PLATONIC LOVE (PART 4)
(Di rumah)
Chaeyeon tiba di rumahnya dengan senyuman yang tak lekang di bibirnya. Dia berbaring di sofa di ruang tamu sambil melihat cincin yang tersarung di jarinya dan mengusapnya. Wonho yang memberi cincin itu. Cincin silver berbatu warna putih itu begitu cantik. Teringat Chaeyeon peristiwa siang tadi.
(Flashback...)
Wonho dan Chaeyeon bersantai di Sungai Han selepas mereka menonton wayang. Wonho memulakan perbualan.
"Chaeyeon ssi, saya ada sesuatu nak bagi awak?" Chaeyeon memandangnya hairan. "Apa dia?" Tanya Chaeyeon. Wonho hanya tersenyum. Lalu dia melutut di hadapan Chaeyeon.. Chaeyeon terkejut dan berasa malu kerana orang ramai yang lalu lalang di sekitar memandang ke arah mereka.
"Wonho ssi, apa yang awak buat ni?" Wonho tidak menghiraukan soalan Chaeyeon. Dia mengeluarkan kotak kecil dari kocek kotnya. Kotak itu dibuka. Terlihat sebentuk cincin.
"Chaeyeon ssi. Saya sebenarnya sukakan awak. Sudi tak awak jadi yeoja chingu saya?" Luah Wonho. Chaeyeon menutup mulutnya dengan tangan kerana tak menyangka Wonho melamarnya.
"Ne. Saya sudi." Jawab Chaeyeon. Wonho pun tersenyum gembira. Dia menyarungkan cincin itu. Lantas dia memeluk Chaeyeon.
"Gomawo Chaeyeon ah." Ucap Wonho. Chaeyeon hanya membalas dengan senyuman.
"Ding dong!" Bunyi penggera pintu berbunyi menyedarkan Chaeyeon kembali ke alam realiti. Jaebum masuk sambil memimpin Hyun Woo ke dalam rumah. Chaeyeon terpana melihat Hyun Woo yang seakan sedang mabuk.
"Jaebum. Kenapa dengan Hyun Woo ni?" Chaeyeon bertanya sambil membantu Jaebum membaringkan Hyun Woo di sofa.
"Dia minum tadi. Tu yang mabuk tu." Jelas Jaebum.
"Uhh, Hyun Woo ah. Kenapa kau minum banyak sangat." Chaeyeon marah pada Hyun Woo yang dalam keadaan mamai itu. Chaeyeon pun menanggalkan kasut Hyun Woo.
"Okla Chaeyeon. Aku balik dulu. Kau jaga dia ehh. Apa2 hal call aku. Annyeong." Jaebum pun bergerak ke pintu untuk pulang.
"Uhh. Ne. Gomawo Jaebum ah."
"Ne." Jawab Jaebum dan terus pergi.
Chaeyeon pun mengambil kain selimut di dalam almari dan kembali menyelimutkan Hyun Woo. Dia duduk menunggu di sebelah Hyun Woo.
"Hyun Woo. Kenapa kau minum banyak sangat? Kau ada masalah ke? Kenapa kau tak bagitau aku?. Kita kan dah janji, kalau kita ada masalah apa2, kita janji nak cerita dan selesaikan sama2." Sebak Chaeyeon berleter pada Hyun Woo yang sedang tidur itu. Rambutnya diusap perlahan sehingga dia tertidur di samping Hyun Woo.
****
(Keesokan hari)
"Chae...Chaeyeon.." Nama Chaeyeon dipanggil perlahan. Chaeyeon yang tersedar melihat cuaca sudah cerah. Dia melihat ke arah Hyun Woo.
"Hyun Woo, gwaenchanha?" Tanya Hyun Woo. Hyun Woo hanya menggeleng perlahan. Matanya kuyu. Chaeyeon memegang dahi Hyun Woo.
"Panasnya. Kau demam ni Hyun Woo. Sekejap ya."
Chaeyeon pun berlari ke dapur. Dia mengisi air ke dalam besen dengan kain tuala bersih di capai dari ampaian kain. Tak lupa juga dia mengambil ubat di dalam kabinet almari dan mengisi air minuman ke dalam gelas. Semua bekas tadi diletakkan di dalam dulang dan dibawakan ke ruang tamu.
"Hyun Woo, kita makan ubat dulu ya." Chaeyeon pun membantu membangunkan Hyun Woo untuk makan ubat. Selepas Hyun Woo menelan ubat, Chaeyeon kembali membaringkan Hyun Woo. Kain tuala yang dibasahkan ke dalam besen air tadi diletakkan di atas dahi Hyun Woo.
"Chaeyeon ah, mianhae. Aku dah susahkan kau hari ni." Ucap Hyun Woo.
"Gwaenchanha. Aku sayangkan kau. Jadi aku kena jaga kau bila kau sakit." Jawab Chaeyeon.
"Kau dah pun bercinta dengan Wonho. Aku tak nak sebab aku, hubungan kau dengan Wonho bermasalah." Kata2 Hyun Woo membuatkan Chaeyeon terdiam. Entah kenapa lidahnya jadi kelu untuk menjawab.
"Kau rehat ye. Kau tak payah pergi sekolah hari ni. Aku akan jaga kau. Nanti aku bagitau Jaebum yang kita tak pergi hari ni." Tak sampai seminit, Hyun Woo pun kembali memejamkan matanya. Barangkali kesan dari ubat tadi. Chaeyeon membetulkan kain selimut Hyun Woo. Dia naik ke biliknya. Entah kenapa dia berasa janggal dengan cincin yang dipakainya itu.
Walaupun semalam dia gembira dengan lamaran Wonho tapi hari ni dia tiba2 dia jadi tidak gembira selepas mendengar kata2 Hyun Woo tadi. Riak Hyun Woo ketika tadi hanya beriak tenang tapi entah kenapa hatinya jadi sedih. Tidak mahu terlalu memikirkannya, dia pun ke bilik air.
****
(Seoul High School)
Suasana di dalam kelas begitu bising dengan suara pelajar-pelajar. Ketika itu guru kelas mereka, Puan Kim tidak datang sekolah kerana sedang berkursus di luar Seoul. Jadi, kelas mereka hanya membuat aktiviti sendiri. Ketua kelas, Jaebum berbual dengan kekasihnya So Hyun.
"Balik nanti kita pergi rumah diorang ye. Kesian pulak dengan Hyun Woo kan oppa." Kata So Hyun selepas membaca mesej di telefon Jaebum. Chaeyeon menghantar mesej ke Jaebum mengatakan Hyun Woo sedang demam, jadi mereka tidak boleh datang ke sekolah.
"Ne. Nanti kita pergi sama2. Oppa pun risau jugak." So Hyun mengangguk. Sedang mereka berbual, Wonho datang ke arah mereka.
"Jaebum, So Hyun. Nak tanya kenapa Chaeyeon tak datang sekolah? Dia tak sihat ke?" Tanya Wonho dengan riak kerisauan di wajahnya. So Hyun dan Jaebum saling membalas pandang sebelum menjawab.
"Kenapa? Dia tak mesej kau ke?" Tanya Jaebum.
"Anio." Wonho menjawab sepatah.
"Ha'ah, dia memang tak datang hari ni. Dia kena jaga Hyun Woo yang demam." Kata So Hyun. Sengaja dia beritahu untuk sakitkan hati Wonho. Dia dah tahu hal sebenar dari Jaebum. Dia akan tolong Hyun Woo agar bersatu dengan Chaeyeon.
"Mwo? Kenapa Chaeyeon nak kena jaga Hyun Woo?" Terperanjat Wonho mendengar jawapan dari So Hyun.
"Kau tak tahu ke? Chaeyeon tak bagitahu? Dia dengan Hyun Woo tinggal serumah. Jadi, dialah kena jaga Hyun Woo." Kata Jaebum pula menambah api. Makin terpana Wonho mendengar. Lalu dia pun berlari keluar kelas. So Hyun dan Jaebum hanya memandang.
****
(Di rumah)
Sinar matahari menerjah masuk melalui tingkap menyilaukan mata. Hyun Woo tersedar dan perlahan-lahan bangun. Dia tercari-cari Chaeyeon. Chaeyeon dilihat berada di dapur. Hyun Woo pun menuju ke dapur. Chaeyeon yang selesai memasakkan bubur menutup api dan berpusing ke belakang.
"Hyun Woo ah. Kenapa kau bangun? Kau kan demam lagi." Cepat2 Chaeyeon menghampiri Hyun Woo. Dia merasakan dahi Hyun Woo dengan belakang tapak tangannya.
"Nan gwaenchanha. Aku dah ok dah." Kata Hyun Woo lalu duduk di meja makan.
"Degil lah kau ni. Aku dah masakkan bubur. Kau makan ya." Chaeyeon pun mencedok bubur ke dalam mangkuk dan dibawakan ke arah Hyun Woo. Lalu dia pun melabuhkan duduk di sebelah Hyun Woo. Chaeyeon mencedok satu sudu bubur dan ditiup sebelum menyuapkan ke mulut Hyun Woo.
"Makan sikit ya." Hyun Woo membuka mulutnya. Chaeyeon memang akan memanjakannya jika dia tidak sihat begini. Air minuman pula di suap pada Hyun Woo.
Baru beberapa suapan, kedengaran loceng penggera di pintu berbunyi. Chaeyeon terpaksa berhenti menyuapkan Hyun Woo sebentar.
"Kau tunggu sekejap ye Hyun Woo. Aku pergi tengok sape yang datang." Chaeyeon pun berjalan ke pintu. Hyun Woo hanya memerhatikan Chaeyeon berlalu. Tapi hatinya berasa tak tenang dengan.
Chaeyeon pun membuka pintu. Alangkah terkejutnya dia memandang seseorang yang berdiri di belakangnya. Apabila tetamu itu berpusing menghadapnya, makin terpana Chaeyeon memandangnya. Dia tahu dia tak boleh lari dari berahsia.
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan