Rabu, 4 Ogos 2021

My New Kittens

Hai, assalamualaikum.. 

Morning pees.

So, last week, 29th July, i adopt 2 ekor kittens, sekor putih (male), sekor oren (female). Plan asal i nak amek sekor je yg jantan tp once tengok dua2 comel sangat, terus jatuh cinta amek jugaklah dua2 hehe... Ok i cut story teruslah ehhh...

Kemaren, i cuti baru dapat mandi dan lepaskan anak2 bulus tu main2 kat dlm rumah. Dh seminggu depa terkurung dlm sangkar. Sian depa. Masa mandikan depa, depa tak nangis sangat, cuma biasalah meggelupur nak lari. Kesejukan. Lps mandi, lap2 bdn depa terus bagi lps depa main. 

Kemahen aktif berlari lari, main2 sesama depa. Boleh tengok short video aku dekat fb:  Right here ni, and dkt tiktok @pynkynaz92 pun ada gelagat memasing bila depa bebas. Happy tgk depa. Tulaa kata bila tgk gelagat kucing2 ni dia bg aura positif kat diri. Stress pun hilang. Xpercaya, try bela. Since Baby ChimChim mati 3 tahun dh pun, bila depa hadir dan datang ke sini, rumah tu seakan kembali cerialah. Dah xsunyi hehe... And i pun dh start bleh happy balik. Takde boyfriend xpe, xkwen xpe, janji ada ank2 ni pun dh cukup.

Org selalu kaitkan kalau kucing oren ni nakal terlampau kan, tp tdk bagi Baby Yen i. Dia baik sangat. Xtaulah skrg je baik, esk2 perangai nakal tu muncul kan haha... Tp setakat ni baik je dua2. Xde nak nangis sgt. Kita jln masing2 ngekor je. And Baby Yen yg start dulu mula membuang dlm litter box. Pstu si abg Baby Utih baru start ikut sama. Xpyh dh ajar depa membuang dlm tu. 

Buat masa ni, bagi depa duduk dlm rumah je dulu. Takut lagi nak lps main kat luar rumah. Bkn takut depa lari xbalik, takut depa main kt jln. Fobia lg i bila Baby ChimChim mati kena langgaq dulu. Kucing punya besaq, xkan xnmpk kot. Hg nek motor..keta kotlah kdg xnmpk. Mmg aku xleh brain how come hg bleh langgaq sekor kucing. Merempit laju kotdan xtgk dh. Ni pakai langgaq suka hati jaa.. Ni depa dh bebas biaq duk dlm umah ja dulu. I dh tak payah kurung depa dalam sangkaq dh, depa dh start reti membuang dlm litter box.

Okla, setakat ni dulu. Jumpa lg, bye. 

Khamis, 20 Mei 2021

My First Experience Covid Swab Test

 CRONOLOGY DOING COVID-19 SWAB TEST

Assalammualaikum and hai guys.

Korang nampak kat bahagian tajuk kat atas tu, so aku akan storykan how come aku membuat saringan Covid. Since PKP 2.0 hari tu lagi, aku di hantar untuk jaga bahagian pemeriksaan suhu di sebuah pasar raya. Actually, hotel aku kerja dengan mall tu di bawah pengurusan company yang sama. So that’s why aku di lempar ke mall sebab hotel tiada bilik orang check in. Kritikal gaklah kat situ. Should I reveal that mall’s name??? Emm…

Before aku start cuti raya, aku kerja macam biasa. Masih menjerit panggil customer yang ketegaq tak mau ikut SOP macam orang gila dah aku, orang pun tengok aku dengan muka tak puas hati emm…Keadaan masih normal.

12-15/5/21 : Cuti raya

16/5/2021:

Ok hari ni aku mulalah kerja balik selepas 4 hari bercuti. Sewaktu punch card masuk kerja, terdengarlah suara-suara staff duk bersembang serius. Masa ni dapat tangkap sekali lalu jaa… Duk sembang pasal sapa ntah. Orang tu rasa tak sedap badan then buat test, disahkan positif. Aku dah mula rasa tak senang duduk. Tapi taklah aku bertanya, sebab memang dari first day aku masuk kerja tak pernahlah aku duk bersembang rapat dengan depa.

Abang Joe, our hotel’s maintenance (yang sama2 kena lempaq duk kat mall), mai sembang kat aku, then dia pun ada gitau yang dia terdengaq kat bahagian stor staff-staff duk sembang pasal benda yang sama. Katanya yang terkena tu staff bahagian stor dengan office. Pun dah mula duduk tak senang. Kata kat Abang Joe, ntah2 kami pun kena buat saringan gak, dah dia kata HR yang kena dulu. Aku waktu tu damnn…. Last jumpa dia pun masa pi isi form cuti, tu pun 2 or 3 minggu before aku cuti.

Mak cik aku pulak kol lepas aku rehat hari tu tanya betul ke ada kes positif Covid kat mall. Tapi taklah aku bagitau kata ada. Aku cuma jawab tak tahu jerr sebab belum dapat jawapan yang sahih. Tapi wajah tak senang duduk dah terjelas kat wajah. Mana tknya, benda dah pun viral sampai ke orang luar.

Then, sajalah tanya kat supervisor mall. Dia pun tak bagi jawapan yang meyakinkan. Dia seolah nak coverline ka apa aku tak tahu. Dia menafikan khabar angin tu. Katanya depa saja ja p buat test tu, lau betoi positif KKM mesti dah datang mall. Aku pelik dengan jawapan dia, tapi aku diam saja.

Tapi part ni paling aku terkesan. Balik ja dari kerja, makcik dengan mak aku jauhkan diri dari aku,huhu… Diorang tahu aku takde simptom2 covid, takde rasa demam or selsema, tapi diorang takut dengan aku.. Aku macam biasa, balik kerja memang aku akan terus mandi, bersihkan diri. Mak cik pun pesanlah pada aku untuk berjaga-jaga. 

17/5/21:

Aku gagah lagi pi kerja jugak sebab belum dapat apa-apa info lagi. Tapi mak aku pun risau nak bagi aku g kerja. 

Balik dari kerja, dapat whatsapp aku dimasukkan ke dalam group whatsapp mall.

So, SAH!!! Ada staff yang telah positif , so ke semua kena buat test covid ESOK HARI. Kami dikehendaki bagi detail peribadi nama, no ic apa suma, jumpa kat klinik esok, terus buat swab test covid.

18/5/21:

Pukul 8.00 pagi dah kena ada dekat klinik Dr Azhar, Taman Suria untuk temu janji swab test. Tak dikenakan bayaran sebab dah under mall, so pihak pengurusan mall yang akan bayarkan.

Nama aku dipanggil je, terus duduk kat kerusi yang depa dah sediakan di luar klinik. Doktor explain apa yang perlu dibuat untuk swab test. Before doc masukkan apa benda ntah macam paip tu kena tarik nafas, then kena lepas nafas slow-slow waktu doc tu tarik bawak keluar benda tu. Lebih kurang gitulah.

Nak kata sakit tak sakit pun, lepas je doctor tu keluarkan benda tu keluar air matalah jugak. Pedih sikitlah jugak.. Aku pun tak tahu nak explain camna tapi tulaa my first swab test yang aku lakukan untuk pertama kalinya.  Dah selesai test tu, terus gi kerja. Tak dipakaikan gelang or diberi surat apa pun.

Sampai kat tempat kerja, terus dapat result test dari wassap group kata semua yang gi test tadi tu NEGATIF kecuali sorang je POSITIF. Sorang staff orang Indon. Tarik nafas lega tapi taklah selega mana pun. Cuma syukurlah aku tak dijangkiti, Allah masih lindungi aku. Alhamdulillah.

KKM pun masih belum p mall lagi hari tu. Aku masih lagi kerja seharian hari tu. Still macam biasa, jaga diri sendiri jelah macam biasa.

19/5/21:

Ni hari off day aku. Aku duk rumah relax, rehat jerr. Then, dapat info kata KKM pi serbu mall then dapat notis. So, mall diarahkan TUTUP selama 10 hari bermula 19 Mei hingga 28 Mei ni. So, aku buat self-quarantine jerr kat umah.

Sekian sampai sini dulu. So stay safe, stay at home je. Keluar jika perlu sahaja.


p.s. Turut mendoakan untuk keselamatan rakyat-rakyat di Gaza. #SaveGaza #SavePalestine




Selasa, 11 Mei 2021

Aidilfitri 2021: Surat Hari Raya

 Hai Assalamualaikum...

Menjelangnya Hari Raya Aidilfitri keesokan harinya, i want to wish Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog Pynky Naz. Semoga hari raya ni tetap memberikan keceriaan dan kebahagiaan pada anda semua walaupun kita sedang diuji dengan dugaan Pendemik Covid 19 yang melanda seluruh negara saat ini. 

Sudah pun 2 tahun kita beraya dalam suasana PKP, jadi kita tetap perlu jaga diri kita sendiri dan patuhi setiap SOP yang sudah ditetapkan oleh kerajaan. Insyaallah, kita mampu untuk melawan wabak penyakit ini. 

Ok,by the way.. Hari ni i rasa nak update blog ni. Dah lama sangat tak update, rasa rindu nak mencurah luahan hati di sini :)

Syukurlah Alhamdulillah, sebulan sudah kita berpuasa, dan Ramadan bakal tinggalkan kita dalam beberapa jam sahaja lagi. Semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadan akan datang. Amin.

Emm tahun lepas jika i kembali berpuasa dan beraya sebagai girlfriend pada someone, makanya tahun ini, i kembali berpuasa dan beraya sebagai gadis single. Back to single again. Huhu... Sis redha jelahhh. Sudah suratan takdir, tiada jodoh antara kami. Dan i mula lanjutkan hidup i seperti biasa, and Alhamdulillah i dah berjaya harungi 7 bulan lawan fasa2 move on ni, di mana i dah kurang menangis seperti 2,3 bulan pertama.... Perit putus cinta itu tidak sakit mana, tapi sakit masih cinta itulah terasa seperti dihiris sembilu gitewww... Tapi untuk memulakan hubungan baru, mencari cinta baru bukanlah tujuan utama saat ini. Masih perlu memberi ruang pada diri untuk bersedia menyayangi diri dahulu. Ok stop pasal relationship. Sembang pasal benda lain plak.

Di hari raya ini, tiada benda sangat nak kongsi, nak luah.. Cuma di harapkan raya kali ni lebih memberi peluang dan ruang untuk cari kebahagiaan pada diri lebih dari mencari cinta manusia. Means cinta pada Allah lebih utama... Terima kasih pada hati kerana tetap masih kuat menempuh segala ujian dan dugaan yang telah datang. Terima kasih pada diri yang tetap sabar walaupun kesabaran sedikit teruji dengan beberapa perkara. Semoga akan terus kuat dan sabar menghadapi setiap dugaan dan cabaran yang bakal datang... Amin..

Sekian... Wassalam...  

Sabtu, 13 Mac 2021

Banner 2021

 


Hai and Assalamualaikum peeps.

Tetiba rindu pulak nak update . So since hari ni i kerja petang, pagi ni nak curi masa bukak blog, tukar banner header blog and terus update kat entri ni,hehe....

Now, that's new header for this year. Haruslah tetap adik2 BTS kat situ jugak haha... I'm not expert make a header. Yang pasti tema pink-purple wajib ada even tak banyak 😌

Ok. Done. Sampai sini jelahh... Daa 👋




Sabtu, 23 Januari 2021

(D-1) 2021 Pynkynaz Party: Birthday Letter For Myself

 

Dear me,

Hai Naz,

 

How are you today? Hope you’ll happy today because today is your birthday. Hey, Happy Birthday to you dear. Hope you keep smiling like always and keep be strong…

Naz, Today is last year you’ll in the 20 years era.. I know you not ready to be in 29 years old right?? It’s okay. Everythings gonna be fine. Don’t worry too much!! No matter what, you keep be happy and stay be yourself..Fighting!!!!

 ………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Tahun lepas dah cukup sarat suka dan duka, dengan tekanan mental, fizikal dan emosi untuk aku. Tapi aku tetap berjaya harunginya setiap dugaan dengan ketabahan. Aku tetap melaluinya dengan hati yang kuat walaupun hati aku sudah dihancur lumat, pecah berderaian.

Putus cinta adalah dugaan paling terbesar yang berlaku padaku tahun lepas. And, sudah 4 bulan selepas berlakunya perpisahan itu. Tapi aku sudah kuat sekarang? Aku sudah mula move on dan tetap perlu melangkah berjalan ke depan dan takkan menoleh ke belakang lagi…

Sejujurnya, aku bukanlah mudah nak lupakan apa yang terjadi. Sukar jugak untuk buang perasaan yang hadir setelah 5 tahun aku hidup single, tanpa hadirnya insan yang memberi aku cinta baru. Pabila munculnya dia dalam hidupku, seakan aku kembali hidup bersama cahaya baru yang aku harap akan kembali menyala dan menyinari malam hariku buat selamanya…

Tapi cahaya yang ku harapkan kini terpadam sekelip mata. Sekali gus menghancur ranapkan hatiku yang baru kembali terbuka untuk menerima cinta baru… Aku redha, tapi aku tak mampu tipu diri aku sendiri yang aku sangat kecewa dengan cara perpisahan ini dan aku jugak takkan mampu untuk menghalang suma yang terjadi.. mungkin sudah suratan takdir yang menentukan ini pengakhirannya. Sesungguhnya hubungan yang tanpa restu orang tua takkan memberi kebahagiaan. Aku doa dia bahagia. Dan aku juga harus sedar diri aku tak layak untuknya.. Aku akan padam segala ingatan dan kenangan manis antara kami dan perasaan itu akan ku buang sejauh-jauhnya…

Kini, aku kena kuat untuk hidup tanpa cinta. Aku terpaksa mengutip kembali kepingan hati yang pecah itu dan mencantumkannya semula. Sayangnya, ia tidak sempurna seperti sediakala… Parutnya masih jelas kelihatan…

Hatiku kini tertutup kembali untuk bercinta lagi… Sudah cukuplah hati aku dilukai, aku tidak mahu ditambah derita lagi. Hati aku belum cukup sembuh untuk mencari cinta. Ia seakan sudah mati. Aku haramkan hati untuk jatuh cinta sehingga aku benar-benar jumpa seseorang yang lebih tulus ikhlas denganku… biarlah masa yang menentukan segalanya….

Isnin, 18 Januari 2021

(D-5) Pynkynaz Party : My Mom's Birthday

 Hai guys...

So countdown day 5 today.. Secara kebetulan pulak hari ni, 19 January is my mom's birthday.. Let's wish HAPPY BIRTHDAY TO MOM...

SAENGIL CHUKHAHAE EOMMA ♥️

생일축하합니다 사랑하는 엄마 💝


Genapnya usia insan yang telah melahir dan menjaga lalu membesarkan i hingga dewasa.. Tak terbalas jasanya dengan wang ringgit. Happy birthday yang ke-61 eomma....
Saranghae 💜


Sabtu, 16 Januari 2021

(D-8) 2021 Pynkynaz Party: 2020 Photo Collections

 

Hai. Assalamualaikum..

Tibanya countdown hari ke-8 menjelangnya ulang tahun kelahiran i.. So, entry day 8 hari ni just nak share koleksi-koleksi gambar yang di ambil sepanjang tahun 2020. 
Let's check it out 😉




With my aunty masa hari raya puasa (2nd day) 

Me, aunty, eomma

Time i kerja kat pasar raya Cmart Arau. I kena handle check suhu sistor






#DONE





Jumaat, 15 Januari 2021

(D-9) 2021 Pynkynaz Party: Pynkynaz's Facts

 Hai, Assalammualaikum...

Sempena birthday i yang akan datang minggu depan, i want to write FACTS BOUT ME.... Let's check it out!!!




1) "Pynkynaz" ialah gabungan daripada nama i dan warna kegemaran i. 

PYNKY= Pink Color

NAZ= Naziah

2)When i was in highschool, my dream is i want to study at overseas and my ambitions is want to be a novelist. That's why i love writing, so i can express my feelings in writing.

3) When i was childhood, i don't like and i hate my name so bad. I rasa nama i tak sedap langsung, haha...

4) From first time i've fallin in love and start couple, i dah alami putus cinta sudah 8 kali termasuk the latest one. T_T. Semuanya punca yang sama, from different exs and different story. Semua punca typical "MEN ARE TRASH!!!"

5) My character is "Ice Princess" (Like EX- member SNSD Jessica and F(X) Krystal). Seorang yang susah senyum dan hot-tempered.

6) Pernah memakai 8 jenis handphone berlainan jenama before memakai jenama Vivo.

7) When i need some motivation or when i'm so stressed and down, i've always listen to BTS songs.

8) I don't like sports.

9) Agak cerewet dalam sesuatu perkara or sesuatu benda tertentu.

10) My typical dream guy: Tall, penyayang, kelakar, seorang yang memahami, bertanggung jawab, hormat orang tua and berbudi bahasa.

11) Tempat percutian idaman: Pantai 

12) I can't cook hehe....

13) Seorang pendiam dengan seseorang yang baru kenal or dgn orang yang tak biasa kenal rapat. I'm Introvert ✌️

14) Typical guy that i hate: Penipu, ego, selfish, panas baran 

15) Pernah jatuh longkang besar when i was kid huhu...

16) Zaman sekolah dulu, tak pernah mempunyai handphone sendiri.

17) Setiap peperiksaan awam from UPSR until SPM, i get an 'A' in the same subject. It's BM 

18) My result exam:

•UPSR: 1A 2B 2C

• PMR: 1A 2B 2C 3D (xsure result nihh. I tak ingat)

• SPM: 2A 2B 2C 3D 1E 

Ketiga- tiga result sgt unik, and tak jauh beza grednya.

19) Selepas dapat result PMR dulu, aku teruk kena marah dengan one of my brothers and i nangis teruk then i terus koyak slip exam tuhh..

20) I tak pandai naik bicycle and motorcycle. But i can drive huhu....

21) Mudah baran and bebai dalam sesuatu perkara.

22) Mungkin aku mudah jatuh cinta, tapi once aku mula sayangkan seseorang and aku dikecewakan lagi, memang akan terus tertutup hati aku untuk bercinta semula.

23) seorang yang kuat menangis

24) Pernah pelihara beberapa ekor kucing sehingga mereka mati di akhirnya. Dan kucing terakhir yang aku sempat pelihara, is Baby ChimChim..

25) Honestly, I don't like kids and i don't know how to handle them (Jangan pilih aku jd calon isterimu)

26) Ada dua personaliti dalam diri bernama Naziah, berubah mengikut keadaan dan mood. (This is not like typical split personality or mental disorder)

27) Like talking alone coz i like talking to myself, like self expression or bagi semangat kt diri.

28) Dalam family, terdiri dari background darah yang separuh berbeza (half blood):

• me and my bros - sebapa, tak seibu

• me and my sister- seibu, tak sebapa

29) Pernah berada di fasa keadaan Depression tapi tak di diagnosed secara official. Di mana aku banyak duduk termenung sorang2. It's happened when i was kid. But now Alhamdulillah, aku dah tak alami keadaan tu lagi.

30) Ada sedikit "kelurusan kebendulan".

31) Jenis aku, once aku tak suka seseorang tu, aku tak mudah sukakan orang tu. Sapa yang mula cari pasal aku sekali, terus orang tu akan aku masukkan dalam block list aku or jadikan orang tu musuh aku. (Bukanlah musuh untuk buat jahat dgn dia, tapi orang yang aku akan buat tak tau dengan dia, yang aku tak nak amek tau pasal dia)

32) Pecinta drama Korea....

33) I like writing in "broken english" dlm kebanyakan status di media sosial aku sebab lagi puas dari update dalam Malay. Maybe itu lebih berkesan sebab tak semua orang faham HAHAHA.... 

#DONE








Rabu, 13 Januari 2021

Announcement Pynkynaz

 Hai, Assalamualaikum guys..

Ok, hari ni nak tulis sikit jerr.. 23 Januari akan datang adalah hari yang agak penting untuk keluarga Pynkynaz. What is the day???? It's my birthday yg ke-29 tahun. And it's mean, tahun terakhir di mana usia iolls di umur 20-an sebelum memasuki ke alam umur tua,hahah... I'm so sad to leave my 20 century, hukhuk... I'm not ready to be old women haha... Rasanya i ada update pasal birthday kat entry hari tu. Ke takde? Tak kisahlah.

So, i akan cuba rajinkan diri untuk update entry countdown my birthday untuk birthday party i. It will gonna be in "2021 Pynkynaz Party" Ia ala-ala BTS Festa la lebih kurang. Sapa Army tahulah kan,hahaha.... Tapi tu BTS. Ni i punya cara, hahaha... 

Tu je i nak gitau. Stay tune! Bye...

Ahad, 10 Januari 2021

My Birthday Reward: Vivo Y12S

 Hai, Assalamualaikum..



Hari ni nak share story,hehe... Lebih kurang lagi 2 ke 3 minggu birthday i yg ke-2? Dah penghujung 20-an dah sis ni,huhu...

So last year I dah story kat blog pasal my new phone Huawei Y7 Prime 2018. Boleh baca kat sini Read here.

So sempena birthday i yang bakal menjelang, I decided to bagi reward kat I laa sebab emm banyak sebabla actually,haha.. 

First sbg reward sebab kegigihan,kekuatan I hadapi macam2 dugaan, masalah sepanjang tahun lepas. Kira I berjaya harunginyalah... Dengan tekanan emosi, fizikal,mental segala, hahaha...

Second, sebab emm lebih pada nak ubati hati I yang baru lepas putus cinta, huhu... Sapa yang tahu, tahulah. I dah 3 Bulan putus cinta and now I'm okay. Don't worry 🤗

Third, reward lah diri sendiri sebab dah 2 tahun dah I kerja as Housekeeping at C Hotel. Betapa gigihnya I bertahan kerja situ. I beli bukan pakai duit org lain, duit gaji sendiri,hahaha....

And about this phone. Harga dia RM499 tapi I trade in handphone lama I,Oppo A37 dengan Harga RM100 ringgit here and I tambah 399 for this Vivo Y12S. So far, dua hari I pakai phone ni oklah. Not badlah.. 

Wait! 2 Hari??? Hahaha, yes. I baru je beli semalam,haha... Oklah sampai sini dulu. See you at next entry. Bye... 👋