Selasa, 25 September 2018

Cerpen Fanfic: Platonic Love (Part 1)

TITLE: Platonic Love
ACTOR / ACTRESS: 
1) Monsta X Shownu as Son Hyun Woo
2) DIA Chaeyeon as Jung Chaeyeon
3) Kim So Hyun as herself
4) GOT7 JB as Im Jaebum
5) Monsta X Wonho as Wonho

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

PLATONIC LOVE (PART 1)

(Di rumah)
    Chaeyeon sibuk memasak di dapur untuk menyediakan sarapan pagi itu. Memang menjadi rutin hariannya setiap pagi sebelum ke sekolah dia akan menyediakan sarapan. Baginya, itu sebagai tenaga untuk memulakan harinya. Selesai menghidang makanan di atas meja makan, dia lantas menuju ke bilik Hyun Woo di tingkat atas. Tombol pintu dibuka.

    "Hyun Woo ah, palli ireona. Kejap lagi lambat pulak." Chaeyeon kejutkan lelaki itu yang sedang tido di atas katil. 
"Emm.." Hyun Woo hanya mendengus dengan mata yang masih terpejam.
"Yah, Son Hyun Woo. Bangunlah. Cepat siap. Kejap lagi nak pergi sekolah lambat lagi." Chaeyeon terus menarik kain selimut Hyun Woo.
"Alaaa... Bagilah aku lagi 5 minit. Aku mengantuk sangat ni." Hyun Woo dah bersiap hendak menarik kembali selimutnya. 
"Sirheo. Baik kau bangun sebelum aku simbah air kat kau. Dalam kiraan 1,2..."
"Arghh, arasso. Tak habis2 nak ugut." Belum sempat Chaeyeon menyambung kiraannya, Hyun Woo pun tergesa-gesa bangun ke bilik air. Chaeyeon tersenyum gembira. Dia mengemaskan katil Hyun Woo dan berlalu ke biliknya pula untuk bersiap.

    Selesai bersiap selepas beberapa minit, Chaeyeon dan Hyun Woo menikmati sarapan. Selesai bersarapan, mereka berjalan ke sekolah beriringan. Mereka sudah tinggal bersama sejak kedua orang tua mereka meninggal. Mereka sama-sama anak yatim dan tiada saudara-mara dan adik beradik untuk bergantung. Jadi, mereka tinggal bersama. Mereka saling menjaga antara satu sama lain, saling sayang menyayangi tak lebih dari seorang kawan. Mereka menganggap diri mereka sebagai pasangan "Cinta Platonik", iaitu hubungan yang tiada sebarang tarikan seksual. 

                           ****
(Seoul High School)
    "Morning my dear friend." Ketika Chaeyeon dan Hyun Woo sampai di kelas, Chaeyeon lantas menyapa rakan baik mereka So Hyun dan duduk di tempatnya di sebelah. Suasana di dalam kelas yang riuh tidak dihiraukan. Mereka dah biasa.
"Morning chingu. Awal korang sampai hari ni." Balas So Hyun.
"Kitorang memang selalu awal pun kan." Hyun Woo pula berkata yang duduk di barisan belakang mereka.
"Ahh, awal la sangat." Sindir Chaeyeon dan dibalas dengan cebikan Hyun Woo. Tersenyum Chaeyeon melihatnya.

"Class, kita ada pelajar baru hari ni yang akan masuk kelas kita!" Tiba-tiba ketua kelas, Jaebum mereka datang berkata.
"Owh, jinjja?" Tanya serentak semua pelajar. Jaebum pun mengangguk lalu duduk di sebelah Hyun Woo. Sempat dia buat isyarat tangan tanda bersalam dengan Hyun Woo. 
"Siapalah pelajar baru kita tu kan?" Kata Chaeyeon.
"Entahlah. Tak sabar nak tahu siapa orangnya. Mesti hensem kan." Kata So Hyun.
"Yah, Kim So Hyun. Jangan nak gatal sangat ehh." Marah Jaebum. Wajahnya seperti cemburu.
"Aigoo, janganlah cemburu oppa. Sayang cuma kata untuk rekomenkan pada Chaeyeon je." Kata So Hyun memujuk Jaebum. So Hyun dan Jaebum sebenarnya sedang bercinta.
"Owh. Yelah." Kata Jaebum dan senyum. Matanya memandang ke arah kawan baiknya di sebelah. Tiada sebarang riak diwajah Hyun Woo. Dia seperti tahu sesuatu..

Guru kelas mereka, Puan Kim pun memasuki kelas bersama seorang pelajar lelaki. Mata semua pelajar perempuan terpana melihat ketampanan pelajar itu termasuklah Chaeyeon.
"Class. Hari ni cikgu nak kenalkan kamu pelajar baru di kelas ni. Sila perkenalkan diri kamu." Kata Cikgu Kim.
"Annyeonghaseyo. Wonho imnida." Sapa Ho Seok.
"Ok, kamu boleh duduk di sana." Arah Cikgu Kim menunjukkan meja kosong di barisan sebelah tempat duduk Chaeyeon. Chaeyeon memandang Wonho berjalan ke tempat duduknya. Seraya Wonho duduk di tempat duduknya, mata mereka bersatu tiba-tiba. 

"Uhh, Hai. Chaeyeon imnida." Chaeyeon menyuakan tangan untuk bersalam.
"Hai Chaeyeon ssi." Wonho menyambut tangan Chaeyeon dengan senyuman. Chaeyeon membalas senyumannya dan kembali menghadap ke hadapan. Hyun Woo memandang mereka dari belakang. 
                             
                                      ****
    Selepas habis persekolahan hari itu, Chaeyeon dan So Hyun perlu bertugas di perpustakaan. Hyun Woo dan Jaebum pula berada di padang sekolah untuk latihan bola sepak.
"Kau dah habis kemas belum Chaeyeon? Lepas dah siap, kita pergi tengok Jaebum dengan Hyun Woo training ehh." Tanya So Hyun yang sedang menyusun buku di rak sebelah tempat Chaeyeon sedang duduk. 
"Dah hampir siap. Kau jela pegi. Aku nak duduk kat sini baca buku." Jawab Chaeyeon.
"Betul tak nak ni?" Hairan So Hyun dengan Chaeyeon. Selalunya Chaeyeon bersemangat hendak melihat Hyun Woo bermain bola. Dan dia jugak yang paling kuat menjerit memberi sokongan pada pasukan Hyun Woo. Apalagi Hyun Woo merupakan kapten pasukannya.
"Ne. Lagipun hari ni diorang bukan main pun. Just berlatih biasa je." Jawab Chaeyeon sambil melekatkan stiker pada buku dan meletakkannya di atas rak.
"Arasso. Aku dah siap keje aku. Aku pegi dulu ya. Apa2 mesej aku tau. Bye Chaeyeon." So Hyun pun berlalu.
"Ne. Bye." Jawab Chaeyeon dan melanjutkan kerjanya. 

    Suasana agak sepi seketika. Ketika Chaeyeon sedang menyusun buku-buku di rak, Chaeyeon ternampak Wonho yang sedang membaca buku di meja bersebelahan tingkap. Chaeyeon teragak-agak nak menegurnya. Dia hanya berdiri di sebalik rak buku. Dia membetulkan uniform sekolahnya seketika. Ketika dia kembali memandang ke arah tempat dimana Wonho duduk tadi, Wonho sudah tiada di situ. Matanya meliar mencari kelibat lelaki itu.

    Ketika dia berpusing ke belakang, alangkah terperanjatnya Chaeyeon dengan kemunculan tiba2 Wonho di belakangnya. 
"Ooh opocot!" Chaeyeon melatah. Wonho tertawa.
"Mianhae. Saya tak sengaja buat awak terkejut." Kata Wonho.
"Gwaenchanha." Kata Chaeyeon tersenyum. "Dah lama ke awak kat belakang saya?" Tanyanya lagi.
"Taklah lama sangat. Saya nampak awak tengah susun buku, sebab tu saya datang. Tak sangka saya buat awak terkejut. Sorry ya." Wonho tersenyum.

    "Anio. Gwaenchanhayo. Takde bendalah." Chaeyeon membalas senyum. Segan pula bila Wonho memandangnya. 
"Emm, awak free tak? Saya nak ajak awak pergi minum. Sambil tu, kita boleh berbual sambil berkenalan. Boleh?" Tanya Wonho.
"Uhh, ne. Boleh je." Jawab Chaeyeon tanpa ragu2. 
"Lau camtu jomlah." Chaeyeon mengangguk. Mereka pun beriringan berjalan keluar dari perpustakaan. 

    Tanpa mereka sedari ada mata yang memerhatikan mereka berdua sewaktu keluar dari perpustakaan. Hyun Woo hendak mengajak Chaeyeon pulang pabila dia bertanya pada So Hyun ketika dia datang melihat mereka berlatih bola tadi. Ketika dia sampai di perpustakaan dia ternampak Chaeyeon dan Wonho sedang berbual. Dia hanya menyorok di pintu melihat mereka berdua sehingga dia melihat mereka berjalan keluar. Hyun Woo pun berlalu dari situ selepas melihat mereka pergi.

Bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan