ke set I, but selalu tergendala…

NN: Yep. I pun busy dengan kerja I as rakyat marhaen ni, so baru sekarang I pun betul free to joining u guys..

PN: Yeahhh.. Thanks sebab sudi untuk di interview oleh I, as part of your life too haha…By the way, let’s start our conversation…

NN: Yeahhh.. Let’s go. I’m a little bit nervous hehe..

PN: Don’t be nervous, sebab kita hanya borak2 secara santai. Just chill ok. So, for the first question, tell us bout your childhood…

NN: Ermm actually I jarang sangat nak kongsikan kisah hidup i. Takde apa yang menarik sangat pasal hidup i. Kehidupan I masa kecil I lebih banyak rapat dengan makcik dan arwah nenek I berbanding family I sendiri..

PN: Yes I know that. You penah cite dekat I. Tentunya u sangat sayangkan arwah, rindukan dia.. Mesti terlalu banyak kan kenangan you dengan dia..

NN: Yeahhhh of course! Terlalu banyak memori yang sangat manis untuk diingat kembali.. Pemergian dia sedikit sebanyak meninggalkan kesan yang mendalam bagi diri i. I hilang tempat untuk mengadu, bercerita, meluahkan rasa..

PN: Ok I understand that. Bukan senang kita nak kuatkan semangat kita bila kehilangan orang yang tersayang dalam hidup kita. Walau macam mana pun tetaplah kita perlu teruskan hidup kita. Ok enough for sad question.

(mereka kembali senyum dan ceria menyambung perbualan)

***

PN: So I nak tanya second question now. Kita pun dah masuk tahun baru kan, apa perasaan you di tahun baru ni and apa yang you boleh kongsikan memori di tahun lepas…

NN: Tahun ni kan masih baru lagi. I pun belum start apa-apa lagi haha…But apa yang I boleh katakan is apa yang I lalui sepanjang tahun lepas tu benda yang lebih kurang sama jerr setiap hari. Pergi kerja, balik kerja…Bila cuti tu laa masa nak refresh balik energy yang hilang, keluar cari ketenangan..Aktiviti biasa sebagai manusia laa..

PN: Adakah azam tahun lepas you dah tercapai?

NN: tak jugaklah. Honestly, I langsung tak pernah letak apa2 azam since I masih muda tau..

PN: Whoaaa…really?? Jaranglah kita dengar masuk je tahun baru, takde letak apa2 azam.. Dahsyat you ehhh hahaha…

NN: Hahaha.. I sorang je kot macam tu hehe.. Sebab apa tau, I selalu gagal tunaikan azam I tau. Since sekolah lagi letak azam bagus2 then I tak tunai2kan.. So I fikir, “argghh tak payahlah letak azam, nanti kang tak tertunai pulak.. Cukup kita jalani je. Apa yang datang, datanglah..kita hadap jelahhh

PN: Wowww… That’s quiet interesting kan.. Just follow with the flow je kan.. Ok, next.

You dah lama kan tak aktif di blog..Dah jarang nampak entry baru di blog u..Adakah u dah stop blogging?

NN: Ehhhh tak. I still ada je akaun blog I, I masih lagi minat menulis. I sayangkan dunia penulisan I, Cuma kekangan masa dan idealaa jugak. I dah tak free macam dulu, dulu bolehlah I takde kerja, banyak masa dihabiskan dengan blog..Macam sekarang, balik kerja dah penat, rasa nak rehat malaslah nak kena bukak blog untuk update kan… Hanya masa yang betul free je boleh..

PN: I see.. But I nak tau jugaklah, how come you boleh terjebak dalam dunia blogging?

NN: I pun tak sedar macam mana boleh terjadi… Rasa nak ada akaun blogspot then terjadi hahaha… Actually I memang suka menulis.. If I ada apa2 je yang nak luah, I tulis je.. Kan kita dulu2 suka tulis diari, sebagai luahan rahsia dalam tu, takde sape yang boleh baca kan.. I think starting from there yang I suka nak berblogging.

PN: yeahhhh.. betullah I dulu pun ada jugak diari tapi taklah selalu sangat tulis. Tapi as far we know kan, blog ni kan open tu public, apa yg kita tulis semua orang boleh baca.. itu dah tak jadi rahsia .

NN: Bagi I, I tulis untuk simpan sebagai kenangan.. Bukan kita nak mengutuk mengata orang tapi kat situ jugak kita boleh mengekpresasikan kita punya pendapat..And I pun ada jugak karang cerpen i sendiri dalam blog..

PN: Yeahhh I penah baca tu…

NN: Really u baca…Oh my god, I’m so shy

PN: Kita kan best friend of course laa I baca, I support u kan..

NN: Yeah I know tp cerpen I tak sebagus pengarang- pengarang lain..

PN: Tapi bagi I sekurangnya you berusaha untuk hasilkan tulisan you sendiri tanpa perlu fotokopi karya orang lain..And if you guys want to know, Nadia sebenarnya dia bercita – cita since zaman sekolah untuk menjadi seorang novelis, so itu boleh jadi batu loncatan untuk you capai impian you.. Am I right??

NN: I tak nafikan tu tapi dengan kerjaya I yang sekarang ni sometimes buatkan I dah lupa dah cita-cita I tapi I pun tak nak lupakan camtu je…

PN: I like your spirit.. I hope you akan berjaya jadi novelis seperti yang u idamkan..

NN: Amin..

***

PN: ok, kita ke next question. I’m excited want to ask u bout this…

NN: Ohmy, soalan apa yang you nak tanya? I’m nervous hahaha…

PN: You kena jugak jawab how matter what.. Semua pembaca tak sabar jugak nak tau ni… You rasa apa yang I nak tanya you?

NN: Ehhh no idealahhh..

PN: Come on! Takkan you tak boleh teka??

NN: (Nadia menggeleng dan menjawab) No.. I don’t know hehe..

PN: Apa yang I nak tanya is….bout your relationship!

NN: oh no!!

PN: You need to answer it..Semua pembaca nak sangat tau.

NN: Ermm… I still with him..

PN: Everyone’s know that. But kita nak taulah jugak, sorry I jadi makcik bawang sekejap, em kita nak taulah bilakah you akan tamatkan zaman bujang you..Kita berdua pun bukan muda lagi kan…Of course tu soalan wajib makcik2 bawang selalu tanyakan..

NN: Kan.. kepohci betul dorang tu..Aaa.. I don’t know how to answer this..But I think semua orang mestilah nak berkahwin tapi kuasa jodoh nu bukan di tangan kita. Walau kita usaha macam mana pun, jika tu bukan jodoh kita, nak buat macam mana kan…redha jelahhh..

PN: Auchhhh.. sorry babe.. Don’t be sad

NN: No larr.. I’m fine. And doa-doakanlah yang terbaik untuk kami..

PN: Of course. I actually tau apa yang you hadap selama ni in your past relationship kan, memang bukan mudah untuk you kuat nak hadap setiap dugaan dalam relationship you, tapi tentu saja I as your bff, doakan semoga you berjumpa dengan someone yang terbaik untuk you.

NN: thanks..:)

PN: ok kita pun dah di penghujung temu bual.. I Hope kita boleh adakan lagi sesi interview sebegini..

NN: Yeahhh…sila jemput I lagi hahahha..

PN: Sure boleh.. Sebelum kita akhiri sesi kita ni, soalan terakhir, apa harapan you untuk tahun 2024 ni…

NN: I takde expectation apa-apa, Cuma I harap segala urusan I, segala decision yang I ambil, dipermudahkan dan berjalan lancar..Begitu jugak doa I untuk you dan semua pembaca..

PN: Auuuu thank you..Semoga kita jumpa lagi. Sampai sini saja, kita jumpa lagi jika ada kesempatan. Bye gais…