Rabu, 29 November 2023

Wordless Wednesday #4

Hai, Assalamualaikum...

With new header at the end of year 😁


 Kbai...Dedaa.. 👋

Sabtu, 2 September 2023

Cerpen : Naddy and Bae (BAB 6)

 

Naddy and Bae

BAB 6: 1ST DATE ANNIVERSARY (1ST YEAR ANNIVERSARY)

Pejam celik, pejam celik, sudah pun setahun perkenalan dan perhubungan Nadia dan Badrul. Tanggal 3 Oktober merupakan tarikh yang terpenting bagi kedua mereka.

Hanya sekadar ucapan dan posting di media sosial yang bisa dilakukan kerana hari itu masing-masing bekerja. Pada hari cuti sahaja baru dapat mereka luangkan masa bersama menyambutnya secara ringkas.

Bersama sekeping gambar , bersama caption penuh bermakna, Nadia postkan di laman muka bukunya.


 “Happy 1st Year Date Anniversary with my the only one, my apple, my soulmate, my food hunting partner, my joker, my driver, Mr Badrul Hilmi. Thank you for always be with me, thank you for loving me and thank you for this happiness. I hope we can be together for more years… Happy Anniversary Mr Apple…”


Bersambung....

 

Jumaat, 1 September 2023

Cerpen: Naddy and Bae (BAB 4 - BAB 5)

 

Naddy and Bae

BAB 4: KEJUTAN HARI JADI

Nadia berasa gembira lain sikit hari ni kerana hari ni, 23 Januari merupakan tanggal ulang tahun kelahirannya. Badrul memberitahunya akan ada kejutan untuknya. Nadia berasa gementar. “esok ada surprise untuk awak tau.” Kata Badrul di telefon semalam.

Nadia sedang berehat di dalam ruangan rehat staff-staff hotel. Ketika Nadia baru lepas makan tengah hari itu, Nadia mendapat panggilan telefon dari staff receptionist hotel memberitahu ada orang ingin berjumpa. Nadia hairan siapa yang mencarinya. Lalu, Nadia pun berjalan ke lobi depan. Pabila melihat di muka pintu, kelihatan seorang wanita berdiri di hadapan pintu. Nadia pun menegurnya. Wanita itu pun memberi sejambak gubahan bouquet kepadanya. Nadia dapat mengagak siapa yang kirimkan kepadanya.

Setelah wanita itu pulang, Nadia pun menghantar whatsapp kepada Badrul beserta gambar bouquet itu. “awak, terima kasih tau buat surprise ni.. Saya hargai sesangat.” Mesej Nadia di whatsapp. “sama-sama awak. Saya happy awak suka. Happy Birthday awak.” Balasnya kembali.

Tersenyum Nadia seharian itu. Hatinya berbunga seakan bersedia untuk memberikan hatinya pada Badrul.

 



 BAB 5: RASMI BERSEDIA MEMBERI HATI

Tidak terjangka dek akal dan hati, macam mana Nadia boleh terbuka hati menerima Badrul untuk masuk ke dalam hatinya. Namun segalanya sudah terjadi. Nadia dan Badrul duduk melepak di dalam kereta yang berhenti di tepi persisiran pantai Kuala Perlis itu. Sambil menikmati deruan angin melalui tingkap yang dibuka luas sambil jugak berbual-bual.

“awak, kenapa awak tulis macam tu?” Nadia menunjukkan skrin handphonenya ke arah Badrul. Tertera mesej di whatsapp yang tertulis perkataan “bie” di mesej itu. Badrul hanya tersengeh dan berkata “saja.” “Elehhh yela tu.” Nadia berpaling semula ke luar tingkap. Badrul menghadap ke telefonnya bersama sengihan.

“Bie…” Tiba-tiba Nadia bersuara. Badrul memandang ke Nadia seperti tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Nadia hanya leka memandang ke luar.

“Nad? What do you call me just now?” Soal Badrul. Nadia berpusing mengadap ke arah Badrul. “What?Saya panggil awak apa?” soal Nadia kembali berpura-pura tidak tahu

“Nadia, cakap betul-betul. Saya dengarlah tadi. Please, say it again.” Badrul memujuknya. “Mana ada saya cakap apa pun. Awak salah dengar ni.” Nafi Nadia dengan senyuman. Badrul tetap tidak puas hati, dia terus menggeletek pinggang Nadia sehingga Nadia ketawa terbahak-bahak.

“ok,ok… saya surrender!” Nadia akhirnya mengalah kepenatan dengan usikan nakal Badrul tadi. “Baik awak cakap. Lau tak saya geletek lagi.” Ugut Badrul sambil sengih nakalnya.

“ saya panggil awak dengan panggilan tu.” Jawab Nadia.

“panggilan apa?” Badrul cuba nak mengusik lagi. “Alaaaa.. panggilan tu laa. Awak kata awak dengar kan tadi.”

“Nak kena lagi? Ulang balik!” jari Badrul sudah bersedia hendak mencuit pinggangnya

“Panggilan Bie tu.” Merona merah wajah Nadia pabila menyebutnya. Badrul tersenyum puas dapat menyakat Nadia. “jadi awak dah sedia nak bagi peluang pada saya?” Nadia hanya mengangguk. Badrul tersenyum gembira lantas memegang erat jari jemari sambil menatap ke dalam mata Nadia.

“Thank you sayang. Jom kita gi makan.” Badrul terus hidupkan enjin kereta dan bergerak ke kedai makan yang berdekatan… Nadia hanya tersenyum memandang Badrul. Doanya moga ini yang terbaik buatnya.

[Will continue...]

 

Ps by writer:

  1. 1)   Jalan cerita sedikit  ada persamaan dengan kisah hidup si penulis, tetapi di olah untuk tampak berlainan sesuai sebagai cerpen.
  2. 2)   Nama hero di dalam cerpen ini sedikit saja berbeza 1 huruf dengan nama asli si watak sebenar.
  3. 3)   Tujuan cerpen ini dikarang sebagai simpanan peribadi si penulis sebagai kenangan, jadi dilarang sama sekali disalin, dicetak, dan disiarkan semula.

 

 

Khamis, 31 Ogos 2023

Cerpen: Naddy and Bae (BAB 1- BAB 3)

 

NADDY AND BAE

BAB 1: DETIK PERKENALAN

Setelah setahun Nadia dalam proses menyembuhkan hatinya dari perpisahan lalu, Nadia kembali tenang menerima ketentuan takdir. Bermulanya melalui sebuah DM di inbox facebooknya. Ketika sedang Nadia melayari media social facebook, dia mendapat kiriman “friend request” dari seseorang. Setelah menerimanya, terus masuk di ruang inboxnya mesej dari si pengirim “add friendnya” tadi. Mereka mula berbual di facebook messenger sehingga bertukar-tukar nombor telefon. Dari sekadar bermesej membawa kepada panggilan telefon dan video.

Selama hampir sebulan jugaklah perkenalan antara mereka berdua di telefon. Lelaki itu memperkenalkan diri sebagai Badrul. Nadia agak selesa berbual dengannya tetapi masih belum bercerita secara terperinci tentang kehidupannya mahupun sejarah percintaannya. Masing-masing hanya bercerita secara ringkas tentang diri masing-masing. Ternyata mereka tinggal di daerah yang sama dan jaraknya tidak terlalu jauh.

 

 BAB 2: PERTEMUAN PERTAMA

Setelah beberapa ketika hanya berhubung melalui telefon, kini bermulanya pertemuan pertama mereka. Seperti yang mereka janjikan, selepas Nadia habis kerja mereka menepati temu janji untuk bertemu buat pertama kali. Nadia sangat nervous untuk berjumpa, sedangkan dia yang memulakan langkah pertama mengajak untuk berjumpa. Mereka berjumpa di pasar raya yang berdekatan dengan tempat kerja Nadia kerana Nadia ingin membeli barang rumah.

“Esok awak free tak? Habis kerja esok saya nak pergi Tesco, lau awak nak datang jumpa saya bolehla jumpa.” Pelawa Nadia.

“Boleh. Esok saya ada hal, nanti awak bagitau saya awak habis kerja pukul berapa kita jumpa.” Tersenyum Nadia mendengar ajakannya diterima.

Keesokan harinya, pada 3 Oktober 2021, adalah tarikh first date mereka berdua di mana adalah hari perjumpaan pertama mereka. Pabila mereka bertentang mata buat pertama kalinya, Nadia merasakan lelaki itu masih belum menepati cita rasanya. Mereka berdua berjalan membeli belah bersama. Badrul menolong menolak troli. Nadia dapat melihat betapa gentlemannya jejaka di sisinya itu. Dia sedikit rasa tersentuh walaupun baru bertemu. “ No Nad. Terlalu awal untuk kau judge dia.” Hatinya memberi amaran. Setelah selesai membeli, Badrul menunjukkan sikap gentlemannya lagi dengan menolong menyimpan barang-barang ke dalam bonet kereta Nadia.

 Setelah itu, mereka merancang untuk ke tempat lain untuk makan malam. Waktu sudah hampir menjelang malam. “Nak ke mana kita lagi?” nadia pun bertanya. “ikutlah nak pi mana.” Jawapan mudah dari Badrul.

“jom p Aman ok tak?” Cadang Nadia setelah memasing tidak tahu nak ke mana. “ok jom.” “Tapi awak drive boleh? Hee..:D.”  Nadia meminta Badrul memandu keretanya kerana dia takut memandu jauh di Alor Star walaupun bertahun mempunyai lesen memandu. Setelah berjalan di mall Aman Central, mereka pun pergi makan malam di restoran Port Kambing Bakar yang terletak di Kepala Batas.

                                                                                BAB 3: LUAHAN PERASAAN

Sudah pun hampir lima bulan perkenalan Nadia dan Badrul. Sedang bersantai di bilik, Nadia mendapat panggilan video dari Badrul. Seperti biasa, Nadia pasti akan menjawabnya. Sedang mereka berbual Badrul secara tiba- tiba membuat pengakuan. Dia meluahkan perasaan terhadap Nadia.

“Saya rasa saya dah mula sayangkan awak.” Luah Badrul. Terkejut Nadia.“Awak serius ke ni?” Tanya Nadia.

“Ya.” Ringkas dan pendek sahaja jawapan Badrul. “kita baru je kenal tak sampai setahun. Takkan awak boleh tetiba je jatuh sayangkan saya?” Ragu-ragu Nadia untuk percaya kata-kata yang keluar dari mulut Badrul itu.

“entahlah kenapa? Rasa sayang, cinta ni kan tak kira berapa lama kita kenal seseorang, tapi lau kita betul-betul jujur, ikhlas sayangkan orang tu, kita sendiri rasakan.” Jelas Badrul. Nadia hanya diam membatukan diri

 

Bersambung....

 

 

 

Rabu, 30 Ogos 2023

Cerpen: Naddy and Bae (Intro)

 

SHORT STORY (CERPEN): NADDY AND BAE

 PART ONE : INTRO OF THE ONLY MAIN CAST



INI NADIA. OR HER NICKNAME IS NADDY. SHE’S EARLY 3 SERIES BUT STILL NOT MARRIED YET. SHE HAS A BOYFRIEND BUT…

THIS BADRUL HILMI. HE’S SAME AGE WITH NADDY… AND… HE’S NADDY’S BOYFRIEND… ….


THEIR CHARACTER:

 

NADIA / NADDY: Seorang wanita yang bekerja dalam sektor perhotelan. Dia yang berusia awal lingkungan 30-an sering gagal dalam hubungan percintaan, yang sering tertipu dengan janji palsu lelaki-lelaki tak guna sehingga dikenali sebagai “penjaga jodoh orang”. Setelah beberapa kali dikecewakan, dia bertemu cinta baru lagi setelah setahun selepas perpisahannya, tetapi menemui kesukaran untuknya berjuang dan bertahan dalam hubungannya bersama Badrul…

 

BADRUL HILMI: Seorang lelaki yang sebaya Nadia dan merupakan teman lelaki kepada Nadia. Dia berjaya membuka hati Nadia tetapi Nadia sukar untuk membaca hatinya… Dia seakan berada dipertengahan dilema antara hubungannya dengan Nadia dan restu keluarganya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 










Selasa, 2 Mei 2023

New Header 2023

 

Hai, Assalamualaikum...

Secara officialnya, setelah beberapa tahun i kembali berblogging sekali gus tukar header and taraa......

I want to show u guys, my new header 2023, yeahhhhhhhhhhh.... Kbai. Annyeong 👋