NADDY
AND BAE
BAB 1:
DETIK PERKENALAN
Setelah setahun Nadia dalam
proses menyembuhkan hatinya dari perpisahan lalu, Nadia kembali tenang menerima
ketentuan takdir. Bermulanya melalui sebuah DM di inbox facebooknya. Ketika
sedang Nadia melayari media social facebook, dia mendapat kiriman “friend
request” dari seseorang. Setelah menerimanya, terus masuk di ruang inboxnya
mesej dari si pengirim “add friendnya” tadi. Mereka mula berbual di facebook
messenger sehingga bertukar-tukar nombor telefon. Dari sekadar bermesej membawa
kepada panggilan telefon dan video.
Selama hampir sebulan jugaklah
perkenalan antara mereka berdua di telefon. Lelaki itu memperkenalkan diri
sebagai Badrul. Nadia agak selesa berbual dengannya tetapi masih belum
bercerita secara terperinci tentang kehidupannya mahupun sejarah percintaannya.
Masing-masing hanya bercerita secara ringkas tentang diri masing-masing.
Ternyata mereka tinggal di daerah yang sama dan jaraknya tidak terlalu jauh.
Setelah beberapa ketika hanya
berhubung melalui telefon, kini bermulanya pertemuan pertama mereka. Seperti
yang mereka janjikan, selepas Nadia habis kerja mereka menepati temu janji
untuk bertemu buat pertama kali. Nadia sangat nervous untuk berjumpa, sedangkan
dia yang memulakan langkah pertama mengajak untuk berjumpa. Mereka berjumpa di
pasar raya yang berdekatan dengan tempat kerja Nadia kerana Nadia ingin membeli
barang rumah.
“Esok awak free tak? Habis kerja
esok saya nak pergi Tesco, lau awak nak datang jumpa saya bolehla jumpa.”
Pelawa Nadia.
“Boleh. Esok saya ada hal, nanti
awak bagitau saya awak habis kerja pukul berapa kita jumpa.” Tersenyum Nadia
mendengar ajakannya diterima.
Keesokan harinya, pada 3 Oktober
2021, adalah tarikh first date mereka berdua di mana adalah hari perjumpaan
pertama mereka. Pabila mereka bertentang mata buat pertama kalinya, Nadia
merasakan lelaki itu masih belum menepati cita rasanya. Mereka berdua berjalan
membeli belah bersama. Badrul menolong menolak troli. Nadia dapat melihat
betapa gentlemannya jejaka di sisinya itu. Dia sedikit rasa tersentuh walaupun
baru bertemu. “ No Nad. Terlalu awal untuk kau judge dia.” Hatinya memberi
amaran. Setelah selesai membeli, Badrul menunjukkan sikap gentlemannya lagi
dengan menolong menyimpan barang-barang ke dalam bonet kereta Nadia.
Setelah itu, mereka merancang untuk ke tempat
lain untuk makan malam. Waktu sudah hampir menjelang malam. “Nak ke mana kita
lagi?” nadia pun bertanya. “ikutlah nak pi mana.” Jawapan mudah dari Badrul.
“jom p Aman ok tak?” Cadang Nadia
setelah memasing tidak tahu nak ke mana. “ok jom.” “Tapi awak drive boleh?
Hee..:D.” Nadia meminta Badrul memandu
keretanya kerana dia takut memandu jauh di Alor Star walaupun bertahun
mempunyai lesen memandu. Setelah berjalan di mall Aman Central, mereka pun
pergi makan malam di restoran Port Kambing Bakar yang terletak di Kepala Batas.
BAB 3: LUAHAN PERASAAN
Sudah pun hampir lima bulan
perkenalan Nadia dan Badrul. Sedang bersantai di bilik, Nadia mendapat
panggilan video dari Badrul. Seperti biasa, Nadia pasti akan menjawabnya.
Sedang mereka berbual Badrul secara tiba- tiba membuat pengakuan. Dia meluahkan
perasaan terhadap Nadia.
“Saya rasa saya dah mula
sayangkan awak.” Luah Badrul. Terkejut Nadia.“Awak serius ke ni?” Tanya Nadia.
“Ya.” Ringkas dan pendek sahaja
jawapan Badrul. “kita baru je kenal tak sampai setahun. Takkan awak boleh
tetiba je jatuh sayangkan saya?” Ragu-ragu Nadia untuk percaya kata-kata yang
keluar dari mulut Badrul itu.
“entahlah kenapa? Rasa sayang,
cinta ni kan tak kira berapa lama kita kenal seseorang, tapi lau kita
betul-betul jujur, ikhlas sayangkan orang tu, kita sendiri rasakan.” Jelas
Badrul. Nadia hanya diam membatukan diri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan