Khamis, 31 Ogos 2023

Cerpen: Naddy and Bae (BAB 1- BAB 3)

 

NADDY AND BAE

BAB 1: DETIK PERKENALAN

Setelah setahun Nadia dalam proses menyembuhkan hatinya dari perpisahan lalu, Nadia kembali tenang menerima ketentuan takdir. Bermulanya melalui sebuah DM di inbox facebooknya. Ketika sedang Nadia melayari media social facebook, dia mendapat kiriman “friend request” dari seseorang. Setelah menerimanya, terus masuk di ruang inboxnya mesej dari si pengirim “add friendnya” tadi. Mereka mula berbual di facebook messenger sehingga bertukar-tukar nombor telefon. Dari sekadar bermesej membawa kepada panggilan telefon dan video.

Selama hampir sebulan jugaklah perkenalan antara mereka berdua di telefon. Lelaki itu memperkenalkan diri sebagai Badrul. Nadia agak selesa berbual dengannya tetapi masih belum bercerita secara terperinci tentang kehidupannya mahupun sejarah percintaannya. Masing-masing hanya bercerita secara ringkas tentang diri masing-masing. Ternyata mereka tinggal di daerah yang sama dan jaraknya tidak terlalu jauh.

 

 BAB 2: PERTEMUAN PERTAMA

Setelah beberapa ketika hanya berhubung melalui telefon, kini bermulanya pertemuan pertama mereka. Seperti yang mereka janjikan, selepas Nadia habis kerja mereka menepati temu janji untuk bertemu buat pertama kali. Nadia sangat nervous untuk berjumpa, sedangkan dia yang memulakan langkah pertama mengajak untuk berjumpa. Mereka berjumpa di pasar raya yang berdekatan dengan tempat kerja Nadia kerana Nadia ingin membeli barang rumah.

“Esok awak free tak? Habis kerja esok saya nak pergi Tesco, lau awak nak datang jumpa saya bolehla jumpa.” Pelawa Nadia.

“Boleh. Esok saya ada hal, nanti awak bagitau saya awak habis kerja pukul berapa kita jumpa.” Tersenyum Nadia mendengar ajakannya diterima.

Keesokan harinya, pada 3 Oktober 2021, adalah tarikh first date mereka berdua di mana adalah hari perjumpaan pertama mereka. Pabila mereka bertentang mata buat pertama kalinya, Nadia merasakan lelaki itu masih belum menepati cita rasanya. Mereka berdua berjalan membeli belah bersama. Badrul menolong menolak troli. Nadia dapat melihat betapa gentlemannya jejaka di sisinya itu. Dia sedikit rasa tersentuh walaupun baru bertemu. “ No Nad. Terlalu awal untuk kau judge dia.” Hatinya memberi amaran. Setelah selesai membeli, Badrul menunjukkan sikap gentlemannya lagi dengan menolong menyimpan barang-barang ke dalam bonet kereta Nadia.

 Setelah itu, mereka merancang untuk ke tempat lain untuk makan malam. Waktu sudah hampir menjelang malam. “Nak ke mana kita lagi?” nadia pun bertanya. “ikutlah nak pi mana.” Jawapan mudah dari Badrul.

“jom p Aman ok tak?” Cadang Nadia setelah memasing tidak tahu nak ke mana. “ok jom.” “Tapi awak drive boleh? Hee..:D.”  Nadia meminta Badrul memandu keretanya kerana dia takut memandu jauh di Alor Star walaupun bertahun mempunyai lesen memandu. Setelah berjalan di mall Aman Central, mereka pun pergi makan malam di restoran Port Kambing Bakar yang terletak di Kepala Batas.

                                                                                BAB 3: LUAHAN PERASAAN

Sudah pun hampir lima bulan perkenalan Nadia dan Badrul. Sedang bersantai di bilik, Nadia mendapat panggilan video dari Badrul. Seperti biasa, Nadia pasti akan menjawabnya. Sedang mereka berbual Badrul secara tiba- tiba membuat pengakuan. Dia meluahkan perasaan terhadap Nadia.

“Saya rasa saya dah mula sayangkan awak.” Luah Badrul. Terkejut Nadia.“Awak serius ke ni?” Tanya Nadia.

“Ya.” Ringkas dan pendek sahaja jawapan Badrul. “kita baru je kenal tak sampai setahun. Takkan awak boleh tetiba je jatuh sayangkan saya?” Ragu-ragu Nadia untuk percaya kata-kata yang keluar dari mulut Badrul itu.

“entahlah kenapa? Rasa sayang, cinta ni kan tak kira berapa lama kita kenal seseorang, tapi lau kita betul-betul jujur, ikhlas sayangkan orang tu, kita sendiri rasakan.” Jelas Badrul. Nadia hanya diam membatukan diri

 

Bersambung....

 

 

 

Rabu, 30 Ogos 2023

Cerpen: Naddy and Bae (Intro)

 

SHORT STORY (CERPEN): NADDY AND BAE

 PART ONE : INTRO OF THE ONLY MAIN CAST



INI NADIA. OR HER NICKNAME IS NADDY. SHE’S EARLY 3 SERIES BUT STILL NOT MARRIED YET. SHE HAS A BOYFRIEND BUT…

THIS BADRUL HILMI. HE’S SAME AGE WITH NADDY… AND… HE’S NADDY’S BOYFRIEND… ….


THEIR CHARACTER:

 

NADIA / NADDY: Seorang wanita yang bekerja dalam sektor perhotelan. Dia yang berusia awal lingkungan 30-an sering gagal dalam hubungan percintaan, yang sering tertipu dengan janji palsu lelaki-lelaki tak guna sehingga dikenali sebagai “penjaga jodoh orang”. Setelah beberapa kali dikecewakan, dia bertemu cinta baru lagi setelah setahun selepas perpisahannya, tetapi menemui kesukaran untuknya berjuang dan bertahan dalam hubungannya bersama Badrul…

 

BADRUL HILMI: Seorang lelaki yang sebaya Nadia dan merupakan teman lelaki kepada Nadia. Dia berjaya membuka hati Nadia tetapi Nadia sukar untuk membaca hatinya… Dia seakan berada dipertengahan dilema antara hubungannya dengan Nadia dan restu keluarganya.