PLATONIC LOVE (PART 2)
Selepas mandi, Hyun Woo pun turun ke ruang tamu. Punat remote tv di tekan dan tv pun menyalakan gambar. Rancangan tv menyiarkan variety show Monsta X Ray. Hyun Woo menonton sambil duduk menikmati popcorn yang diambil di dapur. Ketika itu juga, kedengaran bunyi butang penggera pintu ditekan. Dia tahu siapa gerangannya. Dia hanya memandang kaca tv. Pintu tiba-tiba di buka. Chaeyeon masuk ke rumah dengan bernyanyi riang. Dia nampak Hyun Woo sedang duduk bersandar di sofa. Lalu, dia menghampiri Hyun Woo dan memeluk Hyun Woo dari belakang.
"Hyun Woo ah!" Panggil Chaeyeon.
"Uhh wae?" Tanya Hyun Woo. Matanya masih melekat pada kaca tv. Chaeyeon pun melabuhkan punggung di sebelah Hyun Woo. Mangkuk popcorn di tangan Hyun Woo di ambil.
"Aku happy sangat hari ni." Senyum Chaeyeon berkata. Kepalanya dilentokkan di bahu Hyun Woo.
"Wae?" Tanya Hyun Woo lagi.
"Kau tahu tak, tadi kan aku pergi minum dengan Wonho." Bagitahu Chaeyeon. Riak wajahnya tergambar betapa gembiranya dia.
"Ohh yeke? Patutlah balik lambat. Rupanya pergi dating dengan bf." Sindir Hyun Woo.
"Ania. Kitorang tak declare lagila. Kitorang cuma pergi minum je. Sambil berkenalan." Jawab Chaeyeon.
"Yela, mula-mula pergi minum. Lepas tu couple." Ada nada riak cemburu di balik kata2 Hyun Woo. Tapi wajahnya hanya beriak tenang. Chaeyeon senyum tersipu-tersipu.
"Hehe, aku pun harap camtu jugak. Wish me luck ehh." Kata Chaeyeon. Hyun Woo memandang Chaeyeon. Terlihat betapa gembiranya Chaeyeon. Dia tahu Chaeyeon sudah pun berjumpa lelaki idamannya. Dia mengeluh seketika.
"Yahh Chaeyeon ah. Kau ada bau something tak?" Chaeyeon memandang Hyun Woo hairan. Keningnya diangkat. Dia cuba cari bau yang dimaksudnya oleh Hyun Woo. Dia tak bau apa2.
"Bau apa?" Tanya Chaeyeon
"Cuba kau bau diri kau." Hyun Woo menunjuk ke arahnya. Chaeyeon memandang ke badannya. Terus bantal disebelahnya dibaling ke arah Hyun Woo.
"Yah! Teruklah kau ni. Kau boleh je suruh aku naik mandi. Tak payah kot nak perli aku. Hisy." Marah Chaeyeon. Dengan muka masam dia pun berlalu naik ke biliknya.
"Hahahhaha..." Hyun Woo hanya ketawa. Lalu ketawanya mati pabila matanya terpandang bingkai gambar yang menunjukkan gambar dia dan Chaeyeon di dinding. Dia memandang gambar itu lalu membawanya ke kenangan lalu.
****
(Flashback)
Chaeyeon dan Hyun Woo bersama dua rakan mereka, Jaebum dan So Hyun bercuti di Pulau Jeju. Mereka berempat pergi ke pantai dan bermain bersama di pantai. Masing-masing bergelak ketawa. Ketika mereka sedang berehat bersama-sama di bawah pokok sambil minum, mereka berbual.
"Ehh... Hyun Woo, Chaeyeon. Kitorang dah declare. Korang bila lagi?" Tanya Jaebum pada mereka berdua. Chaeyeon dan Hyun Woo memandang antara satu sama lain sambil tersenyum.
"Kitorang memang dah bercinta pun. Kan Hyun Woo ssi?" Hyun Woo hanya tersenyum dengan kata-kata Chaeyeon itu.
"Mwo? Jinjja? Kau tak cakap dengan aku pun Chaeyeon." Kata So Hyun rajuk sambil menepuk bahu Chaeyeon. "Oppa, tengoklah diorang ni. Sampai hati diorang berahsia dengan kita." Adu So Hyun pada buah hatinya, Jaebum. Jaebum memeluk bahu So Hyun menenangkannya. Hyun Woo dan Chaeyeon tergelak melihat telatah kawan2nya.
"Bila korang mula bercinta ni? Tak bagitahu pun?" Tanya Jaebum
"Laa... Dah kitorang pun tinggal serumah, hari2 bersama, of courselah kitorang bercinta." Kata-kata Hyun Woo di ikuti dengan anggukan dari Chaeyeon.
"Itupun kitorang tahula korang tinggal serumah. Tapi setahu kitorang, korang tak pernah declare cakap korang bercinta." Kata So Hyun.
"Hehe... Hubungan cinta kitorang special. Tak sama macam hubungan sepasang kekasih yang biasa." Jawab Chaeyeon. So Hyun dan Jaebum saling memandang mereka hairan. Sepertinya mereka tidak memahami maksud mereka.
"Apa maksud korang?" Tanya Jaebum.
"Kitorang bercinta. Cinta kami "Cinta Platonik. Kitorang bercinta tapi bercinta dalam berkawan." Jaebum dan So Hyun memandang antara satu sama lain. Kemudian memandang mereka berdua. Riak wajah mereka masih tidak memahami.
"Cinta platonik tu apa?" So Hyun pula bertanya.
"Cinta platonik tu maksudnya macam kami. Kami berkawan baik dan rapat tapi tiada langsung tarikan seksual di antara kami." Terang Hyun Woo. Jaebum dan So Hyun pun mengangguk mengerti.
"So, kalau salah seorang dari kami berjumpa dengan orang yang kami suka, kami boleh bercinta dengan orang tu." Terang Chaeyeon lagi.
"Ehh, peliklah korang ni. Mati2 kitorang ingat korang betul2 bercintalah tadi." Kata So Hyun.
"Hehe. Sebab tu hubungan kami tak sama macam korang." Tambah Chaeyeon lagi.
Mereka berempat saling ketawa. Mereka kembali bermain di pantai.
(End flashback)
Bersambung....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan