Selasa, 12 November 2024

Quotes: Drama Racun Rihanna

 Assalamualaikum and hai...

Sekian lama tak bersiaran... Kali ni mood nak menulis sudah kembali hehe... Dah berbulan-bulan drama "Racun Rihanna" tamat, baru hari ni nak share kat sini.. I like this drama just because of Intan Najwa huhu... Actually, genre drama yang berunsurkan psikopat, pembalasan dendam memang sangat jadi favorite i. Mungkin akan ada siri ke dua drama ni.. Sama - sama kita nantikan 🙃 Tapi bukan itu yang i nak share but, i nak share quotes- quotes yang menarik dalam drama ni... Silakan baca hehe....

WARNING: Boleh baca dengan nada dan intonasi Intan Najwa ngee 😁



(EP 1)

• Apakah yang dimaksudkan dengan racun? Semua orang tahu racun boleh mendatangkan mudarat, membawa kesakitan, menyebabkan kecederaan dan boleh membawa kematian.

• Apakah rasanya hidup terbelenggu dengan racun? Tak semua racun itu datang dari bahan kimia, terkadang racun juga boleh datang dari hati manusia yang kejam, yang jahat, yang zalim, yang membinasakan dan membuat orang lain terluka dan derita hingga akhirnya seseorang itu mati rasa.

• kata orang, semua orang berhak mendapat keadilan bukan? meskipun dengan cara yang paling kejam. tak mengapa bukan?


(EP 2)

• Rahsia yang akan memecah belahkan keharmonian sebuah hubungan dan ikatan suci... Rahsia yang dibendung, disorok dan diempang, andai ia terbongkar, akibatnya fatal. Mencetuskan tindak balas berantai, menyeretkan semua, ranap bersama.

(EP 4)

• Hati ialah kerajaan tubuh. Hati yang rosak racuni fikiran. kita akan hilang pertimbangan. Hati yang diracuni, membutakan mata. Yang benar menjadi batil, yang halal menjadi haram, yang makruf menjadi mungkar, syurga disangka neraka, neraka disangka syurga...

• hati yang diracuni mengacau jiwa. ketenteraman direnggut, hal-hal kecil menjadi besar. Kita mudah tersinggung. Sentimen mudah dibakar. Kita ialah bom jangka yang bila-bila masa bisa meledak.

• Hati yang diracuni sering gundah gulana. mudah dibolak balik, ibarat kulit dibuai gelombang . Penyakit iri, sangsi, curiga mendadak hinggap.. Akibatnya kita salah tingkah...

• Hati sgt rumit sifatnya. Hati yang diracuni cinta sanggup berbuat apa sahaja. Asalkan matlamatnya tercapai. Meskipun sang pemilik hati meletakkan dirinya dalam bahaya... Hati yang diracuni, jika tidak disepuk dan dibasuh dengan kelembutan budi dan kehangatan asmara, lama kelamaan beransur keras menjadi hitam kematu. 

• Hati yang hitam kematu ialah seburuk- buruk hati ia disaluti dendam dan serakah. Matlamatnya cuma satu, membawa kehancuran kepada orang lain.

(EP 5)

• Terkadang cantik jugak sebuah racun. Hanya dengan godaan mata mampu membunuh sebuah jiwa.

• Cantik jugak sebuah racun bila hanya dengan senyum, dunia seakan sirna pada kaler nafsu, menggelorakan dada, yang lemah akan tewas dan ternoda...

(EP 6)

• Musuh dalam selimut ialah racun yang paling ditakuti . Kepercayaan yang dikhianati melalui taktik yang halus. Senyum disangka madu, sebetulnya hempedu. Kata-kata manis ialah titisan bisa yang mematikan dalam perlahan...Musuh dalam selimut ialah racun yang paling mematikan...

(EP 7)

•Kalau aku ditakdirkan menjadi sekuntum bunga, aku mahu menjadi bunga Anis. Ia secantik namanya tetapi sangat beracun. Indah dipandang memukau mata, yang melihat tetap seluruh bahagiannya, mampu membunuh. Dari bunga, daun, tangkai, batang mahupun getahnya boleh menghentikan detak jantung manusia hanya dengan sekelip mata. Akulah bunga itu. Bunga Anis.


(EP 8)

• Ambil masa sejenak. Amati, perhalusi persekitaran kita. Alam semulajadi sangat kejam. Dan manipulatif penuh muslihat dan tipu daya, yang mematikan. sifatnya yang ganas dan keras membuatkan makhluk yang paling kuat kekal bertahan dan meneruskan kelestarian hidup. Dalam dunia manusia, racun cuma ada 2. Pertama, cinta. Kedua, dendam.

• Alam haiwan sangat kejam. dengan penuh tipu muslihat, yang terkuat akan selamat dan terus bermendiri. Ternyata dunia manusia lebih kejam dan minulatif daripada itu...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan