Naddy and Bae
BAB 4:
KEJUTAN HARI JADI
Nadia berasa gembira lain sikit hari ni kerana hari ni, 23
Januari merupakan tanggal ulang tahun kelahirannya. Badrul memberitahunya akan
ada kejutan untuknya. Nadia berasa gementar. “esok ada surprise untuk awak
tau.” Kata Badrul di telefon semalam.
Nadia sedang berehat di dalam ruangan rehat staff-staff hotel.
Ketika Nadia baru lepas makan tengah hari itu, Nadia mendapat panggilan telefon
dari staff receptionist hotel memberitahu ada orang ingin berjumpa. Nadia
hairan siapa yang mencarinya. Lalu, Nadia pun berjalan ke lobi depan. Pabila
melihat di muka pintu, kelihatan seorang wanita berdiri di hadapan pintu. Nadia
pun menegurnya. Wanita itu pun memberi sejambak gubahan bouquet kepadanya.
Nadia dapat mengagak siapa yang kirimkan kepadanya.
Setelah wanita itu pulang, Nadia pun menghantar whatsapp kepada
Badrul beserta gambar bouquet itu. “awak, terima kasih tau buat surprise ni..
Saya hargai sesangat.” Mesej Nadia di whatsapp. “sama-sama awak. Saya happy
awak suka. Happy Birthday awak.” Balasnya kembali.
Tersenyum Nadia seharian itu. Hatinya berbunga seakan bersedia
untuk memberikan hatinya pada Badrul.
Tidak terjangka dek akal dan hati, macam mana Nadia boleh
terbuka hati menerima Badrul untuk masuk ke dalam hatinya. Namun segalanya
sudah terjadi. Nadia dan Badrul duduk melepak di dalam kereta yang berhenti di
tepi persisiran pantai Kuala Perlis itu. Sambil menikmati deruan angin melalui
tingkap yang dibuka luas sambil jugak berbual-bual.
“awak, kenapa awak tulis macam tu?” Nadia menunjukkan skrin
handphonenya ke arah Badrul. Tertera mesej di whatsapp yang tertulis perkataan
“bie” di mesej itu. Badrul hanya tersengeh dan berkata “saja.” “Elehhh yela
tu.” Nadia berpaling semula ke luar tingkap. Badrul menghadap ke telefonnya
bersama sengihan.
“Bie…” Tiba-tiba Nadia bersuara. Badrul memandang ke Nadia
seperti tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Nadia hanya leka memandang
ke luar.
“Nad? What do you call me just now?” Soal Badrul. Nadia berpusing
mengadap ke arah Badrul. “What?Saya panggil awak apa?” soal Nadia kembali
berpura-pura tidak tahu
“Nadia, cakap betul-betul. Saya dengarlah tadi. Please, say it
again.” Badrul memujuknya. “Mana ada saya cakap apa pun. Awak salah dengar ni.”
Nafi Nadia dengan senyuman. Badrul tetap tidak puas hati, dia terus menggeletek
pinggang Nadia sehingga Nadia ketawa terbahak-bahak.
“ok,ok… saya surrender!” Nadia akhirnya mengalah kepenatan
dengan usikan nakal Badrul tadi. “Baik awak cakap. Lau tak saya geletek lagi.”
Ugut Badrul sambil sengih nakalnya.
“ saya panggil awak dengan panggilan tu.” Jawab Nadia.
“panggilan apa?” Badrul cuba nak mengusik lagi. “Alaaaa..
panggilan tu laa. Awak kata awak dengar kan tadi.”
“Nak kena lagi? Ulang balik!” jari Badrul sudah bersedia
hendak mencuit pinggangnya
“Panggilan Bie tu.” Merona merah wajah Nadia pabila
menyebutnya. Badrul tersenyum puas dapat menyakat Nadia. “jadi awak dah sedia
nak bagi peluang pada saya?” Nadia hanya mengangguk. Badrul tersenyum gembira
lantas memegang erat jari jemari sambil menatap ke dalam mata Nadia.
“Thank you sayang. Jom kita gi makan.” Badrul terus hidupkan
enjin kereta dan bergerak ke kedai makan yang berdekatan… Nadia hanya tersenyum
memandang Badrul. Doanya moga ini yang terbaik buatnya.
[Will
continue...]
Ps by writer:
- 1) Jalan cerita
sedikit ada persamaan dengan kisah hidup
si penulis, tetapi di olah untuk tampak berlainan sesuai sebagai cerpen.
- 2) Nama hero di dalam
cerpen ini sedikit saja berbeza 1 huruf dengan nama asli si watak sebenar.
- 3) Tujuan cerpen ini
dikarang sebagai simpanan peribadi si penulis sebagai kenangan, jadi dilarang
sama sekali disalin, dicetak, dan disiarkan semula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan