OUR LOVELY MAID (PART 9)
"Ok, hold your glass guys!" Kata RM diikuti dengan member-member lain dan Yoojung mencapai gelas minuman air anggur masing-masing dengan senyuman memandang antara satu sama lain.
"Yoojung, kitorang nak ucapkan terima kasih sebab jaga kitorang dengan baik, jaga rumah ni macam rumah Yoojung sendiri... Thank you sangat-sangat and harap kita akan tetap bersama sampai bila-bila, and good luck di universiti nanti. So, cheers!!!" Ucap RM diiringi dengan lagaan gelas masing-masing.
"Ne. Congrats Yoojung ssi... Selamat belajar kat sana nanti. Jaga diri baik-baik. Anything to share, we always right here for you. ok sis," Sambung Jin pulak.
"Awww... gomawo. Terima kasih juga terima dan jaga saya kat sini, layan saya macam adik korang sendiri. Saya pasti akan ingat suma pesanan, budi baik korang." Yoojung dah pun bergenang air mata saat mengucapkannya.
"Auchhh... Don't cry Yoojung ah.. Kitorang akan sentiasa ada untuk our cutie baby sister." JHope berkata sambil memeluk bahu Yoojung di sebelahnya..
"Ok stop, stop! Sambung kejap lagi ye. Jomlah makan? Kookie so hungry tho," Suma ketawa melihat Jungkook dah cemberut wajahnya kerana sudah lapar. Masing-masing menikmati makan malam bersama gelak ketawa. Yoojung berasa gembira dan sedih pada waktu yang sama.. Dari ekor mata Yoojung, dia perasan Taehyung dari tadi asyik memandangnya. Dia hanya buat tidak tahu sahaja menikmati makanan sambil berbual dengan ahli-ahli lain.
****
Setelah selesai mencuci pinggan, Yoojung berjalan ke ruang santai rumah bersama dulang minuman. Dulang diletakkan di atas meja kopi di tepi sofa. Dilihat Jin sedang bermain game, JHope dan Yoongi bermain chess. "Jemput minum ye." Kata Yoojung sambil menuang air di dalam gelas.
"Owhhh gomawo Yoojung ssi.." Jawab Jhope dgn aegyo mini heart. Yoojung hanya senyum.
Baru hendak berjalan naik ke biliknya, Jimin yang sedang bermain ping pong dengan Jungkook menjerit ke arahnya, "Yoojung ah, Taehyung panggil suruh pergi ke bilik dia!" Yoojung berpaling ke arah Jimin bertanya. "Kenapa dia panggil saya?"
"Entah, tak tahu. Pergilah jumpa dia." Jimin berkata terus menyambung permainan.
Yoojung pun naik ke atas menuju ke bilik Taehyung. "Taehyung ssi!" Panggil Yoojung sambil mengetuk pintu biliknya. Setelah 3 kali panggilannya tak bersahut, Yoojung pun membuka pintu perlahan- lahan. Tombol pintu dipulas. Dilihatnya di dalam bilik, tidak kelihatan kelibat Taehyung di situ..Yoojung berjalan perlahan masuk ke dalam bilik, memerhati di setiap segenap ruang dalam bilik yang besar itu sambil memanggil Taehyung sekali lagi..
Dalam sedang matanya memerhati, dia terpandang pada satu kotak kecil yang terbuka penutupnya di atas meja komputer. Dia mengambil kotak itu..Seutas rantai silver di dalamnya.. "Cantiknya. Mesti untuk girlfriend dia ni." Detik hati Yoojung.
"Suka rantai tu?" Tiba-tiba kedengaran suara mengejutkan Yoojung yang sedang leka melihat rantai itu. "oh mak kau," Terkejut Yoojung lalu berpusing ke belakang. Taehyung berdiri di belakangnya sambil tersenyum. Berdebar hatinya memandang. Yoojung meletakkan kembali kotak rantai tu di atas meja.
"Sorry. Saya takde niat nak pegang rantai tu. Errr... saya keluar dulu laa..." Baru Yoojung hendak melangkah keluar, Taehyung menahan dengan memegang tangan Yoojung.
"Nanti dulu. Saya panggil awak sebab ada benda saya nak kasi awak." Taehyung mengambil kotak tadi. Dia mengeluarkan rantai di dalamnya, dan menyarungkannya ke leher Yoojung.
"Saya nak hadiahkan rantai ni pada awak. Ahli lain dah bagi hadiah pada awak kan, jadi saya pun nak bagi kat awak." Kata Taehyung memandang Yoojung. Mata mereka saling bertemu.
"Err.. Terima kasih, buat susah je." Ucap Yoojung. Jantungnya berdegup kencang melihat tatapan Taehyung itu. Taehyung hanya senyum dan menarik tangan Yoojung mengikutnya. Mereka berdiri di tepi beranda bilik Taehyung.
"Ani... Saya ikhlas nak bagi awak sebab ada benda yang saya nak cakap dengan awak.." Luah Taehyung sambil menatap mata Yoojung. Yoojung berasa segan hendak menatap Taehyung. "Apa dia Tae?" Yoojung bertanya menutup debarannya. Taehyung menarik nafas seketika sebelum menyambung.
"Sebenarnya saya sukakan awak..Saranghae Yoojung ah." Ucap Taehyung sambil memegang tangan Yoojung. Yoojung hampir hendak menangis, lalu dia pun menjawab. "Nado. Nado saranghae, Taehyung ssi." Taehyung mendengarnya sangat gembira lalu memeluk Yoojung. Yoojung membalas pelukan Taehyung dengan senyum bahagia.
"Pong! Pong! Pong! Tiba-tiba kedengaran bunyi bunga api di langit. Mereka menatap ke arah langit..
"Chukahae Taehyung ah!!!" Jeritan suara Jimin dari halaman rumah. Taehyung dan Yoojung melihat ke bawah. Dilihat 6 ahli-ahli lain berdiri memandang ke arah mereka dengan jeritan dan tepukan. Taehyung menunjukkan ibu jarinya pada rakan-rakannya..
"Gomawo guys!" Jerit Taehyung ke arah mereka... Letupan bunga api kembali menyinar ke dada langit menjadi saksi percintaan Taehyung dan Yoojung bermula.
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan