Sabtu, 23 November 2024

Cerpen Fanfic : Our Lovely Maid (Part Akhir))

 OUR LOVELY MAID (PART 10- AKHIR)

Yoojung berdiri di menghadap Sungai Han sambil menghirup udara segar. Angin sejuk menampar wajahnya. Dia membetulkan jaket hoodienya seketika. Loket rantai yang dipakainya. Bibirnya mengukir senyuman. Dia memandang ke arah jalan menantikan ketibaan Taehyung. Mereka berjanji untuk bertemu di situ. Selepas 2 minggu dia berhenti kerja, baru hari ni dia dapat berjumpa lagi dengan Taehyung. Kerana lagi 2 hari dia akan berangkat ke London bersama Sowon. Semalam dia mendapat mesej dari Taehyung.

"Yoojung ssi, jom keluar date esok. Kita jumpa dekat Sungai Han" 

"Yoojung ah!" Kedengaran jeritan seseorang memanggil namanya. Yoojung pun berkalih memandang ke sebelah kanannya. Kelihatan Taehyung sedang berlari ke arahnya. Setibanya Taehyung di hadapan Yoojung, dia pun berkata.

"Mian. Awak dah lama tunggu? Sorry lambat. Saya baru habis recording dengan Yoongi hyung." 

"Ani. Gwaenchanha." Senyum Yoojung.

"Kaja." Taehyung menarik tangan Yoojung berjalan ke kereta Taehyung. Taehyung pun membuka pintu kereta di sebelah pemandu dan menyuruh Yoojung masuk.

"Kita nak ke mana ni?" Tanya Yoojung setelah Taehyung masuk dalam kereta. Taehyung hanya membalas dengan senyum.

Setelah hampir sejam memandu, mereka pun tiba di Everland Theme Park.  Yoojung terpaku melihat banyak permainan yang ada. Taehyung keluar dari kereta dan berjalan ke arah Yoojung. Dia menyuakan tangannya pada Yoojung dan Yoojung menyambutnya. 

"Hari ni kita main puas-puas bersama okey?" Kata Taehyung. "Ne!!" Yoojung tersenyum menjawab. Mereka pun berjalan sambil berpegangan tangan.

Mereka mencuba satu persatu permainan dengan gelak tawa. 

Sedar tak sedar, hingga ke malam mereka bermain di Everland. Mereka pun berhenti di taman di atas bukit menikmati suasana malam. Yoojung yang dilihat menggosok kedua tapak tangannya. Taehyung pun menyarungkan jaketnya ke badan Yoojung.

"Gomawo Taehyung ssi." Ucap Taehyung dan memeluk Yoojung dari belakang.. Yoojung berpaling menoleh ke belakang menghadap Taehyung.

"Taehyung ssi... Terima kasih bawak saya jalan-jalan hari ni. I'm so happy today." Ucap Yoojung lagi membalas pelukan Taehyung.

"Anio. Terima kasih sebab terima cinta saya Yoojung ah. I really love you." Taehyung berkata lalu mencium pipi Yoojung. "I love u too Taehyung.." Suasana malam menjadi saksi kebahagiaan mereka. 

**** 

Tibalah hari yang dinantikan. Yoojung dan Sowon akan berangkat ke London untuk menyambung pelajaran mereka. Mereka di hantar ke lapangan terbang ibu Yoojung dan ahli-ahli BTS. Yoojung memeluk ibunya. Berat rasa hatinya hendak berpisah dengan ibunya.

"Eomma jaga diri baik-baik ye." Pesan Yoojung. Ibunya menahan tangis membalas. "Jangan risaukan eomma. Kamu tu, jaga diri baik-baik kat sana, belajar rajin-rajin sampai berjaya." "Ne eomma. Arasso." Menangis Yoojung memeluk ibunya. 

Yoojung pun memeluk setiap ahli BTS sebelum mula masuk ke terminal pelepasan. 

Sehingga ke giliran Taehyung, lama mereka berpeluk. Air mata Yoojung laju turun ke pipi. Begitu berat hendak berpisah dengan Taehyung.

"Uljima Yoojung ssi. Saya akan setia tunggu awak pulang. Awak belajarlah sungguh-sungguh, saya akan doakan awak." Taehyung berkata sambil mengusap air mata Yoojung dan mencium dahinya.

"Ne Arasso! Nanti awak datanglah jenguk saya kat sana ok. Saya tunggu awak." Taehyung mengangguk dan memeluk erat Yoojung. 

"Yoojung ah, jom kita masuk. Kapal dah nak gerak!" Jerit Sowon memanggil. Taehyung pun meleraikan pelukannya dan melepaskan Yoojung. Yoojung dan Sowon pun berjalan masuk ke terminal sambil melambai tangan pada mereka. Taehyung menghantar pemergian kekasih hatinya dengan senyuman. 

"Sabar Taehyung ah. Jom kita balik. Nanti kita pergi ziarah Yoojung kat sana ok." Ajak Jin. Mereka pun pulang setelah Yoojung dan Sowon masuk ke pesawat. Taehyung akan tetap setia menanti kepulangan Yoojung. 


TAMAT...

[p.s. untuk yang hendak baca part-part yang sebelumnya boleh baca dekat sini:

(PART 1)(PART 2)(PART 3)(PART 4) ,

(PART 5)(PART 6)(PART 7)

(PART 8)(PART 9)]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan