Khamis, 18 Oktober 2018

Cerpen Fanfic: Our Lovely Maid (Part 4)

(Part 4)

OUR LOVELY MAID (PART 4)

    Dah masuk dua minggu Yoojung bekerja di rumah BTS. Hubungan mereka makin rapat dan dia sudah boleh menyesuaikan diri di situ. BTS melayan  Yoojung bukan seperti orang gaji tetapi seperti sebahagian daripada keluarga mereka sendiri. Menjadi rutin hariannya juga setiap pagi Yoojung akan menyediakan sarapan sebelum membuat kerja-kerja lain. Dia menyediakan sarapan roti telur kegemaran mereka pagi itu.
" Yaedeura! Breakfast is ready." Panggil Yoojung dari dapur. Yoojung sedang menuang air ke dalam 8 biji cawan.
"Good morning." Ucap Namjoon yang masuk ke dapur bersama ahli-ahlinya.
"Good morning. Jom breakfast." Jawab Yoojung.
"Wow, roti telur. Mesti sedap ni." Kata Jin lalu melabuhkan duduk di kerusi. Masing-masing mengambil tempat di meja panjang itu.

   Mereka menikmati sarapan pagi itu bersama-sama dengan Yoojung.
"Sedap tak?" Tanya Yoojung.
"Ne. Sedap sangat." Jawab Jimin sambil menunjukkan ibu jarinya beserta dengan senyuman manisnya. Yoojung tersenyum gembira.
"Lepas ni bolehlah buat lagi ehh."Kata Jungkook pula.
"Yahh... Asyik roti telur je, makanan lain kan ada." Balas Yoongi pula.
"Betul tu. Tak jemu ke nak makan tu je?" Kata Yoojung.
"Makanan yang Yoojung masak semuanya sedap." Tersengih Jungkook berkata. Jelas kelihatan gigi arnabnya.

****
   BTS semuanya sudah pun berangkat ke syarikat Big Hit untuk berlatih bagi persediaan konsert mereka. Yoojung tinggal di rumah sendirian. Seperti biasa dia akan melakukan kerja-kerjanya. Dia masuk ke bilik setiap ahli kumpulan itu untuk menukarkan cadar mereka dan mengambil baju-baju untuk di cuci. Ketika dia hendak turun ke tingkat bawah selepas menukar cadar di bilik Jungkook, loceng pagar rumah kedengaran berbunyi.
"Uhh, takkan diorang dah balik?" Desis hatinya. Yoojung pun berlari turun ke bawah bersama pakaian kotor di dalam bakul.

    Yoojung berjalan ke arah pintu pagar. Dilihatnya seorang perempuan sedang berdiri membelakanginya. Yoojung seakan dapat mengagak siapa yang datang. Dia pun membuka kunci pintu pagar dan menolaknya. Gadis tadi pun berpusing memandang Yoojung.
"Yoojung ah!" Jerit Sowon lalu memeluk Yoojung. Yoojung juga membalas pelukannya.
"Yahh, terkejut aku. Apasal kau datang tak bagitahu dulu?" Tanya Yoojung selepas meleraikan pelukan.
"Wae? Kau tak suka aku datang? Aku saja nak buat surprise kat kau." Jawab Sowon sambil memerhatikan ke sekeliling rumah besar itu.
"Ne. Aku suka. Dah jom masuk dulu. Aku buatkan air untuk kau." Yoojung pun menarik tangan Sowon masuk ke dalam. Sowon pun mengikut dari belakang.

    Yoojung pun membuatkan air untuk Sowon yang turut mengikut Yoojung ke dapur. Mereka sama-sama duduk di meja dapur.
"Nah. Minumlah dulu." Yoojung menyuakan secawan air untuk Sowon. Sowon pun minum air itu.
"Yoojung ah, bogoshipeo." Kata Sowon ada Yoojung. Tersenyum Yoojung mendengarnya.
"Nado. Tapi mana kau tahu alamat rumah ni?" Tanya Yoojung.
"Owh mak kau yang bagi. Aku mesej kau tak balas pun. Emm, besar betul rumah ni." Jawab Sowon.
"Uhh...yeke. Mian. Aku tak perasan. Aku sibuk dengan keje. Hehe.." Jawab Yoojung sambil melihat handphonenya di dalam kocet apronnya.

    "Emm apa-apa jela. Mana diorang?" Tanya Sowon yang melihat sekeliling.
"Diorang kat syarikat. Wae?" Jawab Yoojung sambil menghirup minumannya.
"Saja je nak tau. So, apa perasaan kau keje kat sini?" Tanya Sowon.
"Emm... aku seronok sangat. Sebab hari-hari aku dapat tatap muka artis kesukaan aku." Lebar senyuman Yoojung bercerita.
"Wahh bestnya. Ohh ya, kau suka Taehyung kan? Mesti kau berbual dengan dia hari-hari kan?" Tanya Sowon lagi sambil minum.
"Ha'ah maja." Wajah tampan Taehyung terbayang-bayang di ruang matanya saat menyebutnya. Ketika itu jugak degupan jantung berdebar.
"Jadi, kau dah confess pada dia?" Soalan Sowon terus mematikan bayangan Taehyung.
"Anio. Takkanlah aku nak confess. Buatnya dia tak suka aku, malu je." Kata Yoojung terus mengangkat cawan-cawan ke singki dan mencucinya.
"Mana kau tahu dia tak suka kau kalau kau tak bagitahu dia? Kau kena cuba. Mana tahu dia suka kau?"

    Yoojung terdiam dengan cadangan Sowon itu. Dia meletakkan cawan-cawan yang sudah di cuci di atas rak.
"Emm, aku akan fikirkan cadangan kau. Tapi ni kau nak balik dulu ke tak?" Tanya Yoojung berdiri di sebelah meja.
"Uhh... kau halau aku ni?" Sowon bertanya sambil membuat muka sedih. Yoojung memeluk bahu rakan baiknya itu.
"Ania. Aku tak halau kaulah. Aku tanya sebab aku nak kena cuci kain. Kalau kau tak balik lagi bolehlah kau tolong aku. Bosanlah duduk sorang dalam rumah besar ni." Yoojung mengangkat keningnya.
"Owh kau nak aku jadi orang gaji jugaklah ni ehh?" Kata Sowon dengan mata dijegilkan.
"Oklah tu. Dah kau kawan dengan orang gaji. Hahaha..." Tawa Yoojung lalu berlari ke bilik cucian.
"Yahh...Kim Yoojung!" Jerit Sowon mengejar Yoojung. Mereka sama-sama ketawa.

****
    Setelah penat mencuci, menyidai dan menyeterika pakaian ahli-ahli BTS, Yoojung dan Sowon sama-sama duduk bersandar di sofa ruang tamu sambil menonton tv. Yoojung meregangkan badannya. Seluruh badannya terasa sengal setelah beberapa jam membuat kerja.
"Sowon ah. Gomawo. Sebab kau sudi tolong aku hari ni." Ucap Yoojung sambil melentokkan kepalanya di bahu Sowon.
"Uhh...gwaenchanha. Tapi kau kena bayar aku tau, hehe..." Usik Sowon.
"Ohh... bolehlah." Tawa mereka serentak.
"Kau tak penat ke nak kemas rumah ni, cuci baju-baju diorang lagi? Rumah ni dah la besar. Kalau aku, dah lama aku pengsan." Kata Sowon memandang Yoojung disebelahnya.
"Emm... memanglah penat tapi aku happy. Sebab..."
"Sebab kau boleh tengok Taehyung hari-hari. Betul kan?" Belum sempat Yoojung habiskan kata-katanya, Sowon terus memotong. Yoojung hanya tersenyum mengangguk.
"Sebab tula, kau kena confess kat dia sebelum kau kena berenti kerja nanti." Yoojung terus memandang wajah Sowon pabila mendengar kata-kata Sowon itu.

    "Ne. Arayo.Tapi aku..." Yoojung terus mendiamkan diri.
"Uhh? Wae? Kau tak sanggup nak tinggalkan rumah ni kan? Kau tak sanggup berpisah dengan diorang?" Terus Sowon meneka pabila melihat wajah muram Yoojung.
"Molla. Mungkin jugak." Sowon dan Yoojung pun sama-sama mendiamkan diri.

****
    Selepas beberapa minit, suara kereta memasuki ruang parking kedengaran menyedarkan Yoojung yang terlena keletihan. Lalu dia pun mengejutkan Sowon yang turut tertido di sebelahnya.
"Sowon ah. Diorang dah balik." Dengan mata berpisat-pisat, Sowon pun terjaga
"Err... diorang tak bagi orang luar datang ke?" Sowon bertanya takut.
"Takdelah. Diorang takde pulak cakap tak boleh. Jomlah." Yoojung menarik Sowon bangun dan ke dapur.

    Kedengaran penggera pintu dibuka dari luar.
"Kami dah balik. Yoojung ah..." Suara J-Hope memanggil. Yoojung pun membukakan pintu untuk mereka.
"Korang dah balik?" Tanya Yoojung sambil tersenyum. Ahli-ahli BTS pun mula berjalan masuk ke dalam rumah.
"Ne. Yoojung masak apa? Kitorang laparlah." Jimin bertanya sambil memegang perutnya dengan wajahnya di aegyo. Yoojung dah faham sangat dengan telatah Jimin itu hanya tersenyum.
"Yoojung dah kemas bilik kami?" Tanya Yoongi.
"Haishh, hyung! Baru sampai je takkan terus tanya pasal bilik. Kesian Yoojung. Mesti dia penat. Kan Yoojung?" Balas Namjoon sambil tersenyum pada Yoojung.
"Apa salahnya. Hyung nak tidur. Sebab tu, hyung tanya." Kata Yoongi. Ahli-ahli lain hanya menggeleng tersengih.
"Aigoo. Tak payah bergaduh. Saya dah kemaskan bilik korang. Siap tukar cadar baru lagi." Jawab Yoojung sambil tersenyum. Yoongi tersenyum gembira. Dia mengusap rambut Yoojung seketika lalu berjalan ke dalam sambil diikuti ahli lain di belakang.

     Pabila ahli-ahli BTS sampai di ruang tamu rumah mereka terlihat Sowon sedang berdiri di hadapan ruang dapur. Sowon pun menunduk bersapa dengan mereka. "Errr...annyeonghaseyo." Sowon pun menyapa dengan wajah ketakutan. Yoojung pun terus mendapatkan Sowon dan memperkenalkan Sowon pada mereka.
"Err..Ni kawan saya Sowon. Dia datang nak jumpa saya." Terang Yoojung.
"Ne. Saya cuma datang ziarah Yoojung. Saya dah nak balik pun." Kata Sowon pula.
"Owh..annyeong. Terima kasihlah sebab sudi datang. Atleast boleh awak temankan uri Yoojung. Mesti dia sunyi duduk sorang-sorang." Kata Jin.

    "Ne. Emm... saya mintak diri dululah." Kata Sowon bersedia hendak pulang.
"Ehh, tak nak makan malam dulu ke kat sini?" Tanya Jimin.
"Err.. takpelah. Terima kasih. Saya nak kena balik, takut mak saya cari pulak. Annyeong." Sowon pun bergerak ke muka pintu. Ahli-ahli BTS hanya memandang. "Saya pergi hantarkan kawan saya sekejap ye." Yoojung pun terus keluar mengejar Sowon. Ahli-ahli BTS pun berlalu naik ke bilik masing-masing. Taehyung memandang Yoojung yang berjalan keluar sesaat sebelum berjalan ke biliknya. 

     "Sowon!" Panggil Sowon yang berjalan ke pintu pagar.
"Uhh wae? Kau pergilah masuk. Nanti diorang marah pulak." Kata Sowon.
"Ania. Diorang tak marahlah. Diorang tu baik. Tapi kau cepat sangat nak balik. Aku tak sempat nak kenalkan kau dengan diorang lebih rapat lagi." Kata Yoojung.
"Lain kali jelah. Aku takut eomma cari aku. Macam kau tak kenal dia macam mana kan?" Balas Sowon. Yoojung mengeluh.
"Emm...arasso. Terima kasih tau untuk hari ni. Susah payah kau tolong aku hari ni." Ucap Yoojung sambil memeluk Sowon.
"Gwaenchanha. Aku kan kawan kau. Kau jaga diri tau. Nanti kita jumpa masa masuk universiti nanti ya." Sowon membalas pelukan Yoojung.
"Ne." Angguk Yoojung meleraikan pelukan.
"And satu lagi. Kau kena cepat confess. Aku tengok si Taehyung tu nampak macam sukakan kau jugak." Senyum Sowon berkata.
"Kau ni ada-ada je. Dahlah pergilah balik. Nanti eomma kau bising. Kau tolong tengok-tengokkan eomma aku ya." Pesan Yoojung sambil mengisyaratkan tangan pada Sowon.
"Haha... arasso. Bye Yoojung." Sowon pun berlalu dari situ sambil melambaikan tangannya pada Yoojung. Yoojung membalas lambaian Sowon. Kemudian, dia pun berjalan masuk ke rumah selepas Sowon berlalu pergi. Taehyung melihat Yoojung berjalan masuk rumah melalui tingkap biliknya. 

Bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan