Selasa, 28 Mei 2024

Cerpen Fanfic: Park's Family (Part 4)

 PARK's FAMILY (PART 4)



(Di taman)

Aku berjalan ke taman sambil mendengar lagu melalui earphone. Lagu EXO-One and Only di mainkan di handphoneku. Dalam sedang leka mengadap handphoneku, aku terlanggar seseorang tanpa sengaja.

"Mianhae,mianhae. Saya tak sengaja. Awak tak apa2?" Tanyaku pada lelaki yang tertunduk itu. 

"i'm okay. don't worry." Jawabnya lalu mengangkat kepalanya. Terkejut Ji Hyo memandang lelaki itu.

"Eh, awak rupanya. Saya mintak maaf,saya tak sengaja."

"Its okla. Awak tak sengaja kan?" Tersenyum Jungkook berkata. Omg,makin melting aku tengok.

"Emm, awak sure ke awak ok?" Risau juga lau dia terlanggar batu ke apa ke?.

"Ye,saya ok. Saya takde pape. Don't worry." lega hati aku jika dia takde apa2. Aku memandangnya dari atas ke bawah,seperti dia baru lepas jogging berdasarkan pakaian yang dipakainya.


" Awak baru lepas jogging ke?" Aku cuba bertanya.

"haa? Ha'ah,baru je lepas." Jawabnya. Matanya memandang mataku. Naik segan aku dibuatnya.

"Err, lau awak sudi,jomlah kita pergi duduk kat sana. Sebagai ganti saya terlanggar awak,saya belanja ais krim. Boleh?" Ajakku. Jungkook dillihat diam seperti sedang memikirkan cadangan aku.

"Emm, ais krim je?" Tanya Jungkook cuba hendak mengusik.

"Err, saya tak bawak duit lebih. Saya belanja ais krim je dulu ehh?" "Eh, dia ni nak buli aku ke apa? Dah bagi betis nak peha pulak? " desis hatiku. 

"Haha, saya gurau je. Takpelah, saya tak nak awak belanja apa2. Jomlah kita pegi sana." Jungkook terus menarik tanganku ke bangku yang ada di taman. Perasaan bahagia menyelinap sampai ke dalam tangkai hati aku apabila tangannya meraih tanganku.


"Ok,jom duduk sini." kami sama2 duduk bersebelahan di bangku itu.

"Awak betul ke tak nak saya belikan ais krim?" Aku cuba bertanya. Dia menoleh memandangku sambil tersenyum manis.

"ye. lau awak nak biar saya yang belikan. Tak manis pulak saya nak suruh awak belanja,hehe.." Alahai sweetnya dia ni. Makin suka aku dengan sikapnya ni.

"Saya dah kenyang." Aku hanya menunduk. 

"Awak selalu datang sini ke?" Tanya Jungkook

"selalu jugak. Lau saya takde aktiviti apa2 saya suka datang sini,ambik angin." Senyumku.

Kami hanya mendiamkan diri. 


"Awak dah baca novel tu?" Tanya Jungkook.

"Dah. Best sangat ceritanya. Terima kasih kat awak sebab tolong suggestkan novel tu untuk saya." 

"small matterla." Jungkook senyum memandangku. Mata kami tiba2 bersatu. Terasa mukaku merah.

"Ehemm.. Awak, saya rasa saya nak balik dululah. Takut abang saya cari saya. Saya pergi dulu. Bye." Aku terus bangun dan berlalu dari situ. Tak sanggup nak berlama dari situ,kerana takut tak mampu bertahan dengan debaran hati yang laju.

Jungkook tidak sempat berkata apa2. Tak sempat dia hendak meluahkan rasa hatinya.


***

(Di rumah Park's Family)

Sampai di rumah aku terus duduk di meja batu di halaman rumah. Aku menarik nafas bagi menghilangkan rasa debaran di hati sebentar tadi. Entah kenapa hati aku rasa berdebar tapi pada masa yang sama rasa bahagia. Kesal juga kerana aku tinggalkan dia macam tu saja. Aku tak nak rasa hati diketahui. 

"Ji Hyo ah, kenapa duduk sini?" Tanya Seo Joon tiba2. Entah masa bila abangnya ada situ.

"Err, saja je oppa. Penat jogging,hehehh." Kataku sambil menggaru kepalaku yang tidak gatal. Seo Joon memandangku kehairanan.

"Jogging? sejak bila adik oppa ni suka jogging?" Tanya Seo Joon lagi

"Err,baru je. Okla, Ji Hyo masuk dalam dulu." Tak mahu berlama aku pun terus masuk ke dalam rumah meninggalkan abangku yang terpinga-pinga memandangku.


Masuk saja ke dalam rumah, aku lihat Chanyeol oppa dengan Jimin sedang berbual di studio mini Chanyeol oppa. Mungkin berbincang pasal muzik. Aku berjalan ke arah studio abangku. Jimin yang perasan kedatanganku terus bersuara.

"Hey ,my twin sister. Where you go?" 

"Wae? Aku pergi taman." Aku lantas duduk dikerusi disebelah Chanyeol. Kepalaku di sandar pada bahu Chanyeol oppa. 

"Ji Hyo,gwaenchanha? Tak sihat ke?" Tanya Chanyeol memegang dahiku.

"Aniya.gwaenchanha." Jawabku.

"Jinjja?" Tanya Jimin pula.

"Nae. Don't worry. Korang buat apa? Oppa buat lagu baru ke?" Tanyaku untuk mengalih perhatian dari tentang aku.


" Aniya. Saja berborak kosong je." Jawab Chanyeol oppa.

"Ji Hyo ah, kitorang nak tanya boleh?" Jimin bertanya. Dia memandang mata aku dalam2. Walaupun,kadang2 abang kembarku ini suka membuli,mengusik aku tapi aku tahu dia tetap sayangkan aku seperti mana Seo Joon dan Chanyeol oppa sayangkan aku. 

"Mwoya? Tanya jela." Aku hanya menjawab tanpa tahu soalan dari Jimin. Jimin memandang Chanyeol sambil mengangkat kening. Entah apa2 diorang ni. Apa bendalah diorang bincangkan entah.

"Ji Hyo kau suka Jungkook?" Terkejut aku dengan soalan dari Jimin. Kenapa tiba2 saja dia tanya camtu? Diorang tahu ke aku terserempak dengan Jungkook tadi? 

"Ke...kenapa kau tanya camtu?" tergagap aku menjawab soalan Jimin dengan soalan.

"Kitorang cuma nak tahu je?" Jawab Jimin sambil memandang tepat ke arahku.

" Dah dia baik mestilah suka. Lau dia jahat,takkanlah nak suka dia. Betul tak?" bagai nak pecah jantungku menjawab. Jimin tersengih memandang Chanyeol oppa.

"Jadi, Ji Hyo cintakan dia?" Chanyeol bertanya pula. Pupp,rasa seperti jantung dah pecah. Kenapalah Chanyeol oppa ni boleh terus teka camtu?

"err,ani ...ya, aniya. Oklah, Ji Hyo nak masuk mandi dulu." Aku terus berdesup berlari masuk ke bilikku. Tak sanggup aku hendak berlama di situ. Baru saja jantungku hendak stabil, tetiba saja aku diserbu dengan soalan panas tadi. 


Jimin dan Chanyeol saling berpandangan sesama mereka. Senyuman terukir di bibir mereka. 

"Hyung, betul la tu? Dia saja nak nafikan." Kata Jimin.

"ha'ah, we have to help them." Kata Chanyeol. Jimin membuka iphonenya dan menaip sesuatu di skrin. Butang send di klik.


***

(Di taman)

Jungkook berasa kecewa kerana dia tak dapat berterus terang tentang perasaannya. Iphone dipoket seluarnya diseluk. Dia mencari nama di contact number dan menaip mesej. Butang send di tekan. Setelah beberapa minit, mesej masuk. Dia lantas membuka mesej dan dibaca. Terukir senyuman dibibirnya.


Bersambung...

Sabtu, 25 Mei 2024

Cerpen Fanfic: Park's Family (Part 3)

 PARK's FAMILY (PART 3)



(Sunflower Art Studio)~~~[p.s: rekaan semata mata]

Aku dengan So Hyun melangkah berjalan ke studio,tempat dimana Jimin dan kumpulannya merangkap rakan-rakannya berlatih menari. Masuk sahaja ke studio itu, kami berdua terlopong dengan kecantikan studio itu. Maklumlah, first time masuk studio tu. Tak sia2 lah abangku Seo Joon membeli lot  bangunan itu untuk dibuat studio buat Jimin. Walaupun,tidak sebesar mana, tapi dekorasi dan susunan perabotnya sangat simple tapi tetap elegan. Di studio ni, bukan hanya mempunyai tempat untuk menari,tetapi juga di sediakan ruangan untuk belajar vokal dan nyanyian. Ada cikgu yang mengajar yang dilantik oleh Seo Joon oppa juga.


Kiranya, studio ni macam family kitorang punyalah. Seo Joon oppa memang faham dengan minat Jimin,jadi dia sanggup menggunakan wang simpanannya untuk membuat studio ini. Baik betul oppa aku ni,walaupun kadang2 garang macam singa,hehe...Tapi dalam hati ada taman bunga you,huhu...


Aku dan So Hyun masuk ke ruangan studio. Kelihatan Jimin dan kawan2nya berlatih menarikan koreografi mengikut rentak lagu yang dipasang. Aku dan So Hyun duduk di sofa yang tersedia di bilik itu. Jimin yang sedang menari, sedar kedatangan kami masih sempat melambaikan tangan pada kami. So Hyun membalas lambaian Jimin.Aku pula terpaku memandang pada salah seorang dari kawan Jimin. Dia sangat handsome dan gerak tarinya sangat bagus,sebagus Jimin oppa.Mataku tak berganjak dari memerhati setiap gerak langkahnya. 


Semua kawan2 sekumpulan Jimin aku kenal. Tapi lelaki sorang ini tak pernah aku perasan  yang dia begitu tampan. Selama ini, aku tak pernah pulak nak pandang dia,tapi hari ni entah kenapa mata aku macam tak nak lepas tengok dia. Hati aku berdebar semacam. So Hyun yang bersuara di sebelahku tidak aku hiraukan. 

"Ji Hyo, bergaya betul namchin aku menari kan? Untung tau kau ada abang sehebat dia dan untung betul aku jadi girlfriend dia,hehe..." Puji So Hyun. Takde jawapan yang keluar dari mulutku.

"Ji Hyo, kau pandai menari jugak kan? Apa kata kau pun pergilah join diorang sekali." saran So Hyun pabila dia teringat aku pun turut berbakat dalam menari jugak cuma tak diketengahkan je. Tapi masih juga takde jawapan dari mulut aku. Mataku masih setia memerhati lelaki itu.So Hyun hairan kerana cakapnya tidak disahut. Geram pun ada. Dia pun menoleh ke arahku dan disuakan juga matanya ke arah yang aku pandang sekilas. Bibirnya tersenyum sebelum kembali memandangku. 


"Wehh, aku cakap dengan kau ni. Kau boleh buat tak tau je!" Marah So Hyun sambil menepuk bahuku. 

"Haa..err..Sorry, aku tak dengar." Kataku menutup malu. So Hyun memandang ke Jimin dan kawan2nya yang masih menari. 

"Ehh,kau tengok sape sampai terbuntang mata kau haa?" Tanya So Hyun dengan tersengih.

"Ha? Err..mana ada aku tengok sape? Aku tengok Jiminlah." Bohongku. Malu wehh kalau So Hyun tahu aku pandang lelaki tu.

"Yela tu. Macamlah aku tak tahu." Selamba So Hyun berkata sambil memandang ke hadapan dengan senyuman. "Ehh, dia tahu ke aku tengok lelaki tu?" Desis hatiku. Aku pandang So Hyun yang tersenyum memandangku.

"Mana ada aku tengok sape2? Aku tengok diorang menari jelah." Tetap juga aku berdalih.

"Tipulah. Kau tengok Jungkook kan? Baik kau ngaku." Merah mukaku pabila So Hyun meneka. Kantoi.Memang aku tengok dia pun.

"Isy, kau ni. Nampak saja ehh?" Kataku menutup malu.

"Haa kan betul.Hehehe,kau suka dia ke?" Usik So Hyun sambil memeluk bahuku. 

"Ehh,mana ada. Aku cuma tengok dia menari je. Dia menari dengan bagus." 

"Eleh,kau nak nafikan jugak ea. Selama ni diorang menari mana tak pernah bagus, kau je yang tak perasan. kau mengaku jelah kau dah syok kat Jungkook tu."


Terkejut aku dengan kata2 dari mulut So Hyun yang separuh menjerit itu. Lantas aku cuba menutup mulutnya. Takut didengari Jimin dan kawan2nya. So Hyun cuba mengelak mulutnya ditutup. Terkekek-kekek ketawanya. Aku tetap juga cuba menutup mulutnya sambil berbisik.

"So Hyun ah, kau janganlah cakap kuat2. Malu aku wehh." 

"Alaa,nak malu apanya. Tak salah pun kalau kau suka dia. Dia pun handsmome apa?" Terangkat-angkat kening So Hyun memandangku. Belum sempat aku hendak menjawab, Jimin dan Jungkook sudah pun menghampiri ke arah kami. Makin berdebar hati aku memandang Jungkook pabila mereka makin menghampiri kami.


"Ingatkan korang tak datang rini. Thankslah sebab datang." Kata Jimin sambil memegang tangan So Hyun yang entah sejak bila sudah bangun berdiri.

"Mestilah kitorang datang. Awak sangat hebat sayang." Puji So Hyun. So Hyun tersenyum memandang aku yang tengah berdebar. Sesekali di pandang juga ke arah Jungkook yang sedang memandang phonenya.

"Tq sayang. Oklah, jom girls. Kita pergi makan dulu. Jungkook,kau ikut sekali kitorang." Jungkook yang sedar namanya di sebut mengangkat kepalanya. Tanpa disedari, tiba2 saja mataku bersatu dengan matanya yang turut memandangku.

"Ok,boleh jugak." Jawab Jungkook.

"ok, Lets go." Sahut Jimin lalu berjalan di hadapan bersama So Hyun. Aku dan Jungkook berjalan beriringan bersama di belakang. Makin kuat debaran di hatiku. Jungkook pula tersenyum memandangku. Aku cuma membalas senyum dengan muka yang merah.


***

(Di rumah keluarga Park)

Selepas pergi minum, kami berempat pergi ke pasar raya yang berhampiran. Aku juga tak lepaskan peluang ke kedai buku yang ada dalam pasar raya itu. Lama betul menemankan Jimin membeli beberapa helai baju. Cerewet mengalahkan perempuan. Selepas membeli belah aku dan Jimin menghantar So Hyun pulang. Jungkook pula pulang sendiri. Puas Jimin memujuk mahu menghantarnya pulang tapi dia tak mahu. Katanya, dia hendak ke rumah neneknya. Kami tak dapat nak menghalang.Sampai sahaja di rumah, kami terus menapak masuk ke dalam rumah selepas Jimin memarkirkan keretanya. Baru beberapa langkah hendak masuk , kami ditegur oleh suara abang kami. 


" Baru balik kamu berdua?" Seo Joon bertanya tegas.

Aku memandang ke arah jam dinding. Jam menunjukkan lagi 5 minit pukul 10.00 mlm. Kenapa Seo Joon oppa macam marah je?Kalau kami balik paling lewat pun pukul 12.00 tgh mlm memanglah Seo Joon oppa akan marah. 

"Sorry hyung. Kami pergi minum dengan kawan2 tadi. Lepas tu, kitorang pergi mall beli barang sikit." Jawab Jimin sambil menunjukkan beg plastik di tangannya.

"Ha'ah oppa. Lagipun,kan baru pukul 9 lebih. Bukannya lewat pun." Aku pula bersuara. Takut pula hendak memandang wajah abangku ini. Padahal takdaklah garang mana pun mukanya. Muka jambu,kihkih.

"Yela,saje je hyung tanya. Dah,pergilah masuk. Makanan pun dah siap,pergilah makan." Seo Joon berkata sambil berlalu ke ruang tamu. Kami menarik nafas lega. Ingatkan Seo Joon oppa nak marah kami tadi. Kami pun berlalu ke bilik masing2. 


Sampai saja di bilik, aku terus labuhkan duduk di sofa di dalam bilikku. Jaketku dibuka dan di sangkut pada bahu sofa. Aku buka bungkusan beg plastik dari beg silangku. Dua buah novel yang aku beli di kedai buku tadi di keluarkan. Mataku membelek-belek sebuah novel yang berada di genggamanku.Novel "Love at First Sight" dibawa ke pelukanku. Aku bersandar di sofa sambil memeluk novel itu. Senyuman terukir di bibirku tatkala teringat babak di kedai buku tadi.


 Dari satu rak ke satu rak aku berjalan. Mataku leka memerhati ke arah deretan novel2 di atas rak itu. Dalam sedang leka mencari akhirnya aku jumpa jugak novel yang aku cari. Dalam hendak pergi bayar novel, aku terpandangkan Jungkook sedang berdiri membaca buku di sebuah rak. Mataku mencari So Hyun dan Jimin disekitar kedai tapi mereka tiada di situ. Aku pun memberanikan diri menegurnya memandangkan tiada sesiapa di situ. Makin hampir dekat dengannya,makin kuat debaranku. Aku menarik nafas menghilangkan debaran.

"Awak kat sini jugak. Mana Jimin dengan So Hyun?" Tanyaku.

"Oh,ha'ah. Diorang pergi kedai sebelah." Jawabnya tersenyum memandangku. Melting aku tengok senyuman dia.

"Oh yeke. Awak nak beli buku jugak ke?" Tanyaku lagi.

" Taklah. Saya cuma tengok2 je. Awak pun suka baca novel ea?" Tanya Jungkook pabila terpandangkan novel dalam di tanganku.

"Ha'ah. Awak pun sama ke?" Jungkook tersenyum mengangguk. makin kagum aku padanya. Tak sangka lelaki sepertinya juga suka baca novel. "Interesting.!" Puji dalam hatiku.


"Tak sangka minat kita sama." Kataku. Tersenyum aku memandangnya.

"Ha'ah kan? Maybe kita ada chemistry kot,hehe.." Tersipu malu aku mendengarnya. Aku hanya tersenyum.

"Ohya, saya ada cadangan novel untuk awak." Jungkook mengambil sebuah novel yang tersusun di atas rak dan disuakan kepada aku. "Apa kata awak baca novel ni. Novel ni best." aku menyambut huluran novel itu.

"love at first sight? Awak dah pernah baca novel ni?" Aku bertanya seraya membaca sinopsis di kulit belakang novel. 

"yup. bacalah,saya hadiahkan untuk awak. Meh saya tolong bayarkan." kata Jungkook lalu mengambil kedua buah novel di tanganku dan di bawa ke kaunter.

"Ehh tak payahla susah2. Saya boleh bayar sendiri." Aku cuba berebut dengannya. Seganlah. Takkan nak suruh dia bayar,padahal aku yang punya.

"Takpelah. Saya yang cadangkan novel tu untuk awak,jadi biarlah saya yang bayar." Jungkook mengeluarkan beberapa keping duit kertas dan membayar pada cashier. Senyuman tetap tak lekang di bibirnya tatkala menyerahkan beg plastik kepadaku

"Terima kasih Jungkook. Saya dah susahkan awak."

"takde hal lah. Saya ikhlas tolong bayarkan. Awak anggap je ni hadiah salam perkenalan kita." Kata Jungkook. Aku hanya tersenyum. 


"Beep." Bunyi reminder alarm berbunyi di handphone mematikan lamunanku. Aku melihat skrin di iphoneku. Tertera reminder episod pertama drama lakonan Seo Joon oppa ditayangkan di tv. Aku bergegas keluar ke ruang tamu menyertai abang2 ku menonton tv.


***

(Di rumah Jungkook)

Selesai mandi, Jungkook memasang lagu <Charlie Puth-We Don't Talk Anymore> di speaker dan duduk bersandar di birai katil. Iphone ditangan dibelek. Jarinya membuka galeri. Satu persatu gambar di restoran tadi dibuka. Jelas terpapar gambar Ji Hyo diskrin. Wajah ceria Ji Hyo di ambilnya dalam diam tanpa disedari Ji Hyo. Senyuman terukir di bibirnya tatkala memandang gambar itu. Ada satu perasaan halus hadir dalam hatinya setiap kali memandang gadis itu.

"she's so pretty." Pujinya dalam hati.


Selama ini dia tidak pernah menyimpan mana2 perasaan pada perempuan sehingga dia diperkenalkan dengan adik kembar kawan baikknya. Pertama kali dia terpandangkan Ji Hyo ketika itu hatinya sudah terpaut pada gadis itu. Tapi dia hanya pendamkan saja kerana takut jika abang2 Ji Hyo tidak mengizinkannya berkawan dengan adik mereka. Tapi siapa sangka, peluang untuk berbual dengan Ji Hyo di kedai buku tadi memberikan kesempatan buatnya untuk meluahkan hati melalui novel yang dibeli buat Ji Hyo tadi. 

Oh rupanya novel tu sebagai simbolik dia meluahkan perasaan pada Ji Hyo. Wahhh,panjang akal jugak dia nihh.

 So romantic. Tapi kenapa tak terus terang je? Kan senang. 


Bersambung...

Rabu, 22 Mei 2024

Cerpen Fanfic: Park's Family (Part 2)

 PARK's FAMILY (PART 2)




(Di rumah keluarga Park)

"Ji Hyo ah. Palli ireona. Nanti kamu lewat ke sekolah pulak." Jerit Seo Joon dari luar bilik. 

"Ne. Arasseo. Orang dah bangunlah ni." Jawabku dengan malas. Kain selimut dilepaskan dan menuju ke bilik air. Selesai mandi, aku terus bersiap. Uniform sekolah disarung. Rambut panjangku ditocang satu. Bedak disapu ke wajah, lipbalm disapu pada bibir. Aku pun berlalu ke dapur dengan beg yang di silangku.


"Good morning." Sapaku pada abang2ku di dapur. Hanya Chanyeol dan Jimin oppa yang ada di dapur tengah bersarapan. Seo Joon oppa tidak ada bersama.

"Morning ." Jawab mereka serentak. Aku pun menarik kerusi dan duduk di sebelah Chanyeol oppa. 

"Seo Joon oppa dah pergi keje ke?" Tanyaku. "Ha'ah. Baru je dia keluar." Jawab Chanyeol oppa sambil menuangkan air ke dalam cawan aku. Aku menghirup sedikit air di dalam cawanku. 

"Cepatlah minum. Lambat nanti orang tinggal." Jimin pun berlalu ke pintu dengan beg galasnya. 

"Yah. Tunggulah sekejap. Oppa, kitorang pergi dulu. Bye oppa." Aku terkocoh-kocoh berlari mengejar Jimin di depan sambil mengiggit roti bakar. Kalau lambat, nanti Jimin pergi sekolah dia tinggal aku pulak. Kami kan satu sekolah. Chanyeol oppa hanya mengangguk sambil menikmati sarapannya. 


***


(Di Sekolah Tinggi Seoul)

Sampai saja di sekolah, kelihatan So Hyun sudah pun menunggu di koridor bangunan sekolah. Selepas keluar dari kereta yang di pandu oleh Jimin, aku pun berjalan menuju ke arah rakan baikku. Sedangkan Jimin menuju ke kelasnya. Kami tidak sekelas.

"Hai So Hyun. Dah lama kau tunggu aku?" Tegurku.

" Taklah lama pun. Baru je sampai." Jawab So Hyun dengan senyuman di bibirnya. 

"Jomlah masuk kelas." Ajakku. 

Kami pun berjalan menuju ke kelas.  Sampai di kelas aku dan So Hyun mengambil tempat duduk kami. 


"So Hyun, lepas sekolah nanti kita pegi tengok Jimin practice nak?" Kataku sambil mengeluarkan buku dan kotak pensil dari dalam beg.

"Mestilah nak. Tak sabar nak tengok wajah handsome abang kau,hehe.." Tersenyum manis So Hyun pabila menyebut nama buah hatinya yang dah 2 bulan menjadi namchinnya. 

"Kenalah sangat kau dengan abang aku. Dua2 senget." Kataku selamba.

"Ya Jihyo ah. Sampai hati kau kata kitorang senget ehh." Kata So Hyun berpura-pura marah sambil memukul bahuku. Kami pun sama2 ketawa. 


Selepas 5 minit, cikgu bahasa inggeris kami pun masuk ke kelas.


***

"Kring! Kring!" Kedengaran bunyi loceng menandakan sudah habis waktu persekolahan. Aku dengan So Hyun cepat2 mengemaskan barang2 kerana hendak pergi ke studio tarian Jimin dan kumpulannya berlatih menari. Aku dan So Hyun balik dengan menaiki bas bersama kerana Jimin terus pergi ke studio lepas habis sekolah. Kami perlu pulang ke rumah dahulu untuk menyalin pakaian. 


Sampai je di rumah, rumah kelihatan senyap sunyi, tu bermakna abang2ku belum balik lagi. Aku pun menuju ke bilikku. Tuala yang digantung di tepi almari di capai lalu menuju ke bilik air. 

Selesai mandi, aku terus bersiap. Aku menyarungkan dress bertali halus paras lutut warna putih berbunga merah jambu dan dikenakan dengan jaket denim berwarna biru. Kemudian, compact powder jenama Maybelline dicapai dan disapu nipis pada wajahku dan menyapu lipbalm pada bibirku. Rambut panjangku disikat dan dibiar lepas. Cekak dipakai menambahkan kecomelan wajahku. Selesai bersiap, aku berjalan ke muka pintu mencapai beg silangku lalu berjalan keluar.


Ketika hendak menuju ke pintu, kelihatan Chanyeol oppa sudah pun pulang. Aku pun berjalan menuju ke arahnya yang sedang duduk di sofa sambil menonton tv.

"Oppa dah balik rupanya." Tegurku seraya duduk di sebelahnya.

"Yup. Baru je balik. Ehh.. Ji Hyo nak keluar ke?" Tanya Chanyeol oppa. 

"Ha'ah, Ji Hyo dengan So Hyun nak pergi tengok Jimin practice. Boleh kan kitorang pergi?" 

"Emm boleh. Tapi jangan balik lambat sangat. Nanti abang marah pulak nanti." Pesan Chanyeol. Aku faham sangat gerangan yang disebut oleh Chanyeol oppa. Siapa lagi kalau bukan abang sulung kami.

"Oppa jangan risau. Ji Hyo akan balik awal. Lagipun kejap lagi Ji Hyo akan balik sekali dengan Jimin lau dia habis latihan awal." 

"Ok. Lau Seo Joon marah, oppa tak nak masuk campur." Chanyeol oppa berkata selamba. Oppaku yang sorang ni memang kuat mengugut. Tapi dia tetap membelaku jika aku dimarahi oleh Seo Joon oppa. 

"Arasso. Ji Hyo pergi dulu. Bye oppa." Pipinya ku ci

um lalu berjalan keluar. 


Bersambung...


Isnin, 20 Mei 2024

Cerpen Fanfic: Park's Family (Part 1)

  PARK's FAMILY (PART 1)




Pelakon2:

1) Park Seo Joon as Park Seo Joon

2) EXO Chanyeol as Park Chan Yeol

3) BTS Jimin as Park Ji Min

4) Twice Jihyo as Park Ji Hyo

5) BTS Jungkook as Jeon Jungkook

6) Kim So Hyun as Kim So Hyun


Intro:

Hai, annyeonghaseyo. Namaku Ji Hyo. Aku berumur 21 tahun. Aku mempunyai 4 adik beradik dan aku merupakan anak bongsu, and aku sorang je girl dalam familyku.Yang paling manja,heheh... Aku tinggal bersama abang2 aku sejak kedua ibu bapa kami meninggal. Let me introduce my siblings.


Abang sulungku, Park Seo Joon. Umurnya 28 tahun. Dia seorang model dan pelakon yang popular. Apalagi, popular di kalangan perempuan,hehehh. Seo Joon oppa seorang yang agak tegas dengan adik-adiknya tapi seorang yang sangat penyayang. Walaupun dia selalu sibuk dengan kerjanya sebagai pelakon, tapi dia akan sentiasa mengambil berat hal2 adiknya. He so caring. Sebagai anak sulung, tanggung jawabnya menggantikan peranan ayah jatuh ke bahunya. Aku kesian sangat pada dia, kerana sentiasa bekerja kuat bagi menjaga kami adik beradik. Jadi kami adik beradik mesti menjaga diri kami dengan baik and tak akan membebankan diri dia. 


Abang keduaku, namanya Park Chanyeol, berumur 26 tahun. Abang keduaku ini sangat bising. Dia dan abangku yang seorang lagi merupakan "mood maker a.k.a mood booster" dalam family kami. Takde diorang, sunyilah hidup kami. Chanyeol oppa ni pandai masak tau. Lau kami sangat lapar, dia selalu akan masakkan buat kami walaupun hari dah terlampau lewat. Tapi Chanyeol oppa juga pandai dalam bidang muzik. Dia boleh main gitar & drum, pandai rap, pandai composed lagu. Pendek kata, serba bolehlah. Oppaku ini masih belajar di universiti. Jika tiada kelas atau ada masa lapang, dia akan membuat muzik di studionya dalam rumah kami. Aku sangat rapat dengan Chanyeol oppa sebab aku boleh kongsi apa saja masalah dengan dia. Dia pendengar yang baik.


And the last one. I want to introduce my twinbrother.Park Jimin namanya. Dia oppaku yang paling sweet dan sangat comel. Sampai kadang2 aku sampai terasa suka nak buli dan sakat dia. Tapi kadang2 dia pun suka buli aku. Almaklumlah, aku je girl dalam family kitorang. Jadi, hubungan kami sangat rapat walaupun selalu bergaduh. Abang kembarku ini, handal dalam menari terutama dalam modern kotemperary dance. Dia selalu menjadi wakil sekolah kami untuk membuat persembahan dalam setiap event yang di adakan di sekolah kami. Dia dah banyak memenangi pertandingan2 menari tak kira di sekolah atau luar sekolah bersama teamnya. 


Inilah keluarga kami. Our "Park's Family".  Walaupun masing2 agak sibuk dengan aktiviti masing2, tapi tetap ada masa untuk kami berkumpul bersama-sama untuk berkongsi cerita. Hubungan kami tetap rapat. Abang2 aku pasti akan sentiasa menjaga dan melindungi aku jika aku dilanda masalah. Aku sangat sayang pada mereka. So, this our story. :)


Bersambung....