Sabtu, 29 September 2018

Cerpen Fanfic : Platonic Love (Part 5- Akhir)

PLATONIC LOVE (PART 5)

    "Wonho ssi..."
"Why you didn't tell me? Wae?" Belum sempat Chaeyeon bertanya, Wonho terus memotong. Mereka berbual di luar rumah.
"What do you mean Wonho ssi?" Chaeyeon cuba bertanya.
"Kenapa tak bagitahu saya yang awak tinggal serumah dengan Hyun Woo?" Wonho dengan marahnya bertanya.
" Err...mianhae. Saya tak berniat nak rahsiakan dari awak. Saya memang tinggal dengan dia sejak ibu bapa saya meninggal. Kami dah kenal lama." 
"Huhh..Yela tu. Entah2 awak dah tidur dengan dia kan?" Bentak Wonho. Bulat mata Chaeyeon mendengarnya. Darahnya pula
"Awak jangan nak tuduh saya bukan-bukan. Saya bukan macam apa yang awak sangkakan." Tegas Chaeyeon bersama linangan air mata.

    "Arghhh, saya tak percaya. Awak sama je perangai perempuan2 yang saya kenal. Semuanya penipu. Awak memang perempuan jalang..." Mendengar ayat yang keluar dari mulut Wonho, Hyun Woo terus menumbuk muka Wonho. Chaeyeon terkejut. Hyun Woo sudah mendengar semuanya kerana dia berdiri bersembunyi di muka pintu.
"Kau jaga mulut kau. Chaeyeon bukan perempuan murah. Ya, memang kami tinggal serumah tapi tak penah terdetik di hati aku nak sakitkan dia." Marah Hyun Woo.
"Kau tak payah nak temberanglah. Aku kenal sangat lelaki macam kau." Hyun Woo makin bengang. Kemarahannya makin memuncak. Terus dia menumbuk lagi Wonho. Terus mereka berlawan sesama sendiri. Chaeyeon menjerit menghalang mereka dari bergaduh. Tapi mereka tidak menghiraukan Chaeyeon. Mereka tetap terus berlawan.

    Jaebum dan So Hyun yang baru tiba terkejut melihat mereka berlawan. Jaebum terus membantu menghalang mereka. So Hyun mendapatkan Chaeyeon dan menenangkannya. Hyun Woo membelasah teruk Wonho. Wajah Wonho dah pun berdarah. Wonho memegang perutnya yang sakit dibelasah Hyun Woo. Dia mengeringai kesakitan.
"Hyun Woo, sudahlah tu. Dah teruk dia  kau kerjakan. Dahla. Sabar." Jaebum menarik Hyun Woo. Hyun Woo memandang Wonho geram.
"Lebih baik kau blah sekarang. Jangan kau berani dekat dengan Chaeyeon lagi. Lau tak kau kena lagi teruk daripada ni." Jaebum memberi amaran. Sebelum Wonho pergi, Chaeyeon sempat membalingkan semula cincin di jarinya. Wonho mengambil cincin itu tanpa memandang Chaeyeon. Dia pun berlalu dari situ. 

                               ****
Chaeyeon mencuci luka di dahi Hyun Woo sambil diperhatikan Jaebum dan So Hyun. Hyun Woo memandang tepat ke dalam mata Chaeyeon ketika dia mencuci lukanya. Sayu hatinya melihat air mata yang gugur di pipi Chaeyeon.
"Hyun Woo... Mianhae. Sebab aku... kau cedera macam ni." Luluh suara Chaeyeon berkata.
"Ania. Bukan salah kau. Aku tak kisah. Aku cuma tak nak ada orang cuba sakitkan hati kau, tuduh kau bukan2. Dia tak layak untuk dapat cinta kau." Hyun Woo memujuknya. Air mata dipipi Chaeyeon diseka lalu memeluknya. Chaeyeon menangis di dalam pelukan Hyun Woo. Hyun Woo mengusap bahu menenangkannya.
"Gwaenchanha, kau nangislah puas2. Lepaskan. Aku ada untuk kau. Aku sayang kau. Sayang sangat." Kata Hyun Woo. So Hyun yang ada di situ menangis sayu melihat mereka. Jaebum pun turut memeluk bahu So Hyun. So Hyun melentokkan kepalanya ke bahu Jaebum.

                           ****
  Hyun Woo memulas tombol pintu bilik Chaeyeon. Hyun Woo pun duduk di birai katil. Sayu melihat kesan air mata di pipi Chaeyeon yang masih tidur itu. Dia mengusap pipi Chaeyeon.
"Aku janji Chaeyeon. Takkan ada orang yang akan buat kau mengalirkan air mata lagi. Aku akan sentiasa temani kau hingga akhir hayat aku." Bisik Hyun Woo perlahan. Lalu dia mengucup pipi Chaeyeon. "Aku cintakan kau Chaeyeon ah." Ucap Hyun Woo lagi. 

    Hyun Woo pun membetulkan selimut Chaeyeon dan bersedia hendak keluar. Belum sempat dia hendak pergi, dia berasa sebelah tangannya dipegang. Dia berpusing melihat. Chaeyeon memegang tangannya sambil memandangnya. Hyun Woo pun duduk kembali di atas katil.
"Kau tak tidur?" Tanya Hyun Woo. Chaeyeon pun bangun mengadap Hyun Woo. Dia menggeleng sebelum berkata.
"Aku dengar apa yang kau kata tadi." 
"Mwo?" Tanya Hyun Woo berpura-pura tak mengerti. Chaeyeon terus mengucup bibir Hyun Woo. Hyun Woo yang terpana dengan tindakan Chaeyeon membalas ciuman Chaeyeon. Dia mengeratkan pelukan pada Chaeyeon. Buat seketika, mata mereka bersatu.

"Saranghae. Neomu saranghae Hyun Woo ah." Ucap Chaeyeon.
"Nado. Nado saranghae." Hyun Woo pun kembali memeluk Chaeyeon. Akhirnya cinta mereka cinta yang sebenar-benarnya. 

                     ~TAMAT~

(P.s: Finally siap gak cerpen fanfic aku. Clap3 for myself. Sorry, lau jalan cerita tak best.)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan