(Part 1)
OUR LOVELY MAID (PART 1)
(Rumah Yoojung)
Seorang gadis sedang khusyuk menonton variety show "Run BTS" di tabletnya sambil ketawa terbahak-bahak. Sehingga dia ditegur ibunya di dapur.
"Yoojung ah! Apa ketawa macam pontianak tu. Tak eloklah. Malu orang dengar nanti" Yoojung pun tersengih memandang ibunya.
"Hehe...Mianhae eomma." Yoojung kembali menatap tabletnya. Ibunya hanya menggeleng-geleng dengan kelakuan anaknya.
"Ohh..Eomma terlupa. Kawan eomma nak cari pekerja untuk kerja pembantu rumah kat rumah bos dia. Jadi, eomma dah rekomenkan kamu untuk kerja kat situ memandangkan kamu tengah tunggu keputusan masuk belajar." Kata ibunya.
"Mwo? Owh wae? Kenapa eomma tak bincang dengan Yoojung dulu?" Jerit Yoojung pabila mendengar kata-kata ibunya.
"Habis tu kamu nak buat apa waktu kamu cuti ni? Nak makan, tidur je?" Terus Yoojung memuncungkan mulutnya. Ibunya menyambung lagi.
"Kamu pergi jelah. Nanti kamu boleh dapat duit untuk masuk belajar nanti. Tapi kamu kena tinggal kat sana..." Belum sempat ibunya menghabiskan kata-katanya, Yoojung terus memotong.
"Mwo? Kenapa nak tinggal kat sana? Jauh sangat ke rumah bos dia tuhh? Arghhh, andwae! Yoojung tak nak pergi." Tangis Yoojung.
"Janganlah macam ni Yoojung ah. Kamu kena pergi jugak. Eomma dah cakap dengan diorang. Kamu kena tinggal kat sana sebab eomma kena kerja kat luar. Takkan kamu nak tinggal sorang-sorang kat sini. Kamu pergi ye." Ibunya memujuk sambil memeluk Yoojung. Yoojung hanya mendiamkan diri dalam pelukan ibunya. Mukanya masam sahaja.
****
Yoojung mengemaskan beg pakaian dengan dibantu kawan baiknya Sowon. Muka Yoojung berasa sedih kerana perlu tinggalkan rumahnya.
"Yoojung ah, janganlah sedih. Aku akan pergi lawat kau nanti. Ok." Pujuk Sowon dan memeluknya.
"Ne. Janji! Nanti kau datang lawat aku tau." Yoojung menunjukkan jari kelingkingnya. Sowon menyambutnya dengan senyuman.
"Ne. Janji chingu." Mereka sama-sama ketawa.
"Ehh.. kau dah tahu ke sape majikan kau tu?" Tanya Sowon.
"Emm, kata eomma, kawan dia tu manager kepada bos-bos dia. Bos dia 7 orang semuanya." Jawab Yoojung.
"Jinjja? Wow, banyaknya bos! Apa pekerjaan diorang sampai macam tu punya banyak bos?" Tanya Sowon hairan. Yoojung pun hairan. Dia cuba tanya pada ibunya tadi tapi ibunya juga tak tahu.
"Molla. Eomma tak cakap pun sape. Tapi tak kisahlah. Janji aku boleh duit untuk sambung belajar nanti." Yoojung pun mengemaskan barang terakhir dan menutup begnya. Bantal "Tata" dari BT21 diletakkan bersama beg yang tersusun di sudut dinding. Kemudian dia pun baring di atas katil dan dikuti Sowon.
Mereka berdua menghabiskan malam terakhir bersama di rumah itu sebelum Yoojung berangkat ke rumah majikan barunya. Mereka sama-sama menonton video persembahan BTS di tablet.
"Yoojung, kau rasakan bos-bos kau tu ada tak hensem macam BTS?" Tanya Sowon.
"Emm manalah aku tahu. Aku bukan pernah jumpa diorang pun." Jawab Yoojung.
"Tapi kan, lau BTS tu bos kau, kau bolehlah tengok diorang hari-hari. Apalagi bias kesayangan kau si Taehyung tu." Kata Sowon mengusik.
"Anio. Mustahil lah. Takkanlah diorang tu BTS. Bukan senang nak jumpa diorang depan-depan camtu." Nafi Yoojung lalu menutup tabletnya.
"Betul jugak kan. Kalau kau betul-betul kerja dengan diorang mesti best kan?" Senyum Sowon berkata.
"Dah lah. Berangan je kau ni. Jomlah tidur. Nanti lambat pulak aku nak bangun esok." Yoojung pun menarik selimutnya. Sowon pun berbuat yang sama lalu terus melelapkan matanya. Yoojung masih fikirkan kata-kata Sowon.
****
(Keesokan harinya)
Selepas mengucapkan selamat tinggal pada ibu dan rakannya, Yoojung pun bergerak ke rumah majikannya bersama kawan ibunya yang dikatakan pengurus majikan-majikannya. Selepas minit perjalanan, akhirnya mereka tiba di destinasi. Van yang dinaiki, berhenti betul-betul di hadapan semua rumah agam yang sangat mewah. Rumah banglo besar 2 tingkat itu dipandang kagum.
Selepas mengangkat beg, Yoojung bersama pak cik manager masuk ke rumah itu. Pabila masuk ke dalam rumah itu, matanya bulat memandang ke setiap sudut rumah itu. Perhiasan dan perabutnya disusun kemas dan sangat cantik. "Mesti diorang ni anak orang kaya." Desis hati Yoojung. Yoojung melihat ada kolam renang di luar rumah.
"Yoojung, kamu tunggu sekejap ye. Pak cik nak panggil diorang." Kata pak cik manager lalu berjalan ke tingkat atas. Selepas beberapa minit, pak cik manager pun turun bersama tujuh orang jejaka yang dikatakan sebagai majikan mereka. Mereka turun sambil memandang ke arah Yoojung yang masih belum sedar kehadiran mereka. Yoojung berdiri membelakangi mereka sambil memerhati ke luar.
"Yoojung, pak cik nak perkenalkan majikan-majikan kamu." Yoojung pun berpusing ke belakang setelah mendengar suara pak cik manager. Alangkah terperanjatnya dia melihat wajah-wajah majikannya. Terbeliak matanya seketika melihat mata-mata mereka tajam memerhatinya.
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan