Khamis, 27 September 2018

Cerpen Fanfic: Platonic Love (Part 3)

PLATONIC LOVE (PART 3)

    "Beep Beep" Isyarat dari handphone berbunyi menandakan ada mesej baru yang masuk. Hyun Woo yang sedang melayari internet di laptop mencari ke sofa tempat duduk sebelahnya mencari bunyi itu. Dia menyangka handphonenya yang berbunyi. Pabila dia melihat handphone di atas sofa rupanya handphone Chaeyeon yang berbunyi. Pasti Chaeyeon tertinggal handphonenya di bawah sebelum dia naik ke biliknya. Hyun Woo memandang ke tingkat atas sebelum membuka peti mesej. Handphone Chaeyeon tidak berpassword, maka mudah bagi Hyun Woo untuk memeriksa mesej Chaeyeon.

    "Chaeyeon ssi. Jumpa nanti di Starship Cafe ok. I'm excited to meet you." ~Wonho

     Terpana Hyun Woo membaca mesej dari Wonho itu. Hatinya rasa kecewa. Lantas dia menutup handphone Chaeyeon dan meletakkannya kembali ke sofa. Dia cuba fokus pada laptopnya. Tapi hatinya tidak tenang selepas membaca mesej tadi.

    Chaeyeon yang baru selesai mandi turun mencari handphonenya. Lalu dia berjalan ke arah Hyun Woo di ruang tamu. 
"Hyun Woo ah, ada nampak phone aku tak?" Tanya Chaeyeon.
"Ada. Ni haa kat sini." Kata Hyun Woo dan menunjukkan handphone Chaeyeon.
"Uhh, kat sini rupanya." Chaeyeon mengambil handphonenya lalu membuka phonenya. Cepat2 dia membalas mesej selepas membacanya. Sebaris senyuman terukir. Telatah Chaeyeon itu dipandang Hyun Woo sekilas sebelum kembali memandang ke skrin komputer.

    "Wae? Happy sangat ke nak jumpa namchin?" Sindir Hyun Woo. Chaeyeon memandang Hyun Woo pelik. Dahinya dikerut.
"Yah, Son Hyun Woo! Kau baca mesej aku ehh?"
"Owh,ha'ah. Selama ni aku baca mesej2 kau, kau tak kisah pun. Betul ke kau nak pergi dating dengan mamat tu?" Tanya Hyun Woo menatap tajam mata Chaeyeon.
"Mamat tu ada namalah. Nama dia Wonho. Ha'ah, aku nak dating dengan dia." Jawab Chaeyeon.
"Uhh. Arasso. Good Luck." Kata Hyun Woo terus kembali melihat laptopnya.
"Hehe... gomawo Hyun Woo ssi." Chaeyeon pun berlalu naik ke biliknya. Hyun Woo berubah riak selepas mendengar kata2 Chaeyeon itu. Sukar ditafsirkan perasaannya ketika itu. 

                           ****
 (Keesokan harinya)
    Ketika Hyun Woo keluar dari bilik, Chaeyeon juga keluar dari biliknya serentak dengannya. Kebetulan bilik mereka bersebelahan saja. Hyun Woo memandang Chaeyeon. Dia terpegun melihat penampilan Chaeyeon hari itu. 
"Hyun Woo ah, kau tengok baju, make up aku ok tak?" Tanya Chaeyeon mematikan lamunannya.
"Uhh. Ne. Ok." Hanya itu yang Hyun Woo jawab.
"Betul2lah. Cantik ke tak?" Geram pulak Chaeyeon dibuatnya. Hyun Woo seperti tak menjawab soalannya bersungguh-sungguh.
"Ne. Yeppeo. Kau pakai apa pun memang dah cantik." Memang tak dinafikan Chaeyeon memang mempunyai kecantikan yang semula jadi walaupun tanpa make up. Sesiapa yang melihat, pasti akan terpegun memandangnya. 
"Hehe... Jinjja? Gomawo Hyun Woo. Aku pergi dulu ya. Takut nanti Wonho tunggu lama pulak. Bye Hyun Woo." Chaeyeon pun berlalu pergi meninggalkan Hyun Woo sendirian di tangga.

    Hyun Woo dipagut sedih tiba-tiba. Hatinya sayu. Tapi segera dia hapuskan perasaan yang hadir itu.

                          ****
(Di Starship Cafe)
    Chaeyeon berjalan masuk ke kafe mencari Wonho. "Chaeyeon. Yeogi." Wonho menjerit memanggil Chaeyeon. Chaeyeon pun berjalan ke arah Wonho dan duduk di kerusi di hadapan Wonho. 
"Awak nak order apa?" Tanya Wonho. Pelayan cafe pun datang mengambil pesanan.
"Saya nak air Vanilla Latte." Jawab Chaeyeon.
"Ok, bagi satu Vanilla Latte dan satu Bubble Tea." Kata Wonho pada pelayan itu. Pelayan itu berlalu setelah mengambil pesanan.

    "Gomawo Chaeyeon ssi sudi keluar dengan saya." Kata Wonho memulakan perbualan.
"Owh ne. Kita pun tak sempat borak panjang semalam kan." Jawab Chaeyeon.
Pelayan pun menghantarkan pesanan mereka. Chaeyeon menyedut minumannya.
"Chaeyeon ssi. Lepas ni awak nak kemana-mana tak?" Tanya Wonho.
"Emm, saya ikut awak je. Saya tak kisah kemana pun." Tersenyum Chaeyeon menjawab. Wonho mengangguk senyum.

                             ****
(JYP Cyber Cafe)
    Hyun Woo bertemu dengan Jaebum. Selepas melayari internet, mereka sedang minum sambil berbual.
"Hyun Woo, macamn mana hubungan kau dengan Chaeyeon?" Tanya Jaebum.
"Emm, macam mana lagi. Camtulah." Jawab Hyun Woo acuh tak acuh. Jaebum menggeleng-geleng mendengar jawapan Hyun Woo itu.
"Camtu je? Kau ni biar betul?" Marah Jaebum tiba2.
"Habis tu nak buat macam mana lagi. Chaeyeon dah pun jumpa kebahagiaan dia, aku kenalah support dia. Aku dengan dia bukan ada apa2 pun." Naik geram pula dengan jawapan selamba Hyun Woo itu.
"Dengan orang lain kau bolehlah nak tipu. Aku tahu kau sebenarnya betul2 cintakan Chaeyeon kan? Kau mengaku jela. Kau buang je istilah Cinta Platonik kau tu. Kau kena terus terang dengan dia sebelum dia bersama dengan orang lain." Ceramah Jaebum pada Hyun Woo.

    Hyun Woo hanya mengeluh.
 "Andwae. Aku tak nak halang kebahagiaan Chaeyeon. Biarlah dia bahagia dengan pilihan dia jika itu yang boleh membahagiakan dia. Aku dengan dia hanya kekal sebagai pasangan cinta platonik. Cinta sebagai sahabat baik." Hyun Woo berkata dengan sayu. Jaebum menepuk bahu Hyun Woo memberi semangat padanya. Ketika itu, So Hyun tiba ke tempat mereka. 

"Oppa, Wae?" Tanya So Hyun pada Jaebum pabila dia melihat Hyun Woo yang wajahnya dalam kesedihan. Jaebum hanya meletakkan jari telunjuk di bibirnya sambil menggeleng-geleng sebagai isyarat supaya tidak bertanya dulu. 

Bersambung....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan