OUR LOVELY MAID (PART 5)
Yoojung mengisi mee ramen yang sudah siap dimasak ke dalam dua mangkuk sederhana besar. Kemudian di letakkan di hadapan Jungkook dan Jimin.
"Tada. Ramen dah siap." Kata Yoojung.
"Wahhh... sedapnya bau." Kata Jungkook dan Jimin yang menghidu bau ramen itu.
" Jemputlah makan." Pelawa Yoojung seraya menuang minuman dalam gelas untuk mereka.
"Awak tak makan sekali?" Tanya Jungkook lalu menyuapkan ramen ke dalam mulutnya.
"Korang makanlah dulu. Saya belum lapar." Jawab Yoojung.
"Mas-isseo?" Tanya Yoojung.
"Ne. Sedap sangat. Gomawo Yoojung ah." Ucap Jimin sambil tersenyum.
"Ne." Yoojung pun menjawab lalu mengambil beras di dalam kabinet untuk di cuci untuk di masak. Ketika dia mencuci beras, Jimin bertanya.
"Yoojung ah, awak dah ada namchin belum?" Yoojung terkejut dengan soalan Jimin itu berhenti mencuci beras.
"Uhh.. anio. Sa...saya takde namchin." Jawab Yoojung.
"Jinjja? Wah, biar betul. Orang yang cantik, pandai macam awak takkan takde namchin lagi." Tanya Jungkook pula.
"Betul lah. Saya takde namchin lagi." Jawab Yoojung.
"Emm... agak-agak awak lah kan dalam ahli-ahli BTS, ada tak yang awak suka?" Tanya Jimin. Sekali lagi Yoojung berhenti melakukan kerjanya. Dia memandang terkejut dengan soalan Jimin itu. Jimin dan Jungkook sama-sama memandang Yoojung menanti jawapannya.
"Kenapa awak tanya macam camtu?" Tanya Yoojung cuba menyelindung rahsia hatinya.
"Apa salahnya. Kami nak tahu siapa ahli BTS yang awak suka. Kan hyung." Balas Jungkook pula.
"Saya suka korang semua sama je. Takde beza." Jelas Yoojung sambil tersenyum. Jimin dan Jungkook hanya mengangguk.
"Oklah. Kami tak nak paksa awak. Mungkin awak tak nak bagitahu kami." Suara Jimin seakan merajuk.
"Err.... Mianhae Jimin ssi. Saya..."
"Awak tak perlulah mintak maaf. Awak takde buat salah pun. Abaikan je ok." Jimin melemparkan senyum pada Yoojung bersama tatapan mata yang mesra. Yoojung hanya mampu membalas senyum paksa.
"Hyung, jomlah naik. Kita ada kerja yang nak kena settle. Thanks for dinner Yoojung. Kitorang naik dulu. Let's go hyung." Jungkook bersuara.
"Kitorang naik dulu ya." Jimin dan Jungkook pun berlalu naik ke tingkat atas. Yoojung mengeluh seketika. Kemudian, dia menyambung mencuci beras dan dimasukkan ke dalam periuk sebelum menekan suis. Sewaktu dia berpusing ke meja, dia terkejut melihat Taehyung sedang duduk di meja makan.
"Taehyung ssi! Terkejut saya. Awak nak makan ke? Saya baru je masak nasi. Ramen ada kalau awak nak makan. Nak saya hidangkan?" Tanya Yoojung menutup debaran di hatinya.
"Takpe. Tak payah saya belum lapar. Kalau saya lapar saya boleh ambik sendiri. Saya kesiankan awak, nak kena layan kami. Awak mesti penat seharian ni awak asyik buat kerja je." Kata Taehyung mengambil berat. Dia menatap tajam Yoojung. Pandangan yang sukar ditafsir. Sampai naik segan Yoojung. Hatinya berdebar.
Yoojung menggariskan senyuman sebelum duduk berhadapan Taehyung.
"Ani. Na gwaenchanha. Lagipun ni kan dah memang tanggungjawab saya." Terang Yoojung.
"Emm...tapi orang gaji pun kena ada masa rehat. Bukannya robot." Sambung Taehyung lagi. Yoojung tersentuh dengan sikap ambik berat Taehyung padanya. Makin jatuh sayang dibuatnya.
"Tapi saya seronok. Tambah pulak kawan baik saya Sowon temankan saya hari ni." Yoojung tersenyum berkata. Taehyung terpesona melihat senyumannya. Dia turut ikut tersenyum. "Dia... sangat comel." Desis hati Taehyung.
"Ohya, awak takde keje ke ni? Rasanya hyung-hyung awak, Jimin dengan Jungkook ada kerja kan?"
"Uhh... ada. Tapi saya rehat sekejap." Jawab Taehyung. Yoojung mengangguk mengerti.
"Owh yela. Awak bukannya robot yang 24 jam kena kerja je, haha..." Tawa Yoojung berkata. Taehyung pun ikut tergelak sama.
Suasana senyap seketika. Masing-masing terdiam. Keadaan jadi kekok apabila Yoojung rasa dia terlalu mengusik Taehyung. Lalu dia pun berkata.
"Mian. Saya terlebih gurau pulak. Mianhae." Yoojung menundukkan kepalanya.
"Anio. No need to say sorry. Awak berhak bergurau. Dalam dunia ni, tak semestinya kita kena serius je memanjang. Betul tak?" Jawab Taehyung.
"Ne. Majayo." Senang hati Yoojung melihat senyuman Taehyung yang menyejukkan hatinya.
"Saya nak duduk kat swimming pool kejap. Kejap lagi awak datang ehh." Kata Taehyung seraya bangun.
"Owh waeyo?" Tanya Yoojung hairan.
"Datang jela. Saya nak bagi awak rehat." Taehyung mengejitkan matanya sebelah lalu berjalan ke swimming pool berdekatan balkoni bawah. Yoojung masih terpangu-pangu.
****
"RM's Studio" diketuk dahulu sebelum masuk. Selepas Namjoon memberi arahan untuk masuk, barulah Yoojung melangkah masuk bersama dulang minuman. Ketika masuk dilihatnya Namjoon, J-Hope dan Yoongi sedang berbincang.
"Aigoo, uri Yoojung dah bawakkan air untuk kita." Kata J-Hope sambil mengambil minuman dari Yoojung dan diikuti Namjoon dan Yoongi.
"Gomawo Yoojung ah." Kata Namjoon selepas minum air itu.
"Ne." Yoojung menjawab dengan senyuman.
"Wahh...kopi Yoojung ni sedap betul." Puji Yoongi.
"Betul. Memang sedap. Terbaik." Puji Namjoon pula sambil melemparkan senyuman pada Yoojung. J-Hope cuma mengangguk.
"Baguslah korang suka. Kalau takde pape lagi saya keluar dulu. Ada lagi minuman ni saya nak kena hantar." Kata Yoojung sambil menyusun baki tiga cawan kopi di dalam dulang.
"Dah takde lagi dah. Lepas ni awak rehatlah. Tak payah buat kerja teruk sangat." Pesan Yoongi pula sambil tersenyum pada Yoojung.
"Ne. Saya keluar dulu. Annyeong." Ucap Yoojung lalu keluar dari studio itu. Gembira hatinya dengan sikap ambil berat mereka.
"Good night Yoojung." Sempat lagi J-Hope mengucapkan selamat malam untuknya sewaktu melangkah keluar. Dia hanya membalas dengan senyuman dan mengangguk. Yoojung pun berjalan ke ruang rehat di tingkat atas itu jugak. Ruang rehat yang terletak di hadapan bilik Jimin,J-Hope dan Jungkook. Kelihatan Jimin dan Jungkook sedang berlatih menari dengan iringan muzik. Jin pula sedang melihat mereka berlatih.
Ketika Yoojung sedang berjalan ke arah mereka, Jin melihat Yoojung menuju ke arah mereka dan menegur.
"Yoojung ah. Come here." Yoojung tersenyum berjalan ke arah mereka.
"Saya bawakkan air kopi untuk korang. Biar bertambah semangat." Kata Yoojung ceria.
"Wahhh... I like it." Puji Jin pabila mengambil minuman dari dulang. Sempat lagi dia memanggil Jimin dan Jungkook.
"Jimin, Jungkook! Berhenti dulu. Mari kita rasa air Yoojung ni." Jin pun meneguk air itu. Jimin dan Jungkook pun berbuat yang sama.
"Wahhh. Sedapnya." Puji Jimin.
"Ha'ah. Naseb baik Yoojung buatkan air. Kalau tak, kering tekak kita." Kata Jungkook pula.
"Minumlah ye. Saya nak turun dulu. Selamat malam." Yoojung pun berjalan turun. Terasa penat badannya seharian bekerja. Yoojung mengeluh.
****
Yoojung berjalan ke arah swimming pool. Sempat dia mengambil dua botol minuman yang ada di dalam peti sejuk dan buah epal yang telah dipotong di dapur. Dia melihat Taehyung sedang duduk bangku rehat di tepi swimming pool sambil menulis sesuatu di atas kertas. Perlahan Yoojung menghampiri Taehyung.
"Taehyung ssi. What are you doing?" Tegurnya. Taehyung mengangkat kepalanya lalu melemparkan senyuman padanya.
"Mari duduk sini." Taehyung menarik tangan Yoojung untuk duduk di sebelahnya. "Saya sedang tulis lirik lagu." Sambung Taehyung. Yoojung membaca lirik lagu itu.
"Wahhh... Pandainya awak." Yoojung memuji.
"Taklah pandai sangat macam Namjoon dengan Yoongi hyung." Senyum Taehyung berkata. Dia memandang Yoojung.
Naik segan Yoojung dibuatnya pabila Taehyung menatapnya seperti itu.
"Saya ada bawakkan air dan buah epal ni. Makanlah." Kata Yoojung menutup debaran di hatinya. Air dan pinggan buah diletakkan di atas meja kecil tepi kerusi Taehyung. Taehyung tersenyum dengan telatah Yoojung yang segan dengannya lalu mengambil buah epal dari dari dalam pinggan.
"Awak tahu tak, sejak awak kerja kat sini, kami semua happy sangat." Kata Taehyung.
"Baguslah. Senang hati saya bila awak semua boleh terima saya. Awak semua dah layan saya dengan baik. Gomawo." Ucap Yoojung. Taehyung membalas dengan senyuman.
"Kami yang patut ucap terima kasih sebab awak sudi kerja kat sini. Awak dah susah payah menjaga makan pakai kami." Ucap Taehyung pula. Yoojung hanya tersenyum.
"Terus terang kami katakan, kami semua dah mula sayangkan awak. Kitorang tak sanggup nak kehilangan maid kitorang." Sambung Taehyung lagi sambil menatap mata Yoojung. Yoojung terpana mendengar kata-kata Taehyung itu.
"Sa...sa...saya pun. Saya pun sayangkan korang. Ka...ka...kalau saya sambung belajar nanti, mesti saya akan rindukan rumah ni, rindukan awak semua." Tergagap Yoojung berkata. Sayu saja wajahnya berkata. Taehyung terdiam mendengar kata-kata Yoojung.
Suasana sepi seketika. Yoojung mengusap badannya kerana kesejukan. Dia menarik lengan baju panjangnya hingga menutup tangannya sebelum menyelimpangkan kedua-dua tangannya di pelukan. Taehyung yang melihat Yoojung kesejukan itu, dia pun membuka baju sejuk di badannya lalu diletakkan di badan Yoojung. Buat seketika mata mereka bertentangan. Wajah Taehyung makin rapat dengan wajah Yoojung. Yoojung memejamkan kedua-dua matanya. Buat seketika bibir mereka bertaut.
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan