OUR LOVELY MAID (PART 3)
Yoojung mengemop lantai ruang tamu tingkat bawah rumah. Yoojung berhenti mengemop seketika untuk mengelap peluh di dahinya. Seharian ini dia sudah mengemas rumah besar itu sejak dari pagi. Bukan sekadar berkemas, kerja rumah lain seperti mencuci pakaian, menyidai pakaian dan menyeterika, dan memasak sarapan juga telah dilakukan seperti yang telah diarahkan. Para anggota BTS melakukan aktiviti masing-masing. Jadi, kerjanya menjadi mudah tanpa sebarang gangguan.
Yoojung mengangkat mop dan baldi ke bilik air. Air dari baldi dibuang dan dicuci mop tadi sebelum dikeringkan. Kemudian, Yoojung menuju ke dapur untuk minum bagi melegakan tekak yang kering. Ketika hampir sampai di dapur, terlihat Jin sedang memasak di dapur. Kagum Yoojung memandangnya. Dia memerhatikan segala tindak tanduk Jin tanpa menyedari Jin memanggilnya.
"Yoojung ssi! Yoojung ssi!" Panggil Jin mengembalikan Yoojung ke realiti.
"Uhh, ne?" Tanya Yoojung terkejut. Tersenyum Jin melihatnya.
"Kenapa berdiri di situ je? Let's come here." Panggilnya lagi yang ketika itu sedang memotong sayur. Yoojung pun berjalan ke arahnya dan duduk di meja dapur.
"Oppa masak ke? Ada apa-apa yang saya boleh tolong ke?" Tanya Yoojung.
"Emm saya nak masakkan Sup Rumpai Laut. Awak tolong potongkan bawang ni dengan carrot ni boleh?"
"Ne. Arasso." Yoojung pun memotong sayur itu. Jin pula mengacau sup di dalam periuk. Sesekali dia tersenyum memandang Yoojung.
"Yoojung ssi. Boleh saya tanya?" Jin bertanya.
"Ne. Tanyalah." Jawab Yoojung.
"Manager hyung kata awak kerja nak cari duit untuk sambung belajar kan?" Tanya Jin sambil memasukkan sayur-sayur yang sudah dipotong ke dalam periuk.
"Ne." Senyum Yoojung menjawab.
"Owh... Awak nak sambung dalam jurusan apa?" Tanya Jin lagi sambil mengacau sup.
"Emm, bidang penulisan. Saya nak jadi seorang penulis."
"Owh. Saya harap awak berjaya."
"Gomawo." Tersenyum Yoojung berkata sambil memandang Jin. "Ok, dah siap." Kata Jin. Api dapur ditutup dan mencedok sup ke dalam mangkuk dan disuakan pada Yoojung.
"Cuba awak rasa." Yoojung pun mencuba sup masakan Jin itu. Jin melabuhkan duduk di sebelahnya bersama mangkuk sup di tangannya.
"Emm, sedapnya. Pandai oppa masak." Puji Yoojung.
"Of course. Ni kan Jin oppa." Mereka sama-sama tergelak. Sedang mereka berbual sambil menikmati sup itu, Jimin dan Jungkook yang baru lepas bersenam masuk ke dapur menghampiri mereka.
"Wah, makan tak ajak ehh." Usik Jimin.
"Mari jela makan. Yoojung ambikkan sup untuk mereka." Arah Jin. Yoojung pun mencedok sup ke dalam mangkuk.
"Jemput makan." Yoojung pun menyuakan dua mangkuk sup itu kepada Jungkook dan Jimin. Mereka pun menikmati sup itu.
"Sedap seperti biasa." Kata Jimin.
"Mestilah. Hyung yang masak." Kata Jin berbangga diri.
"Ingatkan Yoojung yang masak." Kata Jungkook pula.
"Anio. Saya tolong je." Yoojung menjawab sambil makan supnya.
"Mesti Yoojung pun pandai masak. Nanti boleh masakkan untuk kami." Kata Jimin sambil tersenyum memandang Yoojung.
"Boleh. Tapi taklah pandai sangat." Kata Yoojung dengan malu-malu.
"Gwaenchanha. Kami nak rasa. Kan hyung." Jimin dan Jin sama-sama mengangguk dengan kata-kata Jungkook. Beberapa minit kemudian, ahli BTS yang lain datang menyertai mereka di dapur. Yoojung yang sudah selesai makan sibuk melayani mereka. Melihat mereka makan bersama di depan matanya membuatkan dia rasa gembira. Dia tersenyum melihat mereka. Sedang dia sibuk melayan mereka sambil berbual, ada sepasang mata tak lekang dari memandang Yoojung.
****
Yoojung yang baru lepas mengelap dan mengemaskan ruangan dapur selepas dia memasakkan makan malam untuk BTS, Yoojung duduk di ruang tamu sambil meregangkan badannya. Penat dia seharian melakukan kerja-kerja di rumah itu. Walaupun tak banyak benda yang dilakukan tapi tetap rasa kepenatannya. Sedang dia hendak menonton tv, terdengar J-Hope menjerit memanggilnya dari tingkat atas."Yoojung ah!" Panggil J-Hope. Mukanya kelihatan cemas.
"Ne. Wae?" Tanya Yoojung yang turut cemas pabila dia melihat J-Hope berdiri di tingkat atas.
"Yoojung ah. Palliwa. Cepat naik sini?" Yoojung pun berlari naik ke tingkat atas. J-Hope menarik tangan Yoojung ke studionya.
"Yoojung, ada lipas kat dalam. Tolong buangkan." Kata J-Hope. Yoojung pun masuk mencari di mana lipas itu di setiap sudut. Pabila menjumpai seekor lipas tersebut, Yoojung pun memukul tepat pada lipas itu dengan selipar yang dipakainya sehingga mati. Kemudian, dibuang ke luar tingkap.
"Dah. Lipas dah takde." Kata Yoojung.
"Jinjja. Gomawo. Hebatlah Yoojung ni." Puji J-Hope sambil mengusap kepala Yoojung. Yoojung tersenyum.
"Oklah. Saya turun dulu ya. Nak apa-apa panggil ya." Yoojung pun turun ke tingkat bawah. Ketika hendak turun, dia berpapasan dengan Taehyung di tangga. Taehyung memandangnya. Yoojung berasa berdebar melihat tatapan Taehyung.
"Saya dengar Hobie hyung jerit panggil awak tadi. Wae?" Tanya Taehyung ketika berhenti di tangga.
"Owh... tadi tu dia suruh saya buangkan lipas kat bilik dia." Jawabnya.
"Owh. Awak tolong buatkan air untuk saya boleh?" Pinta Taehyung.
"Ne. Arasso. Air apa awak nak?" Tanya Yoojung yang bersedia hendak turun.
"Emm... Buatkan air coklat. Nanti hantar kat bilik saya." Taehyung pun berlalu ke biliknya. Yoojung pun cepat-cepat ke dapur.
****
Selesai membuatkan air untuk Taehyung, Yoojung pun menghantarkan minuman kepada Taehyung. Pintu diketuk sebelum masuk. Tombol pintu dipulas perlahan selepas Taehyung memberi izin. Lalu Yoojung melangkah masuk."Nah. Ni air awak." Kata Yoojung.
"Owh. Letak kat atas meja tu." Tunjuk Taehyung ke arah yang dimaksudkan. Yoojung pun meletakkan dulang minuman itu.
"Lau takde pape lagi saya keluar dulu." Yoojung sudah bersedia hendak keluar.
"Ehh kejap. Duduklah dulu. Kerja awak dah habis kan. " Kata Taehyung. Dia menarik tangan Yoojung untuk duduk di sebelahnya di atas sofa. Yoojung terpinga-pinga.
Taehyung memandang Yoojung sambil menongkatkan kepalanya.
"Kenapa awak sanggup kerja orang gaji kat rumah kami?" Tanya Taehyung.
"Emm, sebab ..emm.."
"Awak dah tahu ke awak kena kerja kat rumah kami sebelum awak datang sini?" Potong Taehyung.
"Anio. Saya tak tahu. Saya cuma tahu bila dah sampai sini. Manager korang kawan eomma saya. Dan saya ditawarkan kerja kat sini. Lagipun saya nak cari duit untuk saya sambung belajar." Jelas Yoojung. Taehyung mengangguk mengerti.
"Jadi, awak akan pindah dari sini bila awak akan sambung belajar nanti?"
"Emm... ye kalau itu rezeki saya." Jawab Yoojung. Jawapan dari Yoojung membuatkan Taehyung terdiam. Wajahnya kelihatan sedih tiba-tiba. Yoojung yang perasan riak wajah Taehyung hairan melihatnya dan bertanya.
"Err...Taehyung ssi. Gwaenchanha?"
"Ne. Gwaenchanha." Taehyung berkata sambil menatap mata Yoojung. Yoojung berasa berdebar dengan pandangan Taehyung. Ketika Taehyung memandang Yoojung, wajah mereka hampir rapat. Yoojung yang perasan dengan keadaan itu terus bangun.
"Err....kalau takde pape lagi saya keluar dululah. Emm..jalja." Yoojung pun terus berlalu keluar selepas mengucapkan selamat malam. Taehyung terus menyandarkan tubuhnya ke sofa. Matanya dipejamkan. Keluar keluhan berat dari mulutnya seolah-olah ada sesuatu yang tak dapat diluahkan. Yoojung yang sudah berada di dalam biliknya terus baring atas katil. Tangannya memegang dadanya yang berdebar ketika dekat dengan Taehyung tadi. Dia cuba melelapkan matanya sambil memeluk bantal Tata. Tak sampai beberapa minit, dia akhirnya terlena.
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan