OUR LOVELY MAID (PART 6)
Yoojung sedang berpisat-pisat hendak bangun dari tidurnya. "Tang! Tang!" Kedengaran bunyi dari arah dapur membuatnya terjaga dari tidurnya. Perlahan dia bangun dan melihat tempat tidurnya. Dia memegang kain selimut di badannya. Dia berasa hairan. Dahinya dikerutkan. "Pelik. Macam mana aku boleh tidur kat sini. Bukannya malam tadi... omo." Desis hatinya lalu menutup mulut dengan kedua-dua tangannya. Yoojung teringat kejadian semalam dimana dia melakukan ciuman pertamanya dengan artis kesukaannya. Tapi kemudiannya dia seakan tak sedar bagaimana dia boleh tertidur di ruang tamu. Kejadian semalam juga samar-samar difikirannya. Dia menggeleng-geleng kepalanya sambil menepuk pipinya. Dia seperti tak percaya dia telah bercium dengan Taehyung. Wajahnya merona merah mengingatkannya.
Namjoon yang keluar dari dapur menuju ke arah Yoojung yang sudah terjaga dari tidur. Tangannya memegang semangkuk cereal. Dia baru hendak mengejutkan Yoojung yang tidur di ruang tamu. Dia juga hairan kenapa Yoojung tidur di situ bukan di biliknya ketika dia turun ke bawah bersama Jin dan Yoongi.
"Yoojung ssi! Yoojung ssi!" Panggilan Namjoon tidak disahut. Namjoon melihat Yoojung sedang mengelamun. Dia pun mengawang-ngawangkan tangannya di hadapan wajah Yoojung juga tak dihiraukannya. Dia pun menggerakan tubuhnya sedikit. Yoojung yang terperanjat memandang Namjoon di hadapannya.
"Waeyo Yoojung? Kenapa tidur kat sini?" Tanya Namjoon.
"Uhh..err.. Rasa panas kat dalam bilik, sebab tu saya tidur kat sini." Dalih Yoojung. Senyuman pahit diukir di bibirnya.
"Owh... Awak pergilah mandi dulu. Jin dan Yoongi hyung tengah siapkan breakfast." Arah Namjoon lalu duduk di sofa lalu menekan punat remote tv.
"Ne." Yoojung pun bangun dan berlari ke biliknya bersama wajahnya yang malu. Namjoon yang melihat Yoojung berlari tu pun berkata hairan. " Kenapa dengan Yoojung tu? Tiba-tiba lari camtu. Kelakar betul." Namjoon tergelak melihatnya.
Ketika berlari dia berpapasan dengan Jimin dan Jungkook yang turun tangga.
"Arghhh, good morning Yoojung." Jimin menegurnya. Yoojung hanya mengangguk lalu berlari masuk ke biliknya. Jimin dan Jungkook memandang sesama sendiri.
"Kenapa Yoojung tu? Lari macam dikejar hantu je." Kata Jungkook.
"Molla. Jomlah." Jawab Jimin. Mereka pun berjalan ke dapur.
****
Selesai mandi, Yoojung pun bersiap. Dia berdiri di depan meja solek itu sambil menyikat rambutnya. Sambil menyikat dia mengeluh dengan kejadian semalam. "Macam mana aku nak berdepan dengan Taehyung nanti? Malunya." Desis hatinya. Dia menggeleng-geleng. Dengan perlahan dia melangkah keluar bilik. Sewaktu dia berjalan matanya melilau di sekitar rumah kalau-kalau Taehyung ada. Setelah yakin tiada, baru dia berjalan ke dapur.
"Errr... good morning. Sorry. Saya terlambat bangun." Tegur Yoojung pada Yoongi dan Jin di dapur.
"Owh, gwaenchanha. Kami kesiankan Yoojung penat buat kerja hari-hari." Yoojung hanya tersenyum mendengar jawapan Jin.
"Duduklah. Kita breakfast." Kata Yoongi pula sambil melabuhkan punggung di kerusi. Yoojung membantu menuangkan air untuk Yoongi dan mengisikan ke cawan-cawan yang lain. Ketika itu juga Namjoon muncul di dapur bersama ahli lain. Hanya Taehyung yang belum turun. Masing-masing mengambil tempat. Yoojung duduk di sisi Yoongi dan Jin.
"Mana Taehyung? Dia tak nak turun breakfast ke?" Tanya Jin.
"Dia kata belum lapar lagi. Kejap lagi baru dia turun." Jawab Jungkook. Masing-masing menikmati sarapan pagi itu. Yoojung menguis-nguis makanan di dalam piringnya. Fikirannya melayang entah ke mana sehingga di tegur Jin di sebelahnya.
"Yoojung ok ke? Kenapa dikuis je makanan tu? Ke tak sihat?" Jin meletakkan tangannya di dahi Yoojung. Yoojung hanya menggeleng sambil melepaskan tangan Jin dari dahinya.
"Ani. Saya ok.Takpelah. Korang semua makan ye. Saya takde selera. Saya pergi buat kerja lain dulu ye." Yoojung pun berlalu dari situ. Ahli-ahli BTS memandang hairan ke arah Yoojung yang berjalan ke luar rumah.
"Yoojung tak sihat ke? Tengok pucat semacam je muka dia?" Tanya J-Hope sambil menghirup air di dalam cawan dia.
"Entahlah. Makanan dan minuman dia pun tak berusik." Kata Jin.
"Tak sihat agaknya. Semalam pun dia tidur kat ruang tamu. Bangun pun lambat." Kata Namjoon pula. Mereka sama-sama hairan. Tiba-tiba Jimin seakan teringat sesuatu lalu berkata.
"Ohh ya. Semalam dia tidur kat ruang tamu. Taehyung pun semalam ada kat swimming pool. Ada pape ke diorang berdua?" Kata-kata Jimin itu membuat ahli-ahli BTS kehairanan mendengar sambil masing-masing memandang Jimin.
"Jinjja? Taehyung ada kat swimming pool?" Tanya J-Hope.
"Ha'ah. Semalam ada nampak dia ada kat situ semalam. Yoojung pun ada sekali." Jawab Jimin. Jawapan Jimin meninggalkan tanda tanya dalam fikiran mereka.
****
Ahli-ahli BTS, Jin, Yoongi, Namjoon, J-Hope keluar membeli barang. Hanya tinggal maknae line Jimin, Taehyung dan Jungkook berada di rumah. Mereka tiada sebarang aktiviti hari itu, jadi mereka hanya berehat di rumah. Yoojung seperti biasa membuat kerja rumah. Yoojung sedang melipat pakaian sambil menonton tv di ruang tamu. Ketika sedang melipat, Jimin datang ke arah Yoojung dan duduk di sampingnya.
"Yoojung ah. Tengok cerita apa tu?" Tanya Jimin.
"Owh. Tengok drama je. Cite Weighlifting Fairy Kim Bok Joo." Jawab Yoojung sambil melipat.
"Owh.." Jimin mengangguk-angguk sambil turut menonton tv. Sesekali dia memandang Yoojung disebelahnya.
"Err, Yoojung. Saya nak tanya awak boleh?" Tanya Jimin. Yoojung memandang Jimin.
"Tanyalah." Jawabnya.
"Emm... awak suka Taehyung?" Terkejut Yoojung mendengar soalan Jimin. Kejadian semalam kembali bermain di fikirannya.
"Ke...kenapa awak ta...tanya?" Tergagap-gagap Yoojung menjawab. Matanya tidak berani memandang Jimin. Wajahnya merona kemerahan.
"Jawab jelah." Desak Jimin.
"Emm...err.. Macam mana saya suka korang semua, camtulah jugak saya sukakan dia." Yoojung jawab jugak.
"Takkan suka je? Takde ke apa-apa perasaan istimewa?" Jimin cuba mengorek rahsia. Yoojung makin tak selesa dengan soalan dari Jimin itu. Dia tetap cuba berdalih.
"Malaslah nak layan soalan awak tu. Saya nak hantar baju-baju ni kat bilik hyung-hyung awak." Lalu Yoojung mengangkat bakul baju ke tingkat atas. Jimin memanggil Yoojung tapi Yoojung tidak membalas. Dia hanya melirik senyuman dan kembali menonton tv.
Taehyung yang ternampak Jimin dan Yoojung berbual di ruang tamu ketika dia baru keluar dari bilik kembali masuk ke bilik sewaktu Yoojung naik ke tingkat atas. Wajahnya dipagut rasa cemburu. Teringatkan kejadian semalam membuatkan dia turut rasa bersalah.
Bersambung...