Khamis, 20 Mei 2021

My First Experience Covid Swab Test

 CRONOLOGY DOING COVID-19 SWAB TEST

Assalammualaikum and hai guys.

Korang nampak kat bahagian tajuk kat atas tu, so aku akan storykan how come aku membuat saringan Covid. Since PKP 2.0 hari tu lagi, aku di hantar untuk jaga bahagian pemeriksaan suhu di sebuah pasar raya. Actually, hotel aku kerja dengan mall tu di bawah pengurusan company yang sama. So that’s why aku di lempar ke mall sebab hotel tiada bilik orang check in. Kritikal gaklah kat situ. Should I reveal that mall’s name??? Emm…

Before aku start cuti raya, aku kerja macam biasa. Masih menjerit panggil customer yang ketegaq tak mau ikut SOP macam orang gila dah aku, orang pun tengok aku dengan muka tak puas hati emm…Keadaan masih normal.

12-15/5/21 : Cuti raya

16/5/2021:

Ok hari ni aku mulalah kerja balik selepas 4 hari bercuti. Sewaktu punch card masuk kerja, terdengarlah suara-suara staff duk bersembang serius. Masa ni dapat tangkap sekali lalu jaa… Duk sembang pasal sapa ntah. Orang tu rasa tak sedap badan then buat test, disahkan positif. Aku dah mula rasa tak senang duduk. Tapi taklah aku bertanya, sebab memang dari first day aku masuk kerja tak pernahlah aku duk bersembang rapat dengan depa.

Abang Joe, our hotel’s maintenance (yang sama2 kena lempaq duk kat mall), mai sembang kat aku, then dia pun ada gitau yang dia terdengaq kat bahagian stor staff-staff duk sembang pasal benda yang sama. Katanya yang terkena tu staff bahagian stor dengan office. Pun dah mula duduk tak senang. Kata kat Abang Joe, ntah2 kami pun kena buat saringan gak, dah dia kata HR yang kena dulu. Aku waktu tu damnn…. Last jumpa dia pun masa pi isi form cuti, tu pun 2 or 3 minggu before aku cuti.

Mak cik aku pulak kol lepas aku rehat hari tu tanya betul ke ada kes positif Covid kat mall. Tapi taklah aku bagitau kata ada. Aku cuma jawab tak tahu jerr sebab belum dapat jawapan yang sahih. Tapi wajah tak senang duduk dah terjelas kat wajah. Mana tknya, benda dah pun viral sampai ke orang luar.

Then, sajalah tanya kat supervisor mall. Dia pun tak bagi jawapan yang meyakinkan. Dia seolah nak coverline ka apa aku tak tahu. Dia menafikan khabar angin tu. Katanya depa saja ja p buat test tu, lau betoi positif KKM mesti dah datang mall. Aku pelik dengan jawapan dia, tapi aku diam saja.

Tapi part ni paling aku terkesan. Balik ja dari kerja, makcik dengan mak aku jauhkan diri dari aku,huhu… Diorang tahu aku takde simptom2 covid, takde rasa demam or selsema, tapi diorang takut dengan aku.. Aku macam biasa, balik kerja memang aku akan terus mandi, bersihkan diri. Mak cik pun pesanlah pada aku untuk berjaga-jaga. 

17/5/21:

Aku gagah lagi pi kerja jugak sebab belum dapat apa-apa info lagi. Tapi mak aku pun risau nak bagi aku g kerja. 

Balik dari kerja, dapat whatsapp aku dimasukkan ke dalam group whatsapp mall.

So, SAH!!! Ada staff yang telah positif , so ke semua kena buat test covid ESOK HARI. Kami dikehendaki bagi detail peribadi nama, no ic apa suma, jumpa kat klinik esok, terus buat swab test covid.

18/5/21:

Pukul 8.00 pagi dah kena ada dekat klinik Dr Azhar, Taman Suria untuk temu janji swab test. Tak dikenakan bayaran sebab dah under mall, so pihak pengurusan mall yang akan bayarkan.

Nama aku dipanggil je, terus duduk kat kerusi yang depa dah sediakan di luar klinik. Doktor explain apa yang perlu dibuat untuk swab test. Before doc masukkan apa benda ntah macam paip tu kena tarik nafas, then kena lepas nafas slow-slow waktu doc tu tarik bawak keluar benda tu. Lebih kurang gitulah.

Nak kata sakit tak sakit pun, lepas je doctor tu keluarkan benda tu keluar air matalah jugak. Pedih sikitlah jugak.. Aku pun tak tahu nak explain camna tapi tulaa my first swab test yang aku lakukan untuk pertama kalinya.  Dah selesai test tu, terus gi kerja. Tak dipakaikan gelang or diberi surat apa pun.

Sampai kat tempat kerja, terus dapat result test dari wassap group kata semua yang gi test tadi tu NEGATIF kecuali sorang je POSITIF. Sorang staff orang Indon. Tarik nafas lega tapi taklah selega mana pun. Cuma syukurlah aku tak dijangkiti, Allah masih lindungi aku. Alhamdulillah.

KKM pun masih belum p mall lagi hari tu. Aku masih lagi kerja seharian hari tu. Still macam biasa, jaga diri sendiri jelah macam biasa.

19/5/21:

Ni hari off day aku. Aku duk rumah relax, rehat jerr. Then, dapat info kata KKM pi serbu mall then dapat notis. So, mall diarahkan TUTUP selama 10 hari bermula 19 Mei hingga 28 Mei ni. So, aku buat self-quarantine jerr kat umah.

Sekian sampai sini dulu. So stay safe, stay at home je. Keluar jika perlu sahaja.


p.s. Turut mendoakan untuk keselamatan rakyat-rakyat di Gaza. #SaveGaza #SavePalestine




Tiada ulasan:

Catat Ulasan