(Part 2)
OUR LOVELY MAID (PART 2)
"Aku tengah mimpi ke ni? Ni kan... BTS!" Kata hati Yoojung memandang satu persatu wajah masing-masing yang sedang berdiri di hadapannya. Air liur ditelan seakan tak percaya dengan apa yang dilihatnya.
"Oklah. Hyung tinggalkan kamu dengan maid baru kamu ni. Hyung kena pergi sekarang. Sekejap lagi hyung akan ambik kamu." Pak cik manager pun berlalu pergi tinggalkan mereka berlapan.
"Err...annyeonghaseyo. Ireumeun Kim Yoojung imnida. Saya berumur 18 tahun." Sapa Yoojung yang berdiri berhadapan dengan BTS.
"Annyeong Yoojung ssi. Saya Jin. Selamat datang ke Bangtan's Villa. Awak pasti kenal siapa kami kan?" Ramah Jin menyahut. Yoojung tersenyum mengangguk.
"Ne." Jawab Yoojung.
"Baguslah camtu. Tak perlulah kami perkenalkan diri kami lagi. Ada beberapa perkara yang awak kena ambik perhatian dalam kerja awak. Tugas awak kat sini senang je. Paling utama sekali awak kena kemaskan rumah ni bersih-bersih tanpa ada habuk satu pun." Kata si ketua Namjoon a.k.a RM. Yoojung mendengar betul-betul kata-katanya.
"And, awak kena pastikan tiada sebarang serangga dalam rumah ni. Especially, lipas. Saya dan Jin hyung sangat takutkan lipas." Kata J-Hope atau nama sebenarnya Hoseok. Yoojung pun mengangguk.
"Saya tak suka diganggu waktu saya tidur. Jadi, kalau awak nak kemas bilik saya, awak kemas masa saya takde kat bilik." Kata si swag Yoongi atau lebih dikenali dengan Suga.
"Saya dengan Hobie hyung kongsi bilik. Jadi awak tak perlu selalu kemas bilik kami pun takpe sebab Hobie hyung rajin kemaskan. Awak cuma perlu tukarkan cadar katil je." Kata Jimin pula.
"Ohya, baju-baju kami perlu dicuci dengan bersih-bersih, wangi dan perlu diseterika dengan kemas dan digantung dalam almari. Arasso?" Kata Taehyung pula.
"Ne. Arasso." Jawab Yoojung.
"Pasal makan, awak nak makan apa-apa ambik je kat dapur. Awak tak perlu masak untuk kami sebab kami selalunya makan di luar sebab sentiasa sibuk. Jungkook ah, ada nak tambah apa-apa pesanan lagi?" Tanya Jin.
"Rasanya dah takde pape lagi kot. Semua hyung dah sebutkan semua perkara.." Kata maknae Jungkook.
"Yeah. Awak dah faham kan semuanya. Lau takde pape lagi, mari Yoojung. Saya tunjukkan bilik awak." Yoojung pun mengikut Jin ke arah biliknya bersama sambil menolak beg bagasinya.
Biliknya tidak jauh dari ruang dapur. Tergamam Yoojung melihat biliknya yang besar dan luas itu. Biliknya tidak seperti bilik orang gaji. Bilik itu sangat cantik dan dihiasi dengan perabot mewah. Tak ubah seperti bilik Tuan Puteri. Begnya diletak di tepi almari.
"Awak suka bilik ni?" Tanya Jin menyedarkan Yoojung dari lamunan.
"Ne. Joahayo." Jawab Yoojung.
"Good. Awak ni comel lah." Kata Jin sambil mencuit pipi Yoojung. Merah muka Yoojung dipuji. Dia hanya menunduk malu.
"Oklah. Awak rehatlah dulu. Kejap lagi kami semua ada aktiviti kat luar. Jadi, kami akan balik lambat. Awak boleh rehat dulu sehari ni. Esok awak boleh mula kerja awak. Jangan segan-segan. Awak buat macam rumah awak sendiri ok." Kata Jin lagi. Yoojung mengangguk. Jin pun berlalu selepas menutup pintu biliknya.
Selepas Jin berlalu dari situ, Yoojung pun duduk di atas katil dan baringkan diri. Dia seperti tidak percaya dia kini berada di rumah mewah BTS. Dia memegang pipi kananya. Teringat dia bagaimana Jin mencuit pipinya. Dia tersenyum sendiri. Dia berguling-guling di atas katil. Betapa gembiranya dia.
****
Yoojung rasa segar selepas mandi. Apalagi dia dah tidur 3 jam pabila masuk ke biliknya. Beg pakaiannya dibuka. Baju-bajunya di keluarkan dan disangkut di dalam almari. Almari itu sangat besar dan luas. Terlebih muat untuk memuatkan baju-bajunya. Barang-barang make upnya diletakkan di atas meja soleknya yang terletak di hadapan katil.
Selepas mengemaskan barang-barangnya, dia pun keluar dari biliknya. Dia berjalan ke ruang tamu. Dia berasa kagum melihat sofa mewah di ruang tamu dan tv yang besar. Matanya memandang ke tingkat atas. "Mereka semua dah pergi kan. Bolehlah aku naik tengok kat atas." Desis hatinya. Dengan perlahan, Yoojung membawa kakinya naik ke tingkat atas rumah dua tingkat itu. Dia dapat melihat dengan jelas setiap bilik di tingkat atas.
Setiap bilik tertera nama di setiap pintu. Maka mudahlah lagi kerja Yoojung untuk tahu bilik masing-masing. Dia berjalan ke satu bilik yang buatkan hatinya berdebar dan timbul rasa ingin tahu dalam hatinya. Dia berdiri betul-betul di hadapan pintu bilik yang tertulis nama Taehyung beserta fotonya. Dia ragu-ragu sama ada hendak masuk atau tidak. Akhirnya dia memulas tombol pintu perlahan. Dia pun melangkah masuk ke dalam bilik itu.
Bilik itu sangat cantik dengan susunan perabot yang ringkas bentuknya. Semuanya serba putih. Frame gambar yang tertera gambar Taehyung di atas almari di sebelah katil di ambil. Yoojung mengusap perlahan gambar Taehyung sambil tersenyum. Dia gembira kerana dapat bersua muka dengan Taehyung. Ada hikmahnya dia menerima kerja di sini walaupun terpaksa menjadi orang gaji. Sekurang-kurangnya dia dapat dekat dengan mereka terutama sekali bias utamanya tuan punya bilik. Frame itu di letakkan kembali di atas almari.
Perutnya terasa berbunyi lalu Yoojung pun turun ke ruang dapur. Cuba di lihat ke dalam peti ais mencari makanan. Dilihatnya ada buah-buahan, makanan ringan dan minuman. Tapi Yoojung rasa bersalah pula nak mengambil makanan dalam peti sejuk itu walaupun dia dibenarkan makan makanan di dapur itu.
Teringat pada kata-kata Jin sebelum mereka keluar. "Awak nak makan apa, awak ambik je kat dapur tau. Tak perlu takut ok." Akhirnya, Yoojung mengambil botol air mineral dalam peti sejuk itu dan diletakkan di atas meja. Dia mencari sepaket ramen di dalam almari dapur. Setelah menjumpainya, dia pun memanaskan air untuk masak ramen. Setelah siap masak, dia pun makan ramen yang dimasaknya. Terasa sunyi dia di rumah besar itu.
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan