Sabtu, 29 September 2018

One (1) Day Trip to Cameron Highlands

Assalammualaikum and hai guys. 

Hari ni nak story pasal kelmarin punya story. See. Story yang masih fresh keluar dari fridge,lol... Ok let me story. 

Rombongan kampung i, Kampung Kubang Betong villagers (#TEAMKKB) ke tanah tinggi Cameron Highlands. Actually, ni second trip i dengan my mom join pegi Cameron. Hujung bulan lepas (27 Ogos 2018), i dah pegi Cameron dengan rombongan dengan member kampung jugak tapi yang handle trip ni orang luar yang tempat kerja member.  Member i yang carikan orang dengan bayaran sorang RM70.

So, this time orang kampung i sendiri yang handle dengan sorang RM60. Perbezaan tempat- tempat taklah jauh beza sangat. Ada yang sama, ada yang tak sama. Kami bertolak pergi or means naik bas kul 11 malam hari Khamis. Trip ni sama macam trip sebelum ni pun, trip hanya 1 hari sahaja. Tak menginap di hotel.

Sebelum pergi risau jugaklah nak pergi sebab tengok kat tv ada berita pasal kejadian kat Cameron tuhh. Syukur Alhamdulillah, everythings ok. Perjalanan pun selamat pergi dan balik. 

Antara location2 yang i pergi dalam trip ni:

1) Agro- Technology Park Mardi Cameron Highlands. 

•Tempat ni kali 3 jugak i datang. First time masa tahun 2012. Trip bulan pun dah datang sini. Kali ni, i tak masuk pun. Dah cemuih mai, kami duk kat luaq jaa, haha..  Kat sini kawasan dia sangat luas. Ohya, untuk yuran kemasukannya, RM2 untuk kanak-kanak and student. Dewasa hanya RM5. Kat sini banyak pokok-pokok bunga yang cantik. Dah rasa macam kat oversea dah, haha.. 

2) YZ Agro Farm & Cafe

• Kat sini kali kedua i dah mai. Tempatnya idaklah menarik mana pun. Kami singgah makan tengah hari ja kat sini. Kat sini banyak tanam pokok strawberry. 

3) Cameron Lavender Garden

• Tang ni sekadar singgah bergambaq ja kat luaq uolls.

4) Pasar Malam

•  Lokasi wajib jugak bila mai Cameron guys. Kat sini tak boleh nak jalan sakan sebab hujan T_T 

Tu je antara location yang pergi. Location lain i tak ingat nama dia. Sorry guys. I cuma ringkaskan seberapa yang boleh jerr nihh.. 



I lerr.

 


With my mom

"Mem besaq"

With team KKB





Ternyata perbezaan camera yang berbeza :D

Ni lak yang i dengan mak beli dekat sana. 
⬇⬇⬇

Buah strawberry. Wajib beli. Buah ni my mom beli kat pasar malam. Satu bekas ni RM10 ringgit. Dua bekas aunty yang jual tuhh bagi RM18 jerr. 
Petua untuk freshkan buah strawberry yang i dengar dari penjual kat pasar malam tuh kata, kena bukak bungkusan buah and letak kat luar. Jangan letak dalam fridge (peti ais). Ritu beli letak dalam peti ais, tak sempat seminggu dah lembik. T_T. Kita try petua lak kali ni. Takut nak beli banyak takut satgi lembik.  So, beli sikit jerr. Yang lain lebih pada sayur-sayur jaa. Macam karot and ubi ungu. 


Ni yang i beli. :)
I suka pada benda-benda yang comel macam dalam gambar kat atas tuhh. Even tak pakai pun i boleh je simpan as collection, hehe.. 

1) Boneka patung buah Strawberry kaler pink tuhh i beli RM15 je. Ritu dah beli pillow bentuk buah strawberry dengan boneka patung buah strawberry yang masing-masing jugak Rm15. I beli kat tempat yang sama jugak. Hari tu boneka tuh i beli kaler merah untuk anak buah i. Aku paling aim nak beli ni je nak pi sana. 

2) Selipar strawberry i beli hanya RM12 ringgit kat pasar malam. Setengah kedai juai RM15- RM16 ringgit. Kat pasaq malam i cari gak yang paling murah. Dapatlah harga tu. 

3) Then, beanie i beli RM6 je. Nampak cantik and comel. Tu yang i beli. Macam budak - budak lak,huhu....

4) Beg i beli RM10 untuk 2 bijik tuhh. Sesuailah untuk  letak phone, duit lau nak ke mana-mana. Tak payah bawak handbag pun okeh, hahaha... 

5) Nak beli t-shirt kat sana, Allah kena pikir 2,3 ratus kali la kot. Mahal sangat. Harga memang berbeza ikut tempat. Tapi kebanyakkannya memang mahal lerr.  Tambahan lak, tak bawak banyak duit. So, tak cukup bajet, haha.. I hanya beli baju tidur paras lutut yang harganya RM20. Tu yang paling murah i mampu. Yang penting, semuanya berlambangkan trademark Cameron Highlands iaitu STRAWBERRY...  
















Cerpen Fanfic : Platonic Love (Part 5- Akhir)

PLATONIC LOVE (PART 5)

    "Wonho ssi..."
"Why you didn't tell me? Wae?" Belum sempat Chaeyeon bertanya, Wonho terus memotong. Mereka berbual di luar rumah.
"What do you mean Wonho ssi?" Chaeyeon cuba bertanya.
"Kenapa tak bagitahu saya yang awak tinggal serumah dengan Hyun Woo?" Wonho dengan marahnya bertanya.
" Err...mianhae. Saya tak berniat nak rahsiakan dari awak. Saya memang tinggal dengan dia sejak ibu bapa saya meninggal. Kami dah kenal lama." 
"Huhh..Yela tu. Entah2 awak dah tidur dengan dia kan?" Bentak Wonho. Bulat mata Chaeyeon mendengarnya. Darahnya pula
"Awak jangan nak tuduh saya bukan-bukan. Saya bukan macam apa yang awak sangkakan." Tegas Chaeyeon bersama linangan air mata.

    "Arghhh, saya tak percaya. Awak sama je perangai perempuan2 yang saya kenal. Semuanya penipu. Awak memang perempuan jalang..." Mendengar ayat yang keluar dari mulut Wonho, Hyun Woo terus menumbuk muka Wonho. Chaeyeon terkejut. Hyun Woo sudah mendengar semuanya kerana dia berdiri bersembunyi di muka pintu.
"Kau jaga mulut kau. Chaeyeon bukan perempuan murah. Ya, memang kami tinggal serumah tapi tak penah terdetik di hati aku nak sakitkan dia." Marah Hyun Woo.
"Kau tak payah nak temberanglah. Aku kenal sangat lelaki macam kau." Hyun Woo makin bengang. Kemarahannya makin memuncak. Terus dia menumbuk lagi Wonho. Terus mereka berlawan sesama sendiri. Chaeyeon menjerit menghalang mereka dari bergaduh. Tapi mereka tidak menghiraukan Chaeyeon. Mereka tetap terus berlawan.

    Jaebum dan So Hyun yang baru tiba terkejut melihat mereka berlawan. Jaebum terus membantu menghalang mereka. So Hyun mendapatkan Chaeyeon dan menenangkannya. Hyun Woo membelasah teruk Wonho. Wajah Wonho dah pun berdarah. Wonho memegang perutnya yang sakit dibelasah Hyun Woo. Dia mengeringai kesakitan.
"Hyun Woo, sudahlah tu. Dah teruk dia  kau kerjakan. Dahla. Sabar." Jaebum menarik Hyun Woo. Hyun Woo memandang Wonho geram.
"Lebih baik kau blah sekarang. Jangan kau berani dekat dengan Chaeyeon lagi. Lau tak kau kena lagi teruk daripada ni." Jaebum memberi amaran. Sebelum Wonho pergi, Chaeyeon sempat membalingkan semula cincin di jarinya. Wonho mengambil cincin itu tanpa memandang Chaeyeon. Dia pun berlalu dari situ. 

                               ****
Chaeyeon mencuci luka di dahi Hyun Woo sambil diperhatikan Jaebum dan So Hyun. Hyun Woo memandang tepat ke dalam mata Chaeyeon ketika dia mencuci lukanya. Sayu hatinya melihat air mata yang gugur di pipi Chaeyeon.
"Hyun Woo... Mianhae. Sebab aku... kau cedera macam ni." Luluh suara Chaeyeon berkata.
"Ania. Bukan salah kau. Aku tak kisah. Aku cuma tak nak ada orang cuba sakitkan hati kau, tuduh kau bukan2. Dia tak layak untuk dapat cinta kau." Hyun Woo memujuknya. Air mata dipipi Chaeyeon diseka lalu memeluknya. Chaeyeon menangis di dalam pelukan Hyun Woo. Hyun Woo mengusap bahu menenangkannya.
"Gwaenchanha, kau nangislah puas2. Lepaskan. Aku ada untuk kau. Aku sayang kau. Sayang sangat." Kata Hyun Woo. So Hyun yang ada di situ menangis sayu melihat mereka. Jaebum pun turut memeluk bahu So Hyun. So Hyun melentokkan kepalanya ke bahu Jaebum.

                           ****
  Hyun Woo memulas tombol pintu bilik Chaeyeon. Hyun Woo pun duduk di birai katil. Sayu melihat kesan air mata di pipi Chaeyeon yang masih tidur itu. Dia mengusap pipi Chaeyeon.
"Aku janji Chaeyeon. Takkan ada orang yang akan buat kau mengalirkan air mata lagi. Aku akan sentiasa temani kau hingga akhir hayat aku." Bisik Hyun Woo perlahan. Lalu dia mengucup pipi Chaeyeon. "Aku cintakan kau Chaeyeon ah." Ucap Hyun Woo lagi. 

    Hyun Woo pun membetulkan selimut Chaeyeon dan bersedia hendak keluar. Belum sempat dia hendak pergi, dia berasa sebelah tangannya dipegang. Dia berpusing melihat. Chaeyeon memegang tangannya sambil memandangnya. Hyun Woo pun duduk kembali di atas katil.
"Kau tak tidur?" Tanya Hyun Woo. Chaeyeon pun bangun mengadap Hyun Woo. Dia menggeleng sebelum berkata.
"Aku dengar apa yang kau kata tadi." 
"Mwo?" Tanya Hyun Woo berpura-pura tak mengerti. Chaeyeon terus mengucup bibir Hyun Woo. Hyun Woo yang terpana dengan tindakan Chaeyeon membalas ciuman Chaeyeon. Dia mengeratkan pelukan pada Chaeyeon. Buat seketika, mata mereka bersatu.

"Saranghae. Neomu saranghae Hyun Woo ah." Ucap Chaeyeon.
"Nado. Nado saranghae." Hyun Woo pun kembali memeluk Chaeyeon. Akhirnya cinta mereka cinta yang sebenar-benarnya. 

                     ~TAMAT~

(P.s: Finally siap gak cerpen fanfic aku. Clap3 for myself. Sorry, lau jalan cerita tak best.)

Jumaat, 28 September 2018

Cerpen Fanfic : Platonic Love (Part 4)

PLATONIC LOVE (PART 4)

(Di rumah)
    Chaeyeon tiba di rumahnya dengan senyuman yang tak lekang di bibirnya. Dia berbaring di sofa di ruang tamu sambil melihat cincin yang tersarung di jarinya dan mengusapnya. Wonho yang memberi cincin itu. Cincin silver berbatu warna putih itu begitu cantik. Teringat Chaeyeon peristiwa siang tadi.

(Flashback...)
    Wonho dan Chaeyeon bersantai di Sungai Han selepas mereka menonton wayang. Wonho memulakan perbualan.
"Chaeyeon ssi, saya ada sesuatu nak bagi awak?" Chaeyeon memandangnya hairan. "Apa dia?" Tanya Chaeyeon. Wonho hanya tersenyum. Lalu dia melutut di hadapan Chaeyeon.. Chaeyeon terkejut dan berasa malu kerana orang ramai yang lalu lalang di sekitar memandang ke arah mereka.

    "Wonho ssi, apa yang awak buat ni?" Wonho tidak menghiraukan soalan Chaeyeon. Dia mengeluarkan kotak kecil dari kocek kotnya. Kotak itu dibuka. Terlihat sebentuk cincin.
"Chaeyeon ssi. Saya sebenarnya sukakan awak. Sudi tak awak jadi yeoja chingu saya?" Luah Wonho. Chaeyeon menutup mulutnya dengan tangan kerana tak menyangka Wonho melamarnya.
"Ne. Saya sudi." Jawab Chaeyeon. Wonho pun tersenyum gembira. Dia menyarungkan cincin itu. Lantas dia memeluk Chaeyeon. 
"Gomawo Chaeyeon ah." Ucap Wonho. Chaeyeon hanya membalas dengan senyuman. 

    "Ding dong!" Bunyi penggera pintu berbunyi menyedarkan Chaeyeon kembali ke alam realiti. Jaebum masuk sambil memimpin Hyun Woo ke dalam rumah. Chaeyeon terpana melihat Hyun Woo yang seakan sedang mabuk. 
"Jaebum. Kenapa dengan Hyun Woo ni?" Chaeyeon bertanya sambil membantu Jaebum membaringkan Hyun Woo di sofa.
"Dia minum tadi. Tu yang mabuk tu." Jelas Jaebum.
"Uhh, Hyun Woo ah. Kenapa kau minum banyak sangat." Chaeyeon marah pada Hyun Woo yang dalam keadaan mamai itu. Chaeyeon pun menanggalkan kasut Hyun Woo.
"Okla Chaeyeon. Aku balik dulu. Kau jaga dia ehh. Apa2 hal call aku. Annyeong." Jaebum pun bergerak ke pintu untuk pulang.
"Uhh. Ne. Gomawo Jaebum ah."
"Ne." Jawab Jaebum dan terus pergi.

    Chaeyeon pun mengambil kain selimut di dalam almari dan kembali menyelimutkan Hyun Woo. Dia duduk menunggu di sebelah Hyun Woo.
"Hyun Woo. Kenapa kau minum banyak sangat? Kau ada masalah ke? Kenapa kau tak bagitau aku?. Kita kan dah janji, kalau kita ada masalah apa2, kita janji nak cerita dan selesaikan sama2." Sebak Chaeyeon berleter pada Hyun Woo yang sedang tidur itu. Rambutnya diusap perlahan sehingga dia tertidur di samping Hyun Woo. 

                           ****
(Keesokan hari)
    "Chae...Chaeyeon.." Nama Chaeyeon dipanggil perlahan. Chaeyeon yang tersedar melihat cuaca sudah cerah. Dia melihat ke arah Hyun Woo. 
"Hyun Woo, gwaenchanha?" Tanya Hyun Woo. Hyun Woo hanya menggeleng perlahan. Matanya kuyu. Chaeyeon memegang dahi Hyun Woo.
"Panasnya. Kau demam ni Hyun Woo. Sekejap ya." 
    
     Chaeyeon pun berlari ke dapur. Dia mengisi air ke dalam besen dengan kain tuala bersih di capai dari ampaian kain. Tak lupa juga dia mengambil ubat di dalam kabinet almari dan mengisi air minuman ke dalam gelas. Semua bekas tadi diletakkan di dalam dulang dan dibawakan ke ruang tamu. 
"Hyun Woo, kita makan ubat dulu ya." Chaeyeon pun membantu membangunkan Hyun Woo untuk makan ubat. Selepas Hyun Woo menelan ubat, Chaeyeon kembali membaringkan Hyun Woo. Kain tuala yang dibasahkan ke dalam besen air tadi diletakkan di atas dahi Hyun Woo.
"Chaeyeon ah, mianhae. Aku dah susahkan kau hari ni." Ucap Hyun Woo.
"Gwaenchanha. Aku sayangkan kau. Jadi aku kena jaga kau bila kau sakit." Jawab Chaeyeon.
"Kau dah pun bercinta dengan Wonho. Aku tak nak sebab aku, hubungan kau dengan Wonho bermasalah." Kata2 Hyun Woo membuatkan Chaeyeon terdiam. Entah kenapa lidahnya jadi kelu untuk menjawab.

"Kau rehat ye. Kau tak payah pergi sekolah hari ni. Aku akan jaga kau. Nanti aku bagitau Jaebum yang kita tak pergi hari ni." Tak sampai seminit, Hyun Woo pun kembali memejamkan matanya. Barangkali kesan dari ubat tadi. Chaeyeon membetulkan kain selimut Hyun Woo. Dia naik ke biliknya. Entah kenapa dia berasa janggal dengan cincin yang dipakainya itu. 

     Walaupun semalam dia gembira dengan lamaran Wonho tapi hari ni dia tiba2 dia jadi tidak gembira selepas mendengar kata2 Hyun Woo tadi. Riak Hyun Woo ketika tadi hanya beriak tenang tapi entah kenapa hatinya jadi sedih. Tidak mahu terlalu memikirkannya, dia pun ke bilik air.

                                ****
(Seoul High School)
    Suasana di dalam kelas begitu bising dengan suara pelajar-pelajar. Ketika itu guru kelas mereka, Puan Kim tidak datang sekolah kerana sedang berkursus di luar Seoul. Jadi, kelas mereka hanya membuat aktiviti sendiri. Ketua kelas, Jaebum berbual dengan kekasihnya So Hyun.
"Balik nanti kita pergi rumah diorang ye. Kesian pulak dengan Hyun Woo kan oppa." Kata So Hyun selepas membaca mesej di telefon Jaebum. Chaeyeon menghantar mesej ke Jaebum mengatakan Hyun Woo sedang demam, jadi mereka tidak boleh datang ke sekolah.
"Ne. Nanti kita pergi sama2. Oppa pun risau jugak." So Hyun mengangguk. Sedang mereka berbual, Wonho datang ke arah mereka.

     "Jaebum, So Hyun. Nak tanya kenapa Chaeyeon tak datang sekolah? Dia tak sihat ke?" Tanya Wonho dengan riak kerisauan di wajahnya. So Hyun dan Jaebum saling membalas pandang sebelum menjawab.
"Kenapa? Dia tak mesej kau ke?" Tanya Jaebum.
"Anio." Wonho menjawab sepatah.
"Ha'ah, dia memang tak datang hari ni. Dia kena jaga Hyun Woo yang demam." Kata So Hyun. Sengaja dia beritahu untuk sakitkan hati Wonho. Dia dah tahu hal sebenar dari Jaebum. Dia akan tolong Hyun Woo agar bersatu dengan Chaeyeon.

    "Mwo? Kenapa Chaeyeon nak kena jaga Hyun Woo?" Terperanjat Wonho mendengar jawapan dari So Hyun.
"Kau tak tahu ke? Chaeyeon tak bagitahu? Dia dengan Hyun Woo tinggal serumah. Jadi, dialah kena jaga Hyun Woo." Kata Jaebum pula menambah api. Makin terpana Wonho mendengar. Lalu dia pun berlari keluar kelas. So Hyun dan Jaebum hanya memandang. 

                            ****
(Di rumah)
    Sinar matahari menerjah masuk melalui tingkap menyilaukan mata. Hyun Woo tersedar dan perlahan-lahan bangun. Dia tercari-cari Chaeyeon. Chaeyeon dilihat berada di dapur. Hyun Woo pun menuju ke dapur. Chaeyeon yang selesai memasakkan bubur menutup api dan berpusing ke belakang.
"Hyun Woo ah. Kenapa kau bangun? Kau kan demam lagi." Cepat2 Chaeyeon menghampiri Hyun Woo. Dia merasakan dahi Hyun Woo dengan belakang tapak tangannya.
"Nan gwaenchanha. Aku dah ok dah." Kata Hyun Woo lalu duduk di meja makan.
"Degil lah kau ni. Aku dah masakkan bubur. Kau makan ya." Chaeyeon pun mencedok bubur ke dalam mangkuk dan dibawakan ke arah Hyun Woo. Lalu dia pun melabuhkan duduk di sebelah Hyun Woo. Chaeyeon mencedok satu sudu bubur dan ditiup sebelum menyuapkan ke mulut Hyun Woo.
"Makan sikit ya." Hyun Woo membuka mulutnya. Chaeyeon memang akan memanjakannya jika dia tidak sihat begini. Air minuman pula di suap pada Hyun Woo. 

    Baru beberapa suapan, kedengaran loceng penggera di pintu berbunyi. Chaeyeon terpaksa berhenti menyuapkan Hyun Woo sebentar. 
"Kau tunggu sekejap ye Hyun Woo. Aku pergi tengok sape yang datang." Chaeyeon pun berjalan ke pintu. Hyun Woo hanya memerhatikan Chaeyeon berlalu. Tapi hatinya berasa tak tenang dengan. 

    Chaeyeon pun membuka pintu. Alangkah terkejutnya dia memandang seseorang yang berdiri di belakangnya. Apabila tetamu itu berpusing menghadapnya, makin terpana Chaeyeon memandangnya. Dia tahu dia tak boleh lari dari berahsia. 

Bersambung...

Khamis, 27 September 2018

Cerpen Fanfic: Platonic Love (Part 3)

PLATONIC LOVE (PART 3)

    "Beep Beep" Isyarat dari handphone berbunyi menandakan ada mesej baru yang masuk. Hyun Woo yang sedang melayari internet di laptop mencari ke sofa tempat duduk sebelahnya mencari bunyi itu. Dia menyangka handphonenya yang berbunyi. Pabila dia melihat handphone di atas sofa rupanya handphone Chaeyeon yang berbunyi. Pasti Chaeyeon tertinggal handphonenya di bawah sebelum dia naik ke biliknya. Hyun Woo memandang ke tingkat atas sebelum membuka peti mesej. Handphone Chaeyeon tidak berpassword, maka mudah bagi Hyun Woo untuk memeriksa mesej Chaeyeon.

    "Chaeyeon ssi. Jumpa nanti di Starship Cafe ok. I'm excited to meet you." ~Wonho

     Terpana Hyun Woo membaca mesej dari Wonho itu. Hatinya rasa kecewa. Lantas dia menutup handphone Chaeyeon dan meletakkannya kembali ke sofa. Dia cuba fokus pada laptopnya. Tapi hatinya tidak tenang selepas membaca mesej tadi.

    Chaeyeon yang baru selesai mandi turun mencari handphonenya. Lalu dia berjalan ke arah Hyun Woo di ruang tamu. 
"Hyun Woo ah, ada nampak phone aku tak?" Tanya Chaeyeon.
"Ada. Ni haa kat sini." Kata Hyun Woo dan menunjukkan handphone Chaeyeon.
"Uhh, kat sini rupanya." Chaeyeon mengambil handphonenya lalu membuka phonenya. Cepat2 dia membalas mesej selepas membacanya. Sebaris senyuman terukir. Telatah Chaeyeon itu dipandang Hyun Woo sekilas sebelum kembali memandang ke skrin komputer.

    "Wae? Happy sangat ke nak jumpa namchin?" Sindir Hyun Woo. Chaeyeon memandang Hyun Woo pelik. Dahinya dikerut.
"Yah, Son Hyun Woo! Kau baca mesej aku ehh?"
"Owh,ha'ah. Selama ni aku baca mesej2 kau, kau tak kisah pun. Betul ke kau nak pergi dating dengan mamat tu?" Tanya Hyun Woo menatap tajam mata Chaeyeon.
"Mamat tu ada namalah. Nama dia Wonho. Ha'ah, aku nak dating dengan dia." Jawab Chaeyeon.
"Uhh. Arasso. Good Luck." Kata Hyun Woo terus kembali melihat laptopnya.
"Hehe... gomawo Hyun Woo ssi." Chaeyeon pun berlalu naik ke biliknya. Hyun Woo berubah riak selepas mendengar kata2 Chaeyeon itu. Sukar ditafsirkan perasaannya ketika itu. 

                           ****
 (Keesokan harinya)
    Ketika Hyun Woo keluar dari bilik, Chaeyeon juga keluar dari biliknya serentak dengannya. Kebetulan bilik mereka bersebelahan saja. Hyun Woo memandang Chaeyeon. Dia terpegun melihat penampilan Chaeyeon hari itu. 
"Hyun Woo ah, kau tengok baju, make up aku ok tak?" Tanya Chaeyeon mematikan lamunannya.
"Uhh. Ne. Ok." Hanya itu yang Hyun Woo jawab.
"Betul2lah. Cantik ke tak?" Geram pulak Chaeyeon dibuatnya. Hyun Woo seperti tak menjawab soalannya bersungguh-sungguh.
"Ne. Yeppeo. Kau pakai apa pun memang dah cantik." Memang tak dinafikan Chaeyeon memang mempunyai kecantikan yang semula jadi walaupun tanpa make up. Sesiapa yang melihat, pasti akan terpegun memandangnya. 
"Hehe... Jinjja? Gomawo Hyun Woo. Aku pergi dulu ya. Takut nanti Wonho tunggu lama pulak. Bye Hyun Woo." Chaeyeon pun berlalu pergi meninggalkan Hyun Woo sendirian di tangga.

    Hyun Woo dipagut sedih tiba-tiba. Hatinya sayu. Tapi segera dia hapuskan perasaan yang hadir itu.

                          ****
(Di Starship Cafe)
    Chaeyeon berjalan masuk ke kafe mencari Wonho. "Chaeyeon. Yeogi." Wonho menjerit memanggil Chaeyeon. Chaeyeon pun berjalan ke arah Wonho dan duduk di kerusi di hadapan Wonho. 
"Awak nak order apa?" Tanya Wonho. Pelayan cafe pun datang mengambil pesanan.
"Saya nak air Vanilla Latte." Jawab Chaeyeon.
"Ok, bagi satu Vanilla Latte dan satu Bubble Tea." Kata Wonho pada pelayan itu. Pelayan itu berlalu setelah mengambil pesanan.

    "Gomawo Chaeyeon ssi sudi keluar dengan saya." Kata Wonho memulakan perbualan.
"Owh ne. Kita pun tak sempat borak panjang semalam kan." Jawab Chaeyeon.
Pelayan pun menghantarkan pesanan mereka. Chaeyeon menyedut minumannya.
"Chaeyeon ssi. Lepas ni awak nak kemana-mana tak?" Tanya Wonho.
"Emm, saya ikut awak je. Saya tak kisah kemana pun." Tersenyum Chaeyeon menjawab. Wonho mengangguk senyum.

                             ****
(JYP Cyber Cafe)
    Hyun Woo bertemu dengan Jaebum. Selepas melayari internet, mereka sedang minum sambil berbual.
"Hyun Woo, macamn mana hubungan kau dengan Chaeyeon?" Tanya Jaebum.
"Emm, macam mana lagi. Camtulah." Jawab Hyun Woo acuh tak acuh. Jaebum menggeleng-geleng mendengar jawapan Hyun Woo itu.
"Camtu je? Kau ni biar betul?" Marah Jaebum tiba2.
"Habis tu nak buat macam mana lagi. Chaeyeon dah pun jumpa kebahagiaan dia, aku kenalah support dia. Aku dengan dia bukan ada apa2 pun." Naik geram pula dengan jawapan selamba Hyun Woo itu.
"Dengan orang lain kau bolehlah nak tipu. Aku tahu kau sebenarnya betul2 cintakan Chaeyeon kan? Kau mengaku jela. Kau buang je istilah Cinta Platonik kau tu. Kau kena terus terang dengan dia sebelum dia bersama dengan orang lain." Ceramah Jaebum pada Hyun Woo.

    Hyun Woo hanya mengeluh.
 "Andwae. Aku tak nak halang kebahagiaan Chaeyeon. Biarlah dia bahagia dengan pilihan dia jika itu yang boleh membahagiakan dia. Aku dengan dia hanya kekal sebagai pasangan cinta platonik. Cinta sebagai sahabat baik." Hyun Woo berkata dengan sayu. Jaebum menepuk bahu Hyun Woo memberi semangat padanya. Ketika itu, So Hyun tiba ke tempat mereka. 

"Oppa, Wae?" Tanya So Hyun pada Jaebum pabila dia melihat Hyun Woo yang wajahnya dalam kesedihan. Jaebum hanya meletakkan jari telunjuk di bibirnya sambil menggeleng-geleng sebagai isyarat supaya tidak bertanya dulu. 

Bersambung....

Rabu, 26 September 2018

Cerpen Fanfic : Platonic Love (Part 2)

PLATONIC LOVE (PART 2)

    Selepas mandi, Hyun Woo pun turun ke ruang tamu. Punat remote tv di tekan dan tv pun menyalakan gambar. Rancangan tv menyiarkan variety show Monsta X Ray. Hyun Woo menonton sambil duduk menikmati popcorn yang diambil di dapur. Ketika itu juga, kedengaran bunyi butang penggera pintu ditekan. Dia tahu siapa gerangannya. Dia hanya memandang kaca tv. Pintu tiba-tiba di buka. Chaeyeon masuk ke rumah dengan bernyanyi riang. Dia nampak Hyun Woo sedang duduk bersandar di sofa. Lalu, dia menghampiri Hyun Woo dan memeluk Hyun Woo dari belakang.

    "Hyun Woo ah!" Panggil Chaeyeon.
"Uhh wae?" Tanya Hyun Woo. Matanya masih melekat pada kaca tv. Chaeyeon pun melabuhkan punggung di sebelah Hyun Woo. Mangkuk popcorn di tangan Hyun Woo di ambil.
"Aku happy sangat hari ni." Senyum Chaeyeon berkata. Kepalanya dilentokkan di bahu Hyun Woo.
"Wae?" Tanya Hyun Woo lagi.
"Kau tahu tak, tadi kan aku pergi minum dengan Wonho." Bagitahu Chaeyeon. Riak wajahnya tergambar betapa gembiranya dia.
"Ohh yeke? Patutlah balik lambat. Rupanya pergi dating dengan bf." Sindir Hyun Woo.
"Ania. Kitorang tak declare lagila. Kitorang cuma pergi minum je. Sambil berkenalan." Jawab Chaeyeon.
"Yela, mula-mula pergi minum. Lepas tu couple." Ada nada riak cemburu di balik kata2 Hyun Woo. Tapi wajahnya hanya beriak tenang. Chaeyeon senyum tersipu-tersipu.

    "Hehe, aku pun harap camtu jugak. Wish me luck ehh." Kata Chaeyeon. Hyun Woo memandang Chaeyeon. Terlihat betapa gembiranya Chaeyeon. Dia tahu Chaeyeon sudah pun berjumpa lelaki idamannya. Dia mengeluh seketika.
"Yahh Chaeyeon ah. Kau ada bau something tak?" Chaeyeon memandang Hyun Woo hairan. Keningnya diangkat. Dia cuba cari bau yang dimaksudnya oleh Hyun Woo. Dia tak bau apa2.
"Bau apa?" Tanya Chaeyeon
"Cuba kau bau diri kau." Hyun Woo menunjuk ke arahnya. Chaeyeon memandang ke badannya. Terus bantal disebelahnya dibaling ke arah Hyun Woo.
"Yah! Teruklah kau ni. Kau boleh je suruh aku naik mandi. Tak payah kot nak perli aku. Hisy." Marah Chaeyeon. Dengan muka masam dia pun berlalu naik ke biliknya. 
"Hahahhaha..." Hyun Woo hanya ketawa. Lalu ketawanya mati pabila matanya terpandang bingkai gambar yang menunjukkan gambar dia dan Chaeyeon di dinding. Dia memandang gambar itu lalu membawanya ke kenangan lalu.

                           ****
(Flashback)
    Chaeyeon dan Hyun Woo bersama dua rakan mereka, Jaebum dan So Hyun bercuti di Pulau Jeju. Mereka berempat pergi ke pantai dan bermain bersama di pantai. Masing-masing bergelak ketawa. Ketika mereka sedang berehat bersama-sama di bawah pokok sambil minum, mereka berbual.

    "Ehh... Hyun Woo, Chaeyeon. Kitorang dah declare. Korang bila lagi?" Tanya Jaebum pada mereka berdua. Chaeyeon dan Hyun Woo memandang antara satu sama lain sambil tersenyum.
"Kitorang memang dah bercinta pun. Kan Hyun Woo ssi?" Hyun Woo hanya tersenyum dengan kata-kata Chaeyeon itu.
"Mwo? Jinjja? Kau tak cakap dengan aku pun Chaeyeon." Kata So Hyun rajuk sambil menepuk bahu Chaeyeon. "Oppa, tengoklah diorang ni. Sampai hati diorang berahsia dengan kita." Adu So Hyun pada buah hatinya, Jaebum. Jaebum memeluk bahu So Hyun menenangkannya. Hyun Woo dan Chaeyeon tergelak melihat telatah kawan2nya. 

    "Bila korang mula bercinta ni? Tak bagitahu pun?" Tanya Jaebum
"Laa... Dah kitorang pun tinggal serumah, hari2 bersama, of courselah kitorang bercinta." Kata-kata Hyun Woo di ikuti dengan anggukan dari Chaeyeon. 
"Itupun kitorang tahula korang tinggal serumah. Tapi setahu kitorang, korang tak pernah declare cakap korang bercinta." Kata So Hyun.
"Hehe... Hubungan cinta kitorang special. Tak sama macam hubungan sepasang kekasih yang biasa." Jawab Chaeyeon. So Hyun dan Jaebum saling memandang mereka hairan. Sepertinya mereka tidak memahami maksud mereka.

"Apa maksud korang?" Tanya Jaebum. 
"Kitorang bercinta. Cinta kami "Cinta Platonik. Kitorang bercinta tapi bercinta dalam berkawan." Jaebum dan So Hyun memandang antara satu sama lain. Kemudian memandang mereka berdua. Riak wajah mereka masih tidak memahami.
"Cinta platonik tu apa?" So Hyun pula bertanya.

"Cinta platonik tu maksudnya macam kami. Kami berkawan baik dan rapat tapi tiada langsung tarikan seksual di antara kami." Terang Hyun Woo. Jaebum dan So Hyun pun mengangguk mengerti.
"So, kalau salah seorang dari kami berjumpa dengan orang yang kami suka, kami boleh bercinta dengan orang tu." Terang Chaeyeon lagi.
"Ehh, peliklah korang ni. Mati2 kitorang ingat korang betul2 bercintalah tadi." Kata So Hyun.
"Hehe. Sebab tu hubungan kami tak sama macam korang." Tambah Chaeyeon lagi. 

Mereka berempat saling ketawa. Mereka kembali bermain di pantai.
(End flashback)

Bersambung....

Selasa, 25 September 2018

Cerpen Fanfic: Platonic Love (Part 1)

TITLE: Platonic Love
ACTOR / ACTRESS: 
1) Monsta X Shownu as Son Hyun Woo
2) DIA Chaeyeon as Jung Chaeyeon
3) Kim So Hyun as herself
4) GOT7 JB as Im Jaebum
5) Monsta X Wonho as Wonho

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

PLATONIC LOVE (PART 1)

(Di rumah)
    Chaeyeon sibuk memasak di dapur untuk menyediakan sarapan pagi itu. Memang menjadi rutin hariannya setiap pagi sebelum ke sekolah dia akan menyediakan sarapan. Baginya, itu sebagai tenaga untuk memulakan harinya. Selesai menghidang makanan di atas meja makan, dia lantas menuju ke bilik Hyun Woo di tingkat atas. Tombol pintu dibuka.

    "Hyun Woo ah, palli ireona. Kejap lagi lambat pulak." Chaeyeon kejutkan lelaki itu yang sedang tido di atas katil. 
"Emm.." Hyun Woo hanya mendengus dengan mata yang masih terpejam.
"Yah, Son Hyun Woo. Bangunlah. Cepat siap. Kejap lagi nak pergi sekolah lambat lagi." Chaeyeon terus menarik kain selimut Hyun Woo.
"Alaaa... Bagilah aku lagi 5 minit. Aku mengantuk sangat ni." Hyun Woo dah bersiap hendak menarik kembali selimutnya. 
"Sirheo. Baik kau bangun sebelum aku simbah air kat kau. Dalam kiraan 1,2..."
"Arghh, arasso. Tak habis2 nak ugut." Belum sempat Chaeyeon menyambung kiraannya, Hyun Woo pun tergesa-gesa bangun ke bilik air. Chaeyeon tersenyum gembira. Dia mengemaskan katil Hyun Woo dan berlalu ke biliknya pula untuk bersiap.

    Selesai bersiap selepas beberapa minit, Chaeyeon dan Hyun Woo menikmati sarapan. Selesai bersarapan, mereka berjalan ke sekolah beriringan. Mereka sudah tinggal bersama sejak kedua orang tua mereka meninggal. Mereka sama-sama anak yatim dan tiada saudara-mara dan adik beradik untuk bergantung. Jadi, mereka tinggal bersama. Mereka saling menjaga antara satu sama lain, saling sayang menyayangi tak lebih dari seorang kawan. Mereka menganggap diri mereka sebagai pasangan "Cinta Platonik", iaitu hubungan yang tiada sebarang tarikan seksual. 

                           ****
(Seoul High School)
    "Morning my dear friend." Ketika Chaeyeon dan Hyun Woo sampai di kelas, Chaeyeon lantas menyapa rakan baik mereka So Hyun dan duduk di tempatnya di sebelah. Suasana di dalam kelas yang riuh tidak dihiraukan. Mereka dah biasa.
"Morning chingu. Awal korang sampai hari ni." Balas So Hyun.
"Kitorang memang selalu awal pun kan." Hyun Woo pula berkata yang duduk di barisan belakang mereka.
"Ahh, awal la sangat." Sindir Chaeyeon dan dibalas dengan cebikan Hyun Woo. Tersenyum Chaeyeon melihatnya.

"Class, kita ada pelajar baru hari ni yang akan masuk kelas kita!" Tiba-tiba ketua kelas, Jaebum mereka datang berkata.
"Owh, jinjja?" Tanya serentak semua pelajar. Jaebum pun mengangguk lalu duduk di sebelah Hyun Woo. Sempat dia buat isyarat tangan tanda bersalam dengan Hyun Woo. 
"Siapalah pelajar baru kita tu kan?" Kata Chaeyeon.
"Entahlah. Tak sabar nak tahu siapa orangnya. Mesti hensem kan." Kata So Hyun.
"Yah, Kim So Hyun. Jangan nak gatal sangat ehh." Marah Jaebum. Wajahnya seperti cemburu.
"Aigoo, janganlah cemburu oppa. Sayang cuma kata untuk rekomenkan pada Chaeyeon je." Kata So Hyun memujuk Jaebum. So Hyun dan Jaebum sebenarnya sedang bercinta.
"Owh. Yelah." Kata Jaebum dan senyum. Matanya memandang ke arah kawan baiknya di sebelah. Tiada sebarang riak diwajah Hyun Woo. Dia seperti tahu sesuatu..

Guru kelas mereka, Puan Kim pun memasuki kelas bersama seorang pelajar lelaki. Mata semua pelajar perempuan terpana melihat ketampanan pelajar itu termasuklah Chaeyeon.
"Class. Hari ni cikgu nak kenalkan kamu pelajar baru di kelas ni. Sila perkenalkan diri kamu." Kata Cikgu Kim.
"Annyeonghaseyo. Wonho imnida." Sapa Ho Seok.
"Ok, kamu boleh duduk di sana." Arah Cikgu Kim menunjukkan meja kosong di barisan sebelah tempat duduk Chaeyeon. Chaeyeon memandang Wonho berjalan ke tempat duduknya. Seraya Wonho duduk di tempat duduknya, mata mereka bersatu tiba-tiba. 

"Uhh, Hai. Chaeyeon imnida." Chaeyeon menyuakan tangan untuk bersalam.
"Hai Chaeyeon ssi." Wonho menyambut tangan Chaeyeon dengan senyuman. Chaeyeon membalas senyumannya dan kembali menghadap ke hadapan. Hyun Woo memandang mereka dari belakang. 
                             
                                      ****
    Selepas habis persekolahan hari itu, Chaeyeon dan So Hyun perlu bertugas di perpustakaan. Hyun Woo dan Jaebum pula berada di padang sekolah untuk latihan bola sepak.
"Kau dah habis kemas belum Chaeyeon? Lepas dah siap, kita pergi tengok Jaebum dengan Hyun Woo training ehh." Tanya So Hyun yang sedang menyusun buku di rak sebelah tempat Chaeyeon sedang duduk. 
"Dah hampir siap. Kau jela pegi. Aku nak duduk kat sini baca buku." Jawab Chaeyeon.
"Betul tak nak ni?" Hairan So Hyun dengan Chaeyeon. Selalunya Chaeyeon bersemangat hendak melihat Hyun Woo bermain bola. Dan dia jugak yang paling kuat menjerit memberi sokongan pada pasukan Hyun Woo. Apalagi Hyun Woo merupakan kapten pasukannya.
"Ne. Lagipun hari ni diorang bukan main pun. Just berlatih biasa je." Jawab Chaeyeon sambil melekatkan stiker pada buku dan meletakkannya di atas rak.
"Arasso. Aku dah siap keje aku. Aku pegi dulu ya. Apa2 mesej aku tau. Bye Chaeyeon." So Hyun pun berlalu.
"Ne. Bye." Jawab Chaeyeon dan melanjutkan kerjanya. 

    Suasana agak sepi seketika. Ketika Chaeyeon sedang menyusun buku-buku di rak, Chaeyeon ternampak Wonho yang sedang membaca buku di meja bersebelahan tingkap. Chaeyeon teragak-agak nak menegurnya. Dia hanya berdiri di sebalik rak buku. Dia membetulkan uniform sekolahnya seketika. Ketika dia kembali memandang ke arah tempat dimana Wonho duduk tadi, Wonho sudah tiada di situ. Matanya meliar mencari kelibat lelaki itu.

    Ketika dia berpusing ke belakang, alangkah terperanjatnya Chaeyeon dengan kemunculan tiba2 Wonho di belakangnya. 
"Ooh opocot!" Chaeyeon melatah. Wonho tertawa.
"Mianhae. Saya tak sengaja buat awak terkejut." Kata Wonho.
"Gwaenchanha." Kata Chaeyeon tersenyum. "Dah lama ke awak kat belakang saya?" Tanyanya lagi.
"Taklah lama sangat. Saya nampak awak tengah susun buku, sebab tu saya datang. Tak sangka saya buat awak terkejut. Sorry ya." Wonho tersenyum.

    "Anio. Gwaenchanhayo. Takde bendalah." Chaeyeon membalas senyum. Segan pula bila Wonho memandangnya. 
"Emm, awak free tak? Saya nak ajak awak pergi minum. Sambil tu, kita boleh berbual sambil berkenalan. Boleh?" Tanya Wonho.
"Uhh, ne. Boleh je." Jawab Chaeyeon tanpa ragu2. 
"Lau camtu jomlah." Chaeyeon mengangguk. Mereka pun beriringan berjalan keluar dari perpustakaan. 

    Tanpa mereka sedari ada mata yang memerhatikan mereka berdua sewaktu keluar dari perpustakaan. Hyun Woo hendak mengajak Chaeyeon pulang pabila dia bertanya pada So Hyun ketika dia datang melihat mereka berlatih bola tadi. Ketika dia sampai di perpustakaan dia ternampak Chaeyeon dan Wonho sedang berbual. Dia hanya menyorok di pintu melihat mereka berdua sehingga dia melihat mereka berjalan keluar. Hyun Woo pun berlalu dari situ selepas melihat mereka pergi.

Bersambung...

Isnin, 24 September 2018

First Entry : New Blog

Assalammualaikum....



Hai guys. Ni merupakan entry pertama blog i yang baru. Bagi pembaca yang dah pernah baca blog pertama i, Here. Boleh singgah baca di blog yang baru ini. Blog lama i tu i dah tak boleh nak log masuk atas sebab tertentu. Jadinya, mulai hari ini Insyaallah i akan update apa-apa story di blog ini dengan wajah baru, content baru, header baru, tulisan baru, huhu... Thanks for be my loyal reader for all this time.. Thank you so much.  Bye... 

Don't forget my new blog link : pynkynaz92.blogspot.com