Hai Assalamualaikum...
Menjelangnya Hari Raya Aidilfitri keesokan harinya, i want to wish Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog Pynky Naz. Semoga hari raya ni tetap memberikan keceriaan dan kebahagiaan pada anda semua walaupun kita sedang diuji dengan dugaan Pendemik Covid 19 yang melanda seluruh negara saat ini.
Sudah pun 2 tahun kita beraya dalam suasana PKP, jadi kita tetap perlu jaga diri kita sendiri dan patuhi setiap SOP yang sudah ditetapkan oleh kerajaan. Insyaallah, kita mampu untuk melawan wabak penyakit ini.
Ok,by the way.. Hari ni i rasa nak update blog ni. Dah lama sangat tak update, rasa rindu nak mencurah luahan hati di sini :)
Syukurlah Alhamdulillah, sebulan sudah kita berpuasa, dan Ramadan bakal tinggalkan kita dalam beberapa jam sahaja lagi. Semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadan akan datang. Amin.
Emm tahun lepas jika i kembali berpuasa dan beraya sebagai girlfriend pada someone, makanya tahun ini, i kembali berpuasa dan beraya sebagai gadis single. Back to single again. Huhu... Sis redha jelahhh. Sudah suratan takdir, tiada jodoh antara kami. Dan i mula lanjutkan hidup i seperti biasa, and Alhamdulillah i dah berjaya harungi 7 bulan lawan fasa2 move on ni, di mana i dah kurang menangis seperti 2,3 bulan pertama.... Perit putus cinta itu tidak sakit mana, tapi sakit masih cinta itulah terasa seperti dihiris sembilu gitewww... Tapi untuk memulakan hubungan baru, mencari cinta baru bukanlah tujuan utama saat ini. Masih perlu memberi ruang pada diri untuk bersedia menyayangi diri dahulu. Ok stop pasal relationship. Sembang pasal benda lain plak.
Di hari raya ini, tiada benda sangat nak kongsi, nak luah.. Cuma di harapkan raya kali ni lebih memberi peluang dan ruang untuk cari kebahagiaan pada diri lebih dari mencari cinta manusia. Means cinta pada Allah lebih utama... Terima kasih pada hati kerana tetap masih kuat menempuh segala ujian dan dugaan yang telah datang. Terima kasih pada diri yang tetap sabar walaupun kesabaran sedikit teruji dengan beberapa perkara. Semoga akan terus kuat dan sabar menghadapi setiap dugaan dan cabaran yang bakal datang... Amin..
Sekian... Wassalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan