Sabtu, 16 November 2024

Cerpen Fanfic: Our Lovely Maid (Part 8)

OUR LOVELY MAID (PART 8)

Yoojung berjalan keluar dari pejabat pos menuju ke perhentian bas berdekatan. Resit bayaran dilihat dan hatinya bertanya ,”Betul ke aku nak pergi ni?” Yoojung melepaskan nafasnya lalu menaiki bas untuk pulang. Sedar tak sedar, lagi 3 minggu sahaja lagi Yoojung akan berhenti kerja dan akan mulakan persiapannya untuk ke London.

Sampai sahaja di rumah, Yoojung naik ke biliknya untuk mandi dan menukar pakaian. Selesai mandi dan bersiap ala kadar, Yoojung pun turun ke bawah dan menuju ke dapur. Tiba sahaja di dapur, matanya tertancap pada satu nota yang ditampal pada pintu peti ais. Dia kenal tulisan di kertas nota itu. Yoojung mengambil kertas itu dan membacanya. 

"Yoojung ah... Tak perlu masak dinner. Nanti kami bawak pulang makanan. Take a rest ok." ~ RM~

Lega Yoojung tak perlu masak malam ni. Dia pun mengambil gelas di rak dan menuang air jus oren yang diambil dari peti sejuk tadi, lalu berjalan ke ruang tamu. Remote tv ditekan. Yoojung pun duduk di sofa dan menonton filem di tv.


****

Jimin, Yoongi, Jin dan Jhope singgah membeli makanan di pekan utama. Sedangkan ahli lain sudah pun pulang ke rumah. Jimin dan Yoongi keluar dari kedai bakeri. Jimin memegang sekotak kek di dalamnya. Mereka berjalan beriringan menuju ke kereta. Kemudiannya tiba pulak Jin dan Jhope bersama bungkusan makanan di tangan mereka.

"Wow... banyaknya makanan!" kata Jimin sambil melihat-lihat makanan dalam plastik.

"Of course laa.. Kita kan nak raikan Yoojung nak sambung belajar.

"Jomlah balik. Yang lain mesti dah tunggu kat rumah dah tu." Ajak Yoongi.

"Ok jom." Jawab Jin. Mereka berempat pun masuk ke dalam kereta. J-Hope yang memandu.


****

Sedangkan di rumah, Yoojung dibantu RM dan Jungkook sedang menyiapkan pinggan, cawan dan sudu-sudu di atas meja untuk makan malam mereka. Taehyung pula sedang mandi di atas. 

"Yoojung ah, kami berat hati nak lepaskan awak berhenti kerja." Kata RM. Yoojung rasa sedih bila dengar ayat RM itu. Jungkook pula menyambung.

"Betul tu hyung. Awak tak boleh ke sambung belajar kat sini je? Awak tak payah berenti, awak boleh duduk dekat sini dengan kitorang." Jungkook dah nak nangis. 

"Mianhae Jungkook ssi. Korang janganlah risau. Walau kat mana saya berada pun, saya takkan lupakan korang suma. Saya sentiasa akan rindukan korang." Pujuk Yoojung.

"Janji awak takkan lupakan kitorang!" Jungkook menunjukkan jari kelingkingnya. Yoojung pun melingkarkan jari kelingkingnya pd jari Jungkook dan menjawab, "Ye. Janji!" Mereka pun sama-sama senyum. Kedengaran bunyi kereta masuk ke perkarangan rumah agam mereka. 

"Tu mesti diorang dah balik." Kata RM

"Kami dah balik!" Jerit Jimin. Mereka berjalan masuk ke dalam rumah bersama bungkusan makanan di tangan. 

"Yahhhh lambatnya, kitorang dah lapar tau." Jungkook merengek. Makanan di tangan J-Hope di capai lalu di letakkan di atas meja.

"Kitorang tunggu makanan ni siap masaklah.. Lambat sikitlah," Kata Jin. 

Yoojung terkejut begitu banyak makanan yang mereka beli. Di lihat 4 kotak pizza berlainan perisa, 8 bungkus Jjajjangmyeon, 8 bungkus nasi goreng, 4 kotak ayam goreng, dan sekotak kek lagi.

"Banyaknya makanan. Kalau tak habis ni, membazir je beli banyak macam ni." Risau sudah wajah Yoojung melihat makanan atas meja itu. 

"Don't worry my sister..Pasti habis nanti. 

Malam ni kita parti puas-puas. Sempena Yoojung akan sambung belajar." Jawab Jin sambil merangkul bahu Yoojung.

"Yep. Kami nak celebrate untuk Yoojung." Kata Yoongi pulak. Yoojung dah mula bergenang air mata. "Gomawo oppa.."

"Don't cry Yoojung ah.. Malam ni kita happy happy je ok." Pujuk Jimin.

"Ok, dah korang pergi naik mandi dulu. Biar aku dengan Jungkook yang hidangkan makanan. Kita makan dekat pool ehhh." Saran RM.

"Ok cun hyung. Jom hyung. kita naik mandi dulu.." Jimin dan Jhope pun berlalu naik ke bilik masing-masing. Diikuti dengan Jin dan Yoongi naik ke bilik. Sebelum naik, Yoongi sempat berpesan, "make sure hidang elok-elok, jangan sepah-sepahkan dapur. Yoojung, pantau diorang berdua." 

"Arasso oppa," Jawab Yoojung.

"Takpe Yoojung. Ini kami yang buatkan. Awak pergi panggil Taehyung turun, ajak dia makan. Lama pulak dia mandi dari tadi lagi." Baru Yoojung nak bancuh air, Jungkook mengambil sudu di tangannya 

"Err ne.." Yoojung pun berlalu naik ke bilik Taehyung.


****

"Tok Tok Tok!" Pintu bilik Taehyung di ketuk. Yoojung berdiri di depan pintu dengan debaran.. Pintu pun di kuak dari dalam. Taehyung yang hanya berseluar pendek, tuala di sangkut di bahu berdiri betul-betul di hadapannya. Terpana Yoojung saat itu. 

"Err.. Saya nak ajak turun makan. Makanan dah di siapkan. Namjoon oppa ajak makan dekat pool." Bergetar Yoojung berkata.

"Ok, nanti saya turun. Awak turun dulu." Yoojung pun hanya mengangguk lalu turun ke bawah.

Bersambung...


..............................................................................

ps bertahun-tahun i tangguhkan sambungan cerpen ni. Hopefully i dapat kembali menyambung dan tamatkan fanfic ni... Hope idea cepatlah datang huhu...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan